■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 169)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.21 Dosa Besar ke-20: Tamak ( طَمَع )
sambungan....
Kedua : Simpanan untuk pelajaran anak2
Pada hari ini, pendidikan anak2 memerlukan kewangan yang banyak, mulai dari tadika sehingga ke Universiti semuanya memerlukan wang. Dengan demikian menyimpan sebahagian wang untuk pendidikan anak2 tak boleh dikatakan tamak.
Ketiga : Simpanan untuk tujuan perubatan
Menyimpan sebahagian wang untuk tujuan perubatan tidaklah termasuk larangan.
Keempat : Simpanan untuk sesuatu kecemasan
Sebahagian Ulama mengharuskan menyimpan sedikit wang untuk tujuan kecemasan. Maksud "kecemasan" di sini adalah suatu bencana yang sudah diketahui berlaku di tempat itu. Misalnya Majlis Ulama di India dan Pakistan mengharuskan menyimpan wang di negeri yang sudah diketahui bencana seperti tanah runtuh atau kebakaran. Ini memerlukan perincian oleh Ulama di negeri masing2. Wallahu A'lam
PERINGATAN PENTING:
1. Pastikan wang yang dikumpulkan itu benar2 diperlukan bagi kesinambungan kehidupan sebagaimana dijelaskan dan bukan bertujuan kemegahan atau lainnya.
2. Ketika membuat simpanan, jangan berlebih-lebihan, jangan utamakan simpanan sebaliknya utamakan keperluan dan tanggungjawab semasa.
3. Ketika membuat simpanan, janganlah sampai menyempitkan rezeki kepada anak isteri atau tanggungannya atau Fi Sabilillah. Sentiasa utamakan haq Allah dan hak anak isteri.
4. Hukum menyimpan bagi tujuan menunaikan haji adalah harus bagi yang berkemampuan, iaitu mereka yang benar2 mempunyai kelebihan wang setelah selesai tunaikan haq2 anak isteri dan tanggungan yang lain. Jika dia sendiri mempunyai banyak hutang dan berbagai perbelanjaan yang wajib dia tunaikan, maka tidak diharuskan menyimpan, sebaliknya wajib segera tunaikan segala hutang dan kewajipannya terlebih dahulu.
5. Orang yang sengaja menyimpan harta (wang) tanpa sebab yang diharuskan, atau menyimpan untuk menambah2 benda duniawi, atau menyimpan untuk mengulang2 Ibadat Haji, sedangkan ada saudara2nya yang sangat miskin atau kelaparan, maka dia termasuk orang yang Tamak, pentingkan diri dan zalim.
7. Tidak ada istilah simpanan "hari tua" seperti yang diamalkan oleh sebahagian orang zaman ini kerana "hari tua" belum tentu datang. Kamu akan mati bila2 masa. Selain dari hilangnya Tawakkal kepada Allah, perbuatan ini merosak Aqidah keyakinan kepada Qadha dan Qadar Allah Ta'ala.
6. Jangan sesekali bergantung harap kepada simpanan, sebaliknya wajib bergantung hati penuh kepada Allah Ta'ala. Barangsiapa menganggap dengan simpanannya akan terjamin kehidupannya, maka dia melakukan kesyirikan (syirik khafi — syrik tersembunyi)
Bersambung siri 170 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment