Friday, December 30, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 170)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.21  Dosa Besar ke-20:   Tamak (  طَمَع  )

sambungan....


Penjagaan dan Rawatan:


Berikut adalah beberapa langkah penjagaan yang perlu dilakukan oleh orang2 beriman (orang Islam awam atau salikin) agar mereka selamat daripada Sifat tamak yang ditiup oleh nafsu jahat dan tipu daya Syaitan. 


Pertama : Pelajari cara Mengurus Harta daripada ahlinya

Harta benda dunia dan kekayaan mengandungi kebaikan dan keburukan. Ertinya tidak mutlaq haram dan tidak pula semuanya halal. Penentuan baik atau buruk, halal atau haram, tamak haloba atau qanaah adalah sangat rumit difahami oleh kebanyakan manusia. Mereka memerlukan hamba Allah yang benar2 memahami segala rahsia dan perkara2 halus berhubung dengan harta agar mereka terselamat dari tipu daya dunia, harta dan kekayaan. Dan selamat dari tergolong kepada mereka yang dikutuk oleh Allah sebagai orang yang tamak.

 

Hamba Allah yang benar2 Arif mengenali kebaikan atau keburukan harta benda dunia dan tipu daya yang tersembunyi di dalamnya adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. Mereka yang paling Arif kerana mereka sudah mengenal Allah dan mengetahui segala rahsia perintah dan tuntutan Allah ke atas hamba2-Nya berhubung dengan harta dan kekayaan dunia. Orang awam yang belum mempunyai Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq sebagai pemimpinnya, ikutilah panduan2 yang telah disebutkan oleh Masyaikh Ahlus Sunnah terdahulu di dalam kitab2 mereka.  


Kedua : Fikirkan cara belanjakan harta menurut Kehendak dan Keredhaan Allah

Sentiasa fikirkan cara belanjakan harta agar menepati Kehendak Allah dan Keredhaan-Nya. Jangan sibuk memikirkan dahulu simpanan atau kumpul2 harta.  Harta yang dibelanjakan menurut Kehendak Allah dan Keredhaan-Nya menjadi Ibadah dan kebajikan, dan keluarlah dia dari sifat Tamak. Sedangkan harta yang disimpan tanpa tujuan akan menjadi hitungan yang berat di Akhirat. 


Ketiga : Sedekahkan Harta yang tidak digunakan

Seseorang yang mempunyai banyak harta, hendaklah sedekahkan kepada saudara2 lain yang memerlukan. Atau dia memiliki harta yang tidak digunakan pada jangka waktu yang lama, maka hendaklah disedekahkan.  Misalnya mereka yang mempunyai pakaian melebihi keperluan, maka hendaklah disedekahkan. Harta yang banyak yang disimpan tanpa keperluan akan dihisab dengan hisab yang berat. Inilah sebabnya Ulama soleh terdahulu hanya menyimpan harta yang perlu sahaja.  Misalnya, apabila ada orang sedekahkan mereka pakaian, mereka akan segera sedekahkan pakaian yang sedia ada  (yang masih elok) kepada orang lain agar tidak menjadi bebanan pada hari Perhitungan. 


Keempat : Jangan menambah2 harta tanpa keperluan

Orang2 kaya, jutawan, Raja2, Sultan2, Pengusaha2 yang kaya-raya yang sering habiskan wang bermewah2 dengan koleksi2 kenderaan mewah, pakaian mewah2, perlu beringat2 Hari Kemudian di mana sekalian harta dihitung satu persatu.  Selayaknya harta kekayaan yang berlebihan yang Allah Kurniakan dibelanjakan pada Fisabilillah dan membantu faqir miskin atau membuat rumah2 tumpangan Musafir atau membuat kebajikan lain dan amal jariah lain agar pahalanya mengalir terus-menerus selepas kematian. 


Bersambung siri  171 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

      

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...