Thursday, October 06, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 85)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


12.4  Punca Kesesatan Golongan Keruhanian (dan juga orang awam)

sambungan....


Demikianlah empat sebab utama yang menyebabkan penggemar2 keruhanian khususnya (dan orang awam secara umumnya) menyeleweng dari jalan kebenaran dan jatuh kepada kesesatan, Na'uzubillahi min zalik.


Walaupun terdapat di sana banyak lagi sebab2 lain seperti :

Mencampur adukkan agama / Jalan Ma'rifat dengan ajaran2 lain yang asing dari agama,  mengejar Karamah2 Hissiyah (perkara2 ajaib yang mencarik adat kebiasaan manusia),   bersekutu dengan jinn syaitan bagi memperoleh berbagai kelebihan dll nya — semua ini apabila diteliti akan kembali kepada empat punca utama tadi.


Penyelewengan oleh penggemar2 Jalan keruhanian amat berat sekali kerana bukan diri mereka sahaja akan tersesat tetapi mereka akan mengheret pengikut2nya sekali masuk kepada kebatilan dan kesesatan.  Mereka ini amat sukar dikenali kerana mereka juga menggunakan nama "mursyid" ,  menggunakan istilah "ahli sufi",   "ma'rifat" dll yang digunakan oleh Mursyid yang siddiq (benar).   


Oleh kerana inilah Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu berkata Sufi PALSU lebih bahaya dari Guru2 yang telah jelas akan kesesatannya.    Guru sesat mudah dikenali kerana telah nyata kesesatannya sedangkan Sufi PALSU amat sukar dikenali kerana dia di dalam penyamaran.  (Hal ini samalah seperti golongan Wahhabiyah, Syi'ah (rafidhi, sekular liberal yang menyamar sebagai Ahlus Sunnah)  


Berkata Imam Jilani Radhiallahu anhu:

"Orang sufi palsu ini sangat bahaya kepada Ummat islam. Dia lebih bahaya daripada seorang Sufi sesat, yang perjalanannya benar tetapi kepercayaannya salah dan sesat,   Sebab orang sufi sesat itu semua orang Islam sudah mengenalinya dan mudah dikenali. 

Namun sang sufi palsu akan membawa keliru kepada orang awam yang tidak mengerti atau orang mudah terpengaruh dengan hal2 yang tidak asli atau tiruan. Lalu bukan saja dia yang sesat, malah dia sesatkan orang lain yang tidak berdosa! 

[petikan Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar]


Adalah diharapkan sekalian penjelasan ini menjadi i'tibar, pengajaran dan waspada.  BUKAN tujuan di sini untuk menakut2kan pengikut Jalan Ma'rifat, tetapi ianya perlu diketahui oleh orang2 beriman yang berjalan kepada Allah.  


Jangan terpengaruh dengan dakyah2 musuh Ahlus Sunnah yang sering momokkan "dongeng"  bahawa siapa sahaja mengikut Jalan Ma'rifat / Toriqat akan menjadi gila, mabuk dan sesat.  Sedangkan hakikat kebenaran adalah :

Orang2 awam yang hanya berpegang kepada syari'at dan abaikan Toriqat Rasulullah ﷺ adalah lebih banyak terjatuh kepada kesesatan.  Yang jelas buktinya adalah : 72 golongan yang tersesat  ( seperti Khawarij, Syi'ah rafidhi, Mujassimah, Mu'tazilah, Jabariyah, Murji'ah dll berjumlah semua 72 golongan) adalah terdiri dari orang awam yang hanya berpegang kepada Syari'at semata2 dan abaikan Toriqat Rasulullah ﷺ .  

Jika demikian mana yang lebih bahaya?  

Orang yang mengikut Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ  ( iaitu Jalan Ma'rifat sebenar / Jalan Rasulullah sebenar ) atau yang meninggalkannya?


bersambung siri  86 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 602) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...