Sunday, October 02, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 73)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


12.0  Toriqat Palsu / Toriqat yang menyeleweng dari Ahlus Sunnah


Sekalian Masyaikh yang siddiq (benar) — Ulama Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah telah menunjukkan Jalan, syarat, adab yang  benar bagi Toriqat sahih yang diterima dari Rasulullah ﷺ  sebagaimana telah kami sebutkan sebelum ini. Di samping itu mereka (Masyaikh) juga telah memberikan amaran dan peringatan keras akan wujudnya Toriqat Palsu,  Toriqat yang tidak sahih, Toriqat yang menyeleweng dari Jalan Rasulullah ﷺ .    Mereka telah menyebut secara jelas ciri2 Toriqat Palsu ini supaya seluruh ummat kemudian waspada dan menjauhinya.


Pada setiap perkara kebaikan yang ditaqdirkan bagi manusia, pasti di sana akan wujud  kepalsuan yang diterbitkan oleh Iblis dan kuncu2nya.  Lebih2 lagi apabila ianya menghasilkan kebaikan yang banyak dan musnahkan kubu2 iblis,  sudah pasti Iblis dan kuncu2nya akan melakukan berbagai helah dan tipu daya untuk memesongkan manusia kepada kebatilan dan kesesatan.     Iblis akan menerbitkan permata palsu, intan palsu, mutiara palsu yang seakan2 benar — yang kelihatan pada zahirnya sangat indah dan cemerlang.  


Iblis akan mengindahkan JALAN PALSU dengan berbagai sinar kepalsuan dan fatamorgana yang menggiurkan.  Iblis akan menghiasi kejahatan, kekejian dan kefasikan sebagai baik dan diredhai Allah, sehingga manusia awam tertipu dengan helahnya,    hatta sehingga orang alim kitab (yang hanya mahirkan ilmu fiqh) juga ramai yang menjadi mangsa tipu daya Iblis.   


Firman Allah :

قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ ٱلْمُخْلَصِين

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan buruk/ keji/ma'siat/ mungkar) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas". 

[Al-'Hijr (15) : ayat 39-40]


Inilah sumpah Iblis dihadapan Allah ketika dia diusir dari  syurga disebabkan keangkuhan dan kebiadaban dia dengan Allah.  Iblis bersumpah bahawa dia akan memesongkan manusia dari jalan Allah dengan berbagai helah dan tipu daya yang amat licik.    Di antara tipu daya tersebut adalah :   Menghiasi perbuatan  buruk, keji , kefasikan dan  kekufuran (menghiasi dengan hiasan palsu)   sehingga manusia tidak menyangka ianya perbuatan Iblis,  sebaliknya mereka akan percaya itulah kebenaran dari Allah. 


Firman Allah :

الَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (١٦) ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌ۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ (١٧)

"Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. "

[Al-A'raf (7) : ayat 16-17]


Persoalannya... 

Bagaimanakah cara terjadinya Toriqat Palsu ?

Bagaimanakah terjadinya proses penyesatan oleh Iblis sehingga bangkitnya Toriqat2 Palsu?

Siapakah yang menjadi sasaran Iblis sebagai batu loncatannya bagi membangkitkan Toriqat Palsu?

Manusia bagaimanakah yang menjadi mangsa tipu daya Iblis ini?


Sesungguhnya semua ini hal yang sangat rumit untuk diketahui oleh orang2 awam.  Semua ini hanya di- fahami oleh Ahli Ma'rifat yang telah tahqiq pada Jalan Ma'rifat.


bersambung siri  74  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 602) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...