Thursday, October 06, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 84)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


12.4  Punca Kesesatan Golongan Keruhanian (dan juga orang awam)

sambungan....


(4) Melanggar Adab Ma'rifat

Ketahuilah wahai hamba2 Allah, perjalanan Ma'rifat adalah Manhaj Rasulullah ﷺ   yang paling tinggi disiplinnya dan paling kuat berpegang teguh kepada adab2.   Jalan Ma'rifat mempunyai Prinsip2 tersendiri yang wajib diikuti oleh seluruh salikin yang inginkan kemenangan di negeri akhirat.  


Jalan Ma'rifat mempunyai Prinsip2nya yang tersendiri sebagaimana yang telah dihimpun dan di jelaskan  oleh sekalian Masyaikh (jamak bagi Shaikh) — iaitu Ulama bertaraf Auliya Allah yang terdahulu.   Mereka telah menjelaskan perkara2 pokok yang merupakan ADAB yang sangat besar pada Jalan Ma'rifat.   Sekalian ADAB   ini wajib difahami dan diikuti sungguh2 agar tidak tergelincir di pertengahan jalan — mudah2an termasuk janji Allah masuk syurga tanpa hisab. 


Sekalian Mursyid yang siddiq (benar) sangat arif akan hal ini kerana merekalah pemimpin2 Ummat pada Jalan ketuhanan dan Pemimpin bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah.  Cogan kata muridin / salikan yang menempuh jalan Ma'rifat adalah dengar dan patuh, ertinya patuhi sekalian Prinsip2 Ma'rifat — ADAB pada jalan Ma'rifat :


Firman Allah :

وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا 

"dan mereka berkata : Kami dengar dan kami patuh"

[Al-Baqarah (2) : ayat 285]


Dan telah masyhur dari kata2 Ahli Ma'rifat :

"Sesiapa yang tidak beradab, tiada ilmu baginya walau dia alim sekalipun."


Mengapa ADAB sangat penting di dalam Agama,  khususnya pada Jalan Ma'rifat?


Adab adalah diibaratkan seperti pagar kepada dusun buah²an yang melindungi sekalian hasil penanam- nya berupa buah²an ranum dan enak daripada dimusnahkan oleh anasir perosak atau dicuri oleh manusia2 jahat. Jika pagarnya tidak kuat dan tidak sempurna, maka bila² masa ianya boleh runtuh. Apabila pagarnya  runtuh, maka ketika itu sekalian hasil dusunnya terdedah kepada ancaman musnah oleh haiwan perosak atau manusia jahat. Segala hasil yang diusahakannya akan rosak binasa. 


Demikianlah ibaratnya orang yang mempunyai amal yang banyak dan telah mencapai kedudukan yang agak tinggi boleh jatuh dan rosak binasa disebabkan ketiadaan adab atau melanggar adab.  Walaupun dia seorang yang sangat pintar, bijak dan tinggi ilmunya dan disertai ibadah yang banyak seperti solat tahajjud dan berpuasa banyak tetapi tidak beradab, maka segala ilmu dan amal ibdahnya akan binasa apabila dia sewenang2nya melanggar adab2 besar.


Satu contoh yang sangat jelas di dalam sejarah Ummat ini adalah kisah Wasil bin Atho yang tiada adab kepada Guru Mursyidnya Imam Hasan Al-Basri.   Wasil bin Atho keluar dari Majlis Imam Hasan Al Basri kerana meyangka diri dia lebih hebat daripada Mursyidnya.   Setelah keluar dari Majlis Mursyid nya,   dia (wasil bin Atho) mengumpulkan teman2nya dan mengasaskan fahaman baru yang kemudian di kenali sebagai Fahaman  Mu'tazilah.   Sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar telah mengeluarkan fatwa bahawa fahaman Mu'tazilah telah sesat dan termasuk didalam 72 golongan sesat yang diberi amaran oleh Rasulullah ﷺ .


Inilah akibat pelanggaran adab oleh murid kepada Guru Mursyidnya. 


bersambung siri  85 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 602) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...