Saturday, October 08, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri  87 )

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


13.0  MATLAMAT TORIQAT (JALAN MA'RIFAT)

sambungan...


13.2 Perincian Matlamat


Berikut adalah Perincian Pencapaian Matlamat Toriqat sebagaimana menepati Perintah Allah dan Rasul- Nya:


Pertama :

Penyucian diri  dari Syirik Khafi  (syirik tersembunyi) sehingga terhasil memperoleh Tauhid yang suci murni dari sekalian syirik, sekurang2 mencapai pada Maqam Tauhid Af'al


Kedua :

Penyucian diri dari  Mazmumah (sifat2 keji) 


Ketiga :

Penyucian diri dari  sekalian ma'siat (dosa2 besar dan kecil secara umum)


Keempat :

Penyucian diri  dari Ghaflah (kelalaian) - yang paling utama jauhi  kelalaian dalam solat. 


Kelima:

Penyucian diri dari Aghyar  (segala suatu selain Allah)


Keenam:

Mencapai Sifat2 mahmudah (sifat terpuji) 


Ketujuh:

Mencapai  hati yang kekal zikrullah, hasilnya khusyu' di dalam solat dan ibadah²  lain, bahkan sampai kepada khusyu' menghadap Allah setiap saat. 


Kelapan:

Mencapai  kebebasan dari bisikan dan gangguan jinn syaitan


Kesembilan:

Mencapai Ikhlas yang sebenar menurut Ilmu Tasawwuf


Kesepuluh:

Mencapai  Maqam Taqwa / Maqam  Ihsan / Maqam Tasawwuf / Ma'rifat  yang sempurna


Ketahuilah sekalian Matlamat kecil yang dihuraikan di atas, kesemuanya merupakan tuntutan Allah dan Rasul-Nya berdasarkan keterangan2 yang jelas di dalam Kitabullah dan Hadith Rasul.    Pencapaian matlamat2 ini kembali tujuan asal penciptaan insan  iaitu Ma'rifat Ilahiyyah dan Ubudiyyah setulus hati.


Dengan demikian,  setiap Muslim WAJIB  menyucikan dirinya dari semua penyakit2 yang bersarang di dalam hatinya sehingga hatinya suci bersih.   Dan kemudian berusaha lagi sungguh2 menggilap hatinya sehingga bersinar bercahaya dengan cahaya Rabbaniyyah.  Sehingga akhirnya sampailah dia kepada Tuntutan Mutlaq — Matlamat Penciptaan Insan — Mengenal Allah dengan sebenar kenal dan Ubudiyyah kepada-Nya dengan tulus ikhlas.


Inilah Matlamat Toriqat.


Satu2nya Sistem Pendidikan yang membolehkan orang beriman mencapai sekalian Penyucian diri yang tersebut itu sehingga mencapai kecemerlangan  Ikhlas / Iman / Tauhid / Taqwaa adalah melalui Toriqat Rasulullah ﷺ yang sahih,  yang juga dikenali sebagai Jalan Ma'rifat,  yang dipimpin oleh Mursyid yang siddiq.  


Sistem Pendidikan  Toriqat ini  ( atau lebih khususnya disebut  Jalan Ma'rifat) yang sistematik,  teliti, rapi dan cemerlang diambil dari Sistem Pendidikan Rasulullah ﷺ  terhadap para Sahabat.   Sistem Pendidikan ini diwarisi turun-temurun dari satu Generasi Mursyid (Warisatul Anbiya yang sebenar) kepada Generasi Mursyid yang berikutnya dengan kaedah penuh rahsia, beradab dan khusus sampai ke hari ini dan akan berterusan sampai Qiamat.   Sistem Pendidikan Rasulullah ﷺ  ini kemudiannya di- kenali sebagai Madrasah Ma'rifat / Madrasah Ahli Sufi.


Ketahuilah...

Mengambil contoh dan itba'  kepada Rasulullah ﷺ,    Sekalian Sahabat Nabi, Tabiin, Tabiit-Tabiin, Sekalian Mujtahid Ahlus Sunnah, Sekalian Mujaddid Ummah telah melalui Sistem Pendidikan Toriqat / Jalan Ma'rifat ini.  TIDAK ada seorang pun Mujaddid atau Mujtahid Ahlus Sunnah yang lahir melainkan kesemua mereka telah menerima pancaran cahaya Nubuwwah melalui  Madrasah Ma'rifat yang khusus ini.   Ini termasuk lah sekalian Mujtahid Mazhab Fiqh — Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'e dan Imam Hanbali adalah mereka itu semuanya telah menempuh Perjalanan Ma'rifat sehingga akhirnya mereka menjadi Ahli Sufi  sekaligus Mujtahid Fiqh. 


bersambung siri   88     اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 602) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...