■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT
(Siri 75)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
12.2 Fatwa Sulton Awliya — 11 Kumpulan keruhanian Palsu / Toriqat Palsu:
Berikut adalah Fatwa Imam Besar Ahlus Sunnah Sulton Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu, berkenaan kelompok2 keruhanian palsu / Toriqat palsu yang masing2 mendakwa bahawa mereka di jalan benar sedangkan mereka tertipu oleh helah Iblis yang amat licik.
Berkata Yang Mulia Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu anhu:
"Golongan sesat (di dalam ilmu keruhanian) ini banyak. Di bawah ini dinyatakan sebahagian daripada jalan bida'ah yang dipegang dan diikuti oleh orang-orang yang mengakui diri mereka orang kerohanian :
Pertama: Hululiyyah
Mereka percaya dan mendakwa halal melihat tubuh dan wajah yang cantik yang menggiurkan nafsu dan mendorong kepada perzinaan ; sama ada perempuan atau lelaki, siapa sahaja sama ada isteri-isteri atau suami-suami, anak-anak perempuan atau saudara-saudara perempuan orang lain. Mereka juga bercampur dan menari bersama-sama. Ini jelas bertentangan dengan peraturan Islam dan menjaga kesucian dan kehormatan di dalam peraturan tersebut.
Penjelasan:
========
Kelompok ini adalah terbitnya dari cabang fahaman bathiniyah sesat yang percaya kepada penyatuan tubuh manusia dengan Tuhan. Menurut kepercayaan mereka, apabila seseorang sampai ke peringkat penyatuan maka dia menjadi seperti Tuhan. Menurut dakwaan mereka orang yang di dalam tubuhnya wujud Tuhan, tidak tertakluk kepada Syari'at, tetapi semuanya sudah menjadi haqiqat Tuhan, kata mereka.
Sebahagian ketua2 di dalam kelompok ini mendakwa dia dikahwinkan dengan wanita dara atau isteri orang di alam keruhanian oleh Allah, atau oleh Rasulullah atau oleh Nabi Khidir atau oleh Wali Allah yang lain. Maka mereka harus mempunyai banyak isteri yang dinikahkan secara batin sahaja tanpa melalui hukum syari'at.
Pada zaman ini mereka namakannya sebagai "nikah batin". Apabila orang ini sudah melakukan "nikah batin" dengan seseorang wanita, maka halal baginya sebagai isterinya. Tidak kira sama ada wanita itu anak dara atau isteri orang semuanya halal bagi mereka setelah melakukan "nikah batin". Ini bermaksud seseorang mengikut kepercayaan kelompok ini boleh mempunyai ratusan isteri yang telah dinikahkan secara batin. Wal Iyazubillah
Inilah dakwaan batil dan amat sesat dan tak perlu dinyatakan betapa besarnya kesesatan dan kekufurannya kerana menetang segala hukum Allah. Wal Iyazubillah
bersambung siri 76 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment