Monday, October 03, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 74)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


12.1 Batu Loncatan Iblis untuk menerbitkan  Toriqat Palsu :


Sesungguhnya Iblis dan kuncu2nya tidak akan berhenti dari melakukan berbagai tipu daya dan helah yang sangat licik untuk memesongkan manusia dari jalan Allah.  Pada setiap kebaikan yang diusahakan oleh manusia sama ada sendirian atau dalam bentuk kelompok,  pasti di sana Iblis menunggu di hadapan dengan gerbang kepalsuan.  Zahirnya kelihatan indah dan menawan tetapi hakikatnya kepalsuan dan kesesatan.   Iblis menggunakan sekalian tentera2nya bagi membangkitkan "tangan2 palsu"  dari kalangan manusia dan jinn. 


Dikecilkan fokus perbincangan,  khusus kepada terbitnya Toriqat palsu yang jelas menyeleweng dari Ahlus Sunnah, adalah ini terjadi melalui tangan2 ahli ibadah juga.    Berdasarkan sejarah, orang2  yang menerbitkan  Toriqat Palsu adalah sebahagian besarnya terdiri orang2 yang asalnya gemar kepada ibadah. Tetapi Iblis dengan segala macam helah memimpin mereka kepada kesesatan sehingga terbentuklah kumpulan2 keruhanian PALSU atas nama Toriqat.    Di samping itu tidak dinafikan peranan Yahudi dan Nasrani dan munafiq yang berusaha siang malam untuk menerbitkan jalan2 palsu yang mirip dengan Ahlus Sunnah.  


Golongan yang terdedah kepada tipu daya ini amat banyak tetapi dapat dikelompokkan seperti berikut:


(1) Orang alim fiqh (alim kitab),  hafiz Qur'an, penghafal Hadith,  Ahli ilmu kalam,  ahli debat agama dll sepertinya  yang hanya menyibukkan diri dengan fiqh semata2,  berbangga dengan keilmuan syari'at  masing2 serta tidak berusaha menyucikan hati dengan Toriqat Rasulullah ﷺ. yang sahih.    Maka syaitan mengambil tempat di dalam hatinya, lalu memperdayakan dia dengan kesombongan dan mengheretnya kepada kesesatan.


(2) Orang  awam /  abid yang beramal sendiri dengan amal yang banyak tetapi mereka TIDAK mempunyai Guru Mursyid yang siddiq (benar) sebagai pemimpinnya.  Iblis datang di dalam berbagai rupa seperti orang alim yang hebat memperdayakan dia.


(3) Murid / salikin / khalifah toriqat  yang TIDAK ikhlas atau  engkar kepada Mursyidnya yang siddiq (benar).   Maksudnya mereka ini asalnya murid kepada Mursyid yang siddiq tetapi menyeleweng kerana berubah niat kepada selain Allah seperti niat kemegahan atau mencari dunia atau ingin menjadi hebat,  bercita2 menjadi Mursyid,  bercita2 menjadi Wali Allah dan terkenal dsb.  Ketika berubah niatnya, Iblis akan menyusup masuk ke dalam hati membisikkan kepalsuan,


(4) Pengkaji2 Ilmu Toriqat dan hakikat.   Mereka ini sama seperti No. (2)  di atas iaitu orang awam yang beramal sendirian tanpa Pimpinan Mursyid yang siddiq.  Bezanya adalah ini mereka ini adalah pengkaji2 ilmu hakikat.   Mereka mengkaji sendiri kitab2 Tasawwuf yang tinggi2 seperti   Sirrul Asrar, Kasyful Asrar,  Futuhatul Makkiyah dan kitab2 Tasawwuf yang tinggi2  sehingga akhirnya mengaku sudah sampai kepada Allah.  Mereka bercakap hal yang tinggi2 berkenaan keruhanian yang mereka kutip dari Kitab2 Tasawwuf dan menganggap sudah sampai Maqam Wali.  Iblis akan memperdayakan golongan ini dengan berbagai helah kebesaran diri.


(5)  Ahli majzub  yang tertipu.    Golongan ini juga lebih kurang sama seperti pada no. (2)  di atas, iaitu mereka  beramal sendirian lalu  mengaku sudah  majzub, mengaku sudah menjadi Mursyid dengan lantikan ghaib.   dia mengaku sudah sampai kepada Allah,  mengaku didatangi Wali Allah, Nabi Khidir dll.   sedangkan yang datang itu adalah sebenarnya Iblis yang menyamar sebagai Wali Allah yang besar dan menipu daya dia  kepada kesesatan.  


bersambung siri  75  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 602) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...