Saturday, October 08, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri  86  )

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


13.0  MATLAMAT TORIQAT (JALAN MA'RIFAT)


13.1 Matlamat Terbesar


Pada beberapa siri yang lalu kami telah menyentuh secara tak langsung matlamat Ilmu Toriqat-Tasawwuf.  Jika kamu mempunyai mata hati yang tajam, tentu kamu akan dapat memahaminya. 


Walau bagaimanapun kami akan menerangkan nya di sini secara lebih khusus sehingga mereka yang masih kesamaran akan memperoleh pengetahuan yang terang bagai matahari. 


Sesungguhnya Matlamat Toriqat tidak lain melainkan menyempurnakan tujuan penciptaan insan, dan juga menyempurnakan Tujuan Sekalian Rasul dan Nabi yang utuskan oleh Allah ke muka bumi iaitu:

Mengenal Allah dengan sebenarnya dan Ubudiyyah kepada-Nya dengan setulus ikhlas.

Allah Ta'ala menciptakan Insan supaya dia (insan)  mengenal Allah ( Ma'rifat) dan memperhambakan diri  setulus ikhlas kepada-Nya. (Ubudiyyah) sebagaimana diisyaratkan di dalam Kalam-Nya Yang Maha Tinggi:


Firman Allah :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan tidaklah Aku ciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadah kepadaku” 

[Adz-Dzaariyaat (51) : ayat 56]

Ibnu Abbas mentafsirkan makna  "  يَعْبُدُونِ  "   (Ya'budun= ubudiyah)  pada ayat di atas sebagai  " يعرفون "  (ya'rifun) iaitu  Ma'rifah - Mengenal Allah. 

Maknanya yang dikehendaki oleh Allah dengan penciptaan manusia adalah supaya manusa mencapai Ma'rifat —  mengenal Allah dengan sebenar kenal dan kemudian ubudiyyah kepada-Nya dengan tulus ikhlas.   Sekalian Ulama Arif Billah sepakat dengan pengertian ini. 

Jalan untuk mengenal Allah ini adalah melalui  Penyucian diri / hati.  Iaitu sucikan hati daripada kekotoran ma'nawiyyah  (kekejian yang tersembunyi di dalam hati / jiwa) sebagaimana isyarat Al Qur'an.  


Firman Allah :

هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬

“Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf,   seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Ilmu rahsia dan pengetahuan mendalam). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”

[Al-Jumu’ah (62) :  ayat 2]

Ibn Abbas mentafsirkan:

Rasulullah ﷺ diutus untuk mendidik para Sahabat sehingga suci bersih hati mereka  dari Syirik, iaitu mencapai Tauhid. 

[Tafsir Ibn Abbas]


Ahli Ma'rifat memberikan tafsiran lanjut :

Allah Ta'ala mengutus Rasulullah ﷺ untuk menyucikan batin para Sahabat daripada semua jenis syirik — Syirik Jali dan Syrik Khafi sehingga mereka menjadi insan2 suci dan  mengenal Allah dengan sebenar kenal, memperoleh Ilmu Hikmah dan  Taqwa yang tinggi. (Maqam Tauhid tertinggi).

Dengan demikian ketahuilah, apabila dihimpunkan kesemua matlamat2 kecil, matlamat keseluruhan Toriqat (Jalan Ma'rifat)  adalah:

"Ma'rifat — iaitu Mengenal Allah dengan sebenar kenal dan dari Ma'rifat itu terbit Ubudiyyah — iaitu melakukan perhambaan dirinya tulus ikhlas kepada-Nya.

Untuk mencapainya, setiap Muslim wajib melalui proses penyucian diri, penyucian jiwanya, penyucian hatinya sebagaimana perintah Allah pada ayat Qur'an yang dibentangkan tadi   [Al-Jumu’ah (62) :  ayat 2]  dan sebagaimana yang dilaksanakan Perintah tersebut oleh Junjungan Besar Rasulullah ﷺ .


Di sini timbul beberapa persoalan:

(1) Asal Hati insan suci, mengapakah ia menjadi kotor?  

(2) Asal  insan  (Ruh) melihat Allah di Alam Nur, mengapakah ia terhijab?

(3) Apakah Manhaj Al-Qur'an berkenaan Penyucian Hati insan?

(4) Apakah Jalan Rasulullah ﷺ berhubung dengan Penyucian Hati insan yang diPerintah ?

(5) Bagaimanakah dan Siapakah yang mewarisi Sistem ini daripada Rasulullah ﷺ?


bersambung siri   87       اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 602) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...