■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 171)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.21 Dosa Besar ke-20: Tamak ( طَمَع )
sambungan....
Kelima : Amalkan sifat Qana'ah
Memaksa diri amalkan Sifat yang berlawanan dengan Tamak, iaitu Qana'ah, berpada dengan yang ada. Berpada dengan yang ada bukan bermaksud berdiam diri tanpa usaha ikhtiar mencari rezeki. Pengertian yang sebenar adalah redha dengan ketentuan Allah Ta'ala pada rezekinya dan tidak berlebih-lebihan menghabiskan masa mencari harta sehingga lupa kepada Allah dan abaikan segala kewajipannya sebagai orang beriman.
Keenam : Orang tua yang berharta sedekah sebanyak2nya.
Sebahagian manusia dipanjangkan usianya sampai tua dan diKurniakan oleh Allah memiliki harta yang banyak — hartanah, sawah ladang, gedung2 perniagaan, Wang Pelaburan sana sini dan wang simpanan yang banyak di Bank. Ke mana nak dibawa semua harta itu? Apakah perlu dilakukan dengan harta yang banyak itu?
Langkah selamat adalah sedekahkan segera kebanyakan harta dan tinggalkan sedikit untuk anak2. Itu memadai. Ini kerana anak2 sudah ada rezeki masing2 yang Allah tentukan. Berdasarkan pengalaman kita melihat orang2 kaya yang mati meninggalkan harta yang banyak menjadi punca pergaduhan warisnya sehingga cerai berai dan putus silatur-rahim.
Semasa nyawa masih ada, buatlah sedekah sebanyak2nya. Sedekah Fi Sabilillah, waqafkan harta bagi Ummat Islam dan banyak2 buat amal Jariah .... yang mengalir ganjarannya terus sampai dibangkitkan kembali pada Hari Akhirat.
Ketujuh : Muhasabah diri, bukan menilai orang lain
Hampir semua penjelasan di sini adalah bermaksud muhasabah diri dan bukan menilai atau menghukum orang lain. Masing2 merenung diri sendiri :
1. Apakah harta yang aku usahakan ini di dalam Keredhaan Allah?
2. Adakah pebelanjaan yang aku lakukan ini menepati Kehendak Allah?
3. Sudahkah aku terkeluar dari sifat Tamak atau terperangkap di dalamnya tanpa disedari?
4. Apakah lagi yang perlu aku lakukan supaya aku selamat dari hisab yang berat berhubung dengan harta pada Hari Perhitungan?
Inilah yang perlu dilakukan oleh setiap orang Islam awam dan salikin berpandukan petunjuk Allah, Rasul dan fatwa Ulama Mu'tabar. Bagi salikin (yang sedang mujahadah menuju Allah) mempunyai beberapa kelebihan kerana mereka sentiasa mendapat bimbingan, teguran dan amaran dari Gurunya yang Arif.
Bersambung siri 172 اِ نْ شَآ ءَ اللّ
_________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment