■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 167)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.21 Dosa Besar ke-20: Tamak ( طَمَع )
sambungan....
Akibat Tamak
Akibat Pertama : Hilang keberkatan Hidup
Kebanyakan kita akan berfikir dan berkata : Untungnya orang yang kaya-raya, mewah hidupnya dan tidak perlu susah2 macam kita yang miskin. Yang benar adalah : Orang yang tamak adalah orang sebenar2 miskin dan faqir kerana tak pernah merasa cukup. Orang yang tak merasa cukup itulah sebenar2 miskin. Pengertian lain membawa maksud : Telah hilang keberkatan hidupnya.
Sabda Rasulullah ﷺ :
“Jauhilah sifat tamak karena sesungguhnya tamak adalah suatu kefakiran (tersangat miskin) yang nyata.”
[Imam Bukhari]
Akibat Tamak ke-2: Tak mampu Tunaikan kewajipan
Orang yang tersangat sibuk menghimpun2 harta takkan mampu menunaikan segala kewajipan Agama. Dia takkan mampu berzikir, mendirikan Solat dan kewajipan lain kerana terlalu sibuk mengurus hartanya yang bertimbun. Sebahagian yang berani mendakwa begini : " Umur masih muda, bila dah tua aku carilah Masjid untuk ibadat banyak2". Namun maut menyapanya dahulu sebelum mencapai "hari tua".
Akibat Tamak ke-3: Kufur Ni'mat Allah
Orang yang Tamak akan sentiasa hidup dalam keadaan kufur Ni'mat, kerana tidak berpada dengan Kurniaan Allah. Dia takkan mampu bersyukur kepada Ni'mat Allah.
Akibat Tamak ke-4 : Tiada Ketenangan Hidup
Orang yang Tamak tak pernah tenteram hidupnya kerana sentiasa memikirkan bagaimana menambah2 kekayaannya dan bagaimana cara mengurus kekayaannya.
Akibat Tamak ke-5 : Penyakit berpanjangan
Sebahagian daripada mereka mengalami kesakitan yang berpanjangan. Lazimnya mengalami penyakit2 misteri yang tiada rawatan (Doktor hospital tak mampu merawatnya). Mereka habiskan wang puluhan ribu atau ratusan ribu mencari rawatan di Pusat2 Pakar Kesihatan, namun kesakitannya tetap sama.
Akibat Tamak ke-6 : Pergaduhan Kerana Merebut Harta Pusaka
Harta kekayaan menimbun yang ditinggalkan oleh mereka akan menjadi perebutan waris2nya terutama anak2nya sendiri sehingga sampai ke tahap pergaduhan besar. Dosa2 yang timbulkan oleh perebutan ini akan kembali kepada si mati.
Akibat Tamak ke-7 : Bebanan berat di Akhirat
Setengah daripada asbab seseorang tertahan lama di Mahsyar adalah kerana hartanya yang banyak ketika hayatnya. Setiap inci harta yang dihimpunkan dan dibelanjakan akan dihitung satu persatu. Orang yang melakukan kebaikan pun akan dihitung dan tertahan lama. Apa lagi orang yang menahan hartanya kerana Tamak. Alangkah baiknya mereka sedekahkan kebanyakan harta tersebut dan tinggalkan sebahagian yang memadai bagi anak2nya. Namun mereka "gelap mata" semasa hayat mereka di dunia.
Akibat Tamak ke-8 : Istidraj
Kebanyakan orang yang menghimpun2 kekayaan untuk dirinya dan abaikan Haq Allah dan haq makhluq, menyangka mereka orang kesayangan Allah. Sedangkan hakikatnya segala nikmat yang mereka kecapi menjadi istidraj, iaitu Pemberian Allah di dalam Kemurkaan-Nya. Wal Iyazubillah. Moga Allah Ta'ala selamatkan kita semua dari tipu daya nafsu, syaitan, dunia dan makhluk yang memperdaya.
Bersambung siri 168 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment