■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 172)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
l7.22 Dosa Besar ke-21: Khianat ( ِخِياَنَة )
Definisi :
Dari segi bahasa :
Khianat ( ِخِياَنَة ) berasal dari kata dasar ( خان، يُخَوِّنُ، خَوْنً ) bermaksud : menyimpang, keluar dari jalan, pergi jauh, tidak setia, menipu daya, tiada kejujuran, putuskan diri
Dari segi istilah :
Khianat ( ِخِياَنَة ) adalah menyimpang dari kebenaran, keluar dari ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, putuskan Bai'at, engkar perjanjian, berlawanan dengan persetujuan asal, atau putuskan kesepakatan sesama manusia,
Penjelasan:
(1) Tajuk perbahasan "Khianat" adalah terkait kepada "Amanah", iaitu kepercayaan yang diberikan kepada seseorang. Seseorang dikatakan "Khianat" apabila dia abaikan "Amanah" yang telah dipikulkan atasnya, atau menyeleweng kepada kebatilan atau dia mensia-siakannya, atau dia tidak menunaikannya dengan sungguh2 menurut syarat2nya ; sama ada Amanah tersebut berhubung dengan Haq Allah Ta'ala atau haq kemanusiaan yang wajib ditunaikan.
(2) Perbuatan Khianat juga terkait dengan "Aqad" atau "perjanjian." Orang yang engkar kepada suatu "aqad" atau "Perjanjian" yang wajib dia tunaikan disebut sebagai orang yang mungkir janji, yang juga termasuk suatu bentuk pengkhianatan.
(3) Khianat secara umum terbahagi kepada dua bahagian :
Pertama : Khianat kepada Allah.
Kedua : Khianat sesama manusia.
(4) Khianat boleh terjadi di dalam apa jua bidang kehidupan kerana "Amanah" meliputi seluruh kehidupan manusia.
(5) Khianat dan Mungkir janji terangkum sebagai Dosa Besar yang terbit dari hati yang berpenyakit dan termasuk Sifat munafiq. Maka mempelajari sebab2 yang menjatuhkan seseorang kepada "Khianat" dan mengetahui cara2 bebaskan diri daripada sifat Munafiq merupakan kewajipan.
(6) Bentuk Pengkhianatan yang lazim terjadi:
Khianat kepada Amanah kepimpinan.
Khianat kepada Amanah penjagaan harta benda.
Khianat kepada Amanah Penjagaan maruah manusia.
(7) Setiap Muslim wajib memahami maksud Amanah dan perkara2 yang menjadi tanggungjawab yang dipikulkan keatasnya supaya selamat dari sifat Khianat yang menjerumuskan kepada kemunafikan.
Kata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu
"Khianat adalah mengurangi amanah atau kewajipan-kewajipan yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepadanya"
[Tafsir Ibn Abbas]
Kata Imam At-Tabari Radhiallahu anhu
"Khianat adalah mengurangi haq Allah terhadapmu dalam melaksanakan kewajiban kepada-Nya serta kepada Rasul-Nya"
[Tafsir At-Tabari]
Kata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:
“Khianat adalah tidak setia dan menyembunyikan sesuatu.”
[Tafsir Qurtubi]
Al-Munawi rahimahullah berkata,
“Khianat adalah mensia-siakan amanah atau menyelisihi kebenaran dengan membatalkan perjanjian secara rahsia (secara senyap2 dengan tujuan jahat).”
[At-Tauqif]
Himpunan kata2 Ulama lain berkenaan khianat:
■ Mengurangi amal2 yang telah diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
■ Tidak sempurnakan kewajipan menurut Kehendak Allah dan Rasul-Nya.
■ Menyeleweng dari Jalan Lurus, Jalan Kebenaran, Jalan Ahlus Sunnah.
■ Mencipta jalan2 kesesatan (bid'ah kesesatan) — 72 golongan sesat yang menyimpang dari Jalan Ahlus Sunnah.
■ Mengambil hak milik orang lain yang diamanahkan kepadanya, berupa harta benda, kehormatan dan maruahnya.
■ Menipu daya untuk merampas haq orang lain seperti jabatan, pangkat atau kedudukan.
■ Sembunyikan perkara haq (kebenaran) — Tidak menyampaikan kebenaran (Ahlus Sunnah yang benar)
■ Sekutu dengan musuh Islam untuk memerangi orang beriman.
■ Sebarkan kebatilan sehingga Ummat Islam awam keliru dengan Agama mereka sendiri.
Bersambung siri 173 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment