Friday, December 30, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 168)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


7.21  Dosa Besar ke-20:   Tamak (  طَمَع  )

sambungan....


Pengecualian — Bukan Tamak


Menghimpun2 harta kekayaan untuk kepentingan dan keseronokan diri atau tanpa suatu keperluan yang diharuskan oleh Syara' telah dimaklumi akan bahaya kepada Keimanan dan kesudahannya di Akhirat. 


Walau bagaimanapun terdapat pengecualian di dalam beberapa hal melibatkan kesinambungan hidup atas muka bumi dan lebih utama bagi menyempurnakan Haq2 Allah Ta'ala dan haq makhluq (ahli keluarga dan tanggungannya yang lain).


Contoh2 berikut boleh jadikan panduan:


Pertama: Simpanan untuk membeli rumah dan kenderaan

Dua perkara ini adalah termasuk keperluan mendesak bagi setiap manusia, khususnya orang beriman.  Rumah yang selesa dan luas serta kenderaan yang kuat adalah di antara kebaikan dunia yang membawa kepada kemenangan Akhirat.


Sabda Rasulullah ﷺ :

عَنْ إِسْمَاعِيلَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَرْبَعٌ مِنَ السَّعَادَةِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ وَالْجَارُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَب الْهَنِيءُ وَأَرْبَعٌ مِنَ الشَّقَاوَةِ : الْجَارُ السُّوءُ وَالْمَرْأَةُ السُّوءُ وَالْمَسْكَنُ الضِّيقُ وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ

“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah wanita yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang jahat (perangainya), serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .

[Imam Ibnu Hibban, Imam Ahmad, Imam Ath-Tabrani, Imam Al-Haakim, Imam Abu Nuaim]


Ringkasan pengajaran Hadith ini:

(1) Rasulullah ﷺ menyebut beberapa perkara yang menjadikan seseorang beriman memperoleh kebahagiaan dunia Akhirat.  Di antaranya Baginda menyebut : Tempat tinggal atau Rumah kediaman yang lapang / luas.  


(2) Maksud "Rumah yang lapang" di sini tidak semestinya rumah mewah. Tetapi memadai rumah yang tidak sempit sekira2 mampu memberikan ketenangan kepada penghuninya. 


(3) Tempat tinggal yang lapang memberikan keluasan kepada ahli keluarga mendirikan solat, zikir dan ibadah lain dengan selesa. 


(4) Tempat tinggal yang lapang  dapat dimanfaatkan untuk perjumpaan ahli keluarga atau jiran2 atau sahabat handai bagi jalinan silatur-rahim.


(5) Tempat tinggal yang lapang banyak berfaedah bagi menyebarkan Da'wah dan Jihad (hati), antaranya mengadakan Majlis Zikrullah dan Majlis Ilmu.  Ramai sekali Ulama Soleh terdahulu menggunakan rumah kediaman mereka untuk sebarkan Ilmu Agama. Di antara mereka yang sangat masyhur adalah Al-Imam Sulton Auliya Allah Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu yang mulakan Da'wah dan Tarbiyyah beliau di rumah beliau sendiri. Apabila pengikut beliau bertambah ramai, beliau besarkan lagi rumah beliau sehingga menjadi sebuah Madrasah bersambung dengan rumah beliau. 


(6) Kenderaan yang selesa, iaitu kenderaan yang teguh dan kuat amat bermanfaat untuk Da'wah, Jihad dan Silatur-rahim.  


(7) Rasulullah ﷺ dan para Sahabat  Baginda memiliki kuda yang sangat kuat dan pantas yang Baginda dan sahabat menggunakannya untuk Jihad Fi Sabilillah.  Dengan demikian memiliki kenderaan yang kuat dan pantas bukan suatu kemewahan sebaliknya merupakan keperluan bagi orang2 beriman menunaikan Haq2 Allah Ta'ala. 


Dengan penjelasan ringkas ini, kita dapat memahami... menyimpan sedikit kewangan dengan tujuan membeli  tempat tinggal yang luas dan kenderaan yang baik dan teguh bukan ketamakan, sebaliknya ia adalah keutamaan bagi orang beriman. Mereka menyimpannya bukan untuk mencari keseronokan nafsu dunia, sebaliknya berusaha sekuat mungkin menunaikan Haq Allah demi mencari Keredhaan Allah. 


Bersambung siri  169 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

         

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...