■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI
( Siri 35)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.3 Dosa Besar Keempat : 'Ujub'
sambungan....
Punca 'Ujub — Sebab2 yang mendorong kepada 'Ujub
Perkara2 yang mendorong kepada 'Ujub di dalam diri seseorang adalah sama seperti Sifat Takabbur. Ini kerana kedua2 nya saling kait-mengait. Bermula dari 'Ujub yang hanya wujud di dalam hati, lama kelamaan sifat ini akan berkembang di dalam hati lalu melimpah mendorong pula kepada Sifat Takabbur.
Inilah sebabnya mengapa sebahagian Ulama menta'rifkan 'Ujub sama seperti Takabbur. Mereka menta'rifkan 'Ujub sebagai : Memandang diri lebih baik dari orang lain serta menghina atau memandang hina kepada orang lain. Umpamanya kata Imam Sufyan Ath-Thawri Radhiallahu Anhu :
“Sifat ujub adalah kekagumanmu pada dirimu sendiri, sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya dari saudaramu."
Mengapa mereka memberikan 'Ujub itu definisi hampir sama dengan Takabbur?
Jawapan:
Yang sebenarnya Sifat 'Ujub di dalam hati berkembang sedikit demi sedikit lalu mengerasi pada perkataan serta perbuatannya, sehingga sifat Ta'jub yang hanya terpendam di dalam hati pada awalnya, kemudiannya terzahir pula pada anggota tubuhnya. maka jadilah sifat2nya menyerupai Takabbur.
Secara ringkas yang mendorong seseorang kepada 'Ujub adalah :
1. Kelebihan Ilmu yang dimilikinya.
2. Kelebihan Amal Ibadahnya
3. Kelebihan pada tubuhnya – kecantikan, kekuatan, ketangkasan dll
4. Kelebihan harta, anak dan kekayaan dunia yang dimilikinya.
5. Kelebihan kerana banyaknya pengikut
6. Kelebihan pada keturunan.
7. Kelebihan Kuasa, Pangkat, Kedudukan.
Semua kelebihan ini adalah Kurnia Allah Ta'ala, tetapi mereka melupakan Allah Ta'ala serta beri'tiqad mereka yang memilikinya. Mereka tenggelam ke dalam Syirik yang amat halus.
Huraian kepada hal ini sama seperti huraian bagi Sifat Takabbur. Sila rujuk semula untuk keterangan.
Akibat 'Ujub:
Sesungguhnya akibat yang disebabkan oleh 'Ujub amat banyak sekali. Kesan akibatnya sama seperti orang yang dihinggapi penyakit Takabbur. Walau bagaimanapun yang paling besar sekali bahayanya ada dua iaitu:
(1) Menjadi syirik (Syirik khafi) yang merosakkan Imannya / Tauhidnya.
(2) Terhapus segala amal kebaikan yang dilakukannya
Wal 'Iyazubillah
Penjelasan lanjut hal ini sama seperti Bab Takabbur. Sila Rujuk semula.
Bersambung siri 36 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment