■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI
( Siri 34)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.3 Dosa Besar Keempat : 'Ujub'
sambungan....
Bentuk2 ' Ujub
Bentuk2 'Ujub di dalam diri seseorang hampir sama dengan bentuk2 Takabbur dan Riya' disebabkan wujudnya hubungan erat antara ketiga2 sifat ini. Oleh yang demikian kami hanya menyebut secara ringkas bentuk2 nya:
Pertama : 'Ujub di dalam Ibadah:
(1) 'Ujub' di dalam Membanyakkan Ibadah
(2) 'Ujub di dalam Mengelokkan Ibadah
(3) 'Ujub di dalam Meninggalkan Ibadah
Contoh 1:
Seseorang beribadah sepanjang malam, lalu bangkit perasaan di dalam hatinya bahawa dirinya sudah baik disebabkan amalnya yang banyak. Atau dia rasa hairan dengan amalnya sendiri seperti katanya dalam hati...
"hebat juga aku dapat solat tahajjud banyak ni" atau .....
"hairan aku macam mana ye aku boleh ibadah banyak ni" atau....
"barangkali aku seorang saja yang ibadat banyak macam ni"...
atau lain2 sepertinya.
Hal inilah yang paling lumrah terjadi kepada ahli ibadah, abid dan orang yang rajin melakukan berbagai ibadah malam. Sedangkan semua ini adalah 'Ujub yang wajib dijauhi jika tidak akan jatuhlah kepada Kemurkaan Allah. Wal Iyazubillah
AWAS:
'Ujub sememangnya penyakit hati yang amat besar serta sentiasa membayangi mereka yang membanyakkan Ibadah atau kebajikan.
Namun seseorang yang meninggalkan Ibadah yang banyak disebabkan takut menjadi 'ujub, ini satu lagi penyakit halus yang sangat tersembunyi.
Apabila dia mengurangkan ibadah atau sedikit melakukan kebajikan kerana takut menjadi' Ujub, lalu terasalah di dalam hatinya dia hebat kerana dia berjaya menjauhkan 'ujub. Maka ini satu sisi lain 'Ujub yang amat halus, bahkan orang semacam ini termasuk "ghurur" — tertipu dengan diri sendiri.
Jika demikian apakah yang patut dilakukan? Jawapannya : Bersungguh2lah ibadah kepada Allah, siang dan malam. Tetapi pada masa yang sama mujahadahlah melawan nafsu kejahatan yang menyeru kepada 'Ujub (serta kekejian lain) sehingga ia tunduk menyerah kalah. Ertinya JANGAN sesekali mengurangi ibadah semata2 kerana takut menjadi 'Ujub.
Sesungguhnya hal ini amat rumit sekali. Apabila seseorang tingkatkan ibadah, datang berbagai bisikan jahat menyuruhnya 'Ujub. Kemudian apabila dia cuba kurangkan ibadah semata2 kerana takut 'Ujub, datang pula bisikan lain yang mendorongnya kepada 'Ujub.
Hati insan sentiasa berbolak balik mengikut bisikan2 halus nafsu dan Syaitan. Iblis dan Syaitan serta kuncu2nya dari kalangan Jinn2 jahat sentiasa menunggu peluang untuk membisikkan keraguan, keburukan, serta was-waskan. Hati itu wajib disucikan dengan pimpinan Mursyid yang siddiq.
Inilah sebabnya sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang hebat2 terdahulu musyafahah dengan Mursyid yang Siddiq, mendidik hati dengan bimbingan Mursyid. Pendidikan khusus inilah yang dikenali sebagai Sistem Pendidikan Ahli Sufi pada zaman kemudian dari kurun Sahabat. Ini kerana hanya Ahli Sufi / Ahli Ma'rifat / Mursyid yang siddiq mewarisi Nubuwwah dan Risalah Rasulullah ﷺ.
Kedua : 'Ujub di dalam Ilmu:
(1) 'Ujub bagi penuntut Ilmu syari'at
(2) 'Ujub bagi penuntut Ilmu Tasawwuf / Toriqat
Contoh :
Mereka yang memperoleh penghormatan sebagai Profesor, PhD, Drs atau lain2nya merasa takjub, merasa hebat, mulia, agung dsb. Inilah 'Ujub walaupun dia hanya merasa kehebatan tersebut di dalam hatinya tanpa menunjuk2 apa2 isyarat pun di hadapan manusia. Bahkan inilah perbezaannya dengan Takabbur, Riya' dan Sum'ah yang terjadi ketika hadir manusia lain di hadapannya.
Ketiga : 'Ujub di dalam Ucapan / Berkata2 / Bersyarah:
(1) 'Ujub dengan membaguskan ucapan / memperindah syarahan.
(2) 'Ujub' di dalam Meniru kata2 Auliya Allah:
(3) 'Ujub di dalam penguasaan berbagai bahasa :
(4) 'Ujub di dalam Membanyakkan perkataan / ucapan panjang:
Contoh:
Seseorang memberikan ucapan di khalayak ramai sehingga dikagumi manusia, lalu timbul perasaan di dalam hati akan kehebatannya bersyarah / berceramah / memberikan ucapan.
Sesungguhnya hal ini lumrah terjadi kepada mana2 Pensyarah / Penceramah / ahli pidato dsb. Amat sukar sekali membuang 'Ujub pada hati mereka, kecuali mereka melazimkan diri mereka dengan didikan dan asuhan Mursyid yang siddiq.
Keempat: 'Ujub di dalam Berpakaian:
(1) 'Ujub ketika berpakaian indah, baru, mahal.
(2) 'Ujub ketika berpakaian lusuh, buruk, murah.
(3) 'Ujub ketika memakai pakaian kemuliaan.
Contoh :
Seseorang yang berpakaian indah, berpakaian kemuliaan, berpakaian Pembesar2 dsb. lalu merasa hairan, mulia, hebat dengan pakaian tersebut.
Contoh :
Seseorang berpakaian lusuh, buruk, rambut kusut, lalu merasakan diri sudah hebat sebagai seorang zuhud dan wara'.
Contoh :
Seseorang memakai pakaian Sunnah Nabi seperti jubah dan serban lalu takjub di dalam hatinya sebagai orang yang mulia.
Kelima: 'Ujub Di dalam Penulisan:
Keenam : 'Ujub dengan tubuhnya, kekuatan:
Ketujuh: 'Ujub dengan keturunan
Kelapan : 'Ujub dengan kekayaan, harta benda
Kesembilan : 'Ujub dengan banyaknya anak atau pengikut
Kesepuluh : 'Ujub dengan pangkat, kedudukan
Demikianlah sebahagian dari bentuk2 'Ujub yang lazim terjadi kepada mereka2 yang melakukan ibadah dan kebajikan.
Selain dari bentuk2 'Ujub yang tersebut di atas, masih banyak lagi bentuk2 lain yang mungkin timbul di dalam hati pelakunya. Ringkasnya apa sahaja pekerjaan atau perbuatan yang menimbulkan perasaan takjub, hairan akan diri sendiri, perasaan kehebatan di dalam hati, perasaan diri cemerlang, perasaan diri sudah baik dan sempurna dll sepertinya, maka jatuhlah kepada 'Ujub yang membinasakan....!
Wal Iyazubillah.
Bersambung siri 35 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment