Sunday, October 02, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 72)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


11.2 Penjagaan Penting

sambungan


Kelima:

Jauhi sama sekali bersahabat, bersekutu, menyeru jinn syaitan dalam apa jua amalan.


Toriqat dan Jalan Ma'rifat keseluruhannya adalah jalan suci yang diterima turun-temurun daripada Rasulullah ﷺ,  TIDAK ada sekutu atau subahat dengan jinn syaitan.   Bahkan iblis, jinn dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi orang beriman.   Maka mana2 golongan yang mengaku membawa Jamaah Toriqat tetapi bersekutu dengan jinn syaitan walau apa pun tujuannya, maka ia adalah kesesatan tanpa keraguan lagi.


Keenam :

Menjauhi sama sekali mencari2 karomah hissiyah.  (kelebihan berupa perkara mencarik adat, menembusi hukum alam,  perlakuan mencengangkan aqal dll) 


Karomah (kemuliaan) yang sebenar adalah Karomah Ma'nawiyyah iaitu kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala kepada hamba2-Nya  berupa Keteguhan Iman,  Tauhid yang suci murni,  Maqam Taqwa, Maqam Ihsan  serta tetap teguh di atasnya sampai mati.  


Ada pun karomah hissiyah  adalah dugaan bagi murid.  Ianya BUKAN anugerah tetapi pemberian berupa ujian bagi murid / salikin apakah dia benar2 ikhlas mencari Allah atau semata2 mencari kemegahan dan kehebatan duniawi.    Oleh kerana itu mana2 Toriqat yang gemar heboh2kan kelebihan2  duniawi  seperti boleh terapung di atas udara,  boleh melihat berbagai2 cahaya gemilang,  boleh melihat Wali Songo dsb lalu menjadikannya matlamat Torqat nya, maka sesungguhnya ini adalah Toriqat yang menyeleweng dari matlamat Tauhid dan Ubudiyyah maka BATAL perjalanannya. 


Ketujuh :

Menjauhi sama sekali cita2 selain mencari Allah, sebaliknya sentiasa menyeru supaya ikhlas hati  mencari redha Allah dan Kasih-Nya.   


Perkara ini tak perlu disebut lagi kerana telah maklum ianya pokok Agama. Namun kita tegaskan lagi supaya niat tidak terkeluar dari keikhlasan sepajang amal dari awal sampai akhir setiap amal.     Tiada Agama kepada orang yang tiada ikhlas.   Tiada sah ibadah tanpa ikhlas.


Sekurang2 ikhlas orang awam adalah :  Ibadah semata2 kerana Allah (sedang dia masih melihat diri ada keupayaan melakukan ketaatan)


Ikhlas orang salikin yang memperoleh Tauhid adalah:     Ibadah semata2 kepada Allah dan tiada dia terlihat keupayaan dirinya untuk melakukan Ibadah.   Dia melihat anugerah Allah untuk melakukan setiap amalnya.


Kekal hati berpegang kepada matlamat berguru kepada Mursyid,   mengikut Jalan Ma'rifat. 


Ini adalah di antara beberapa penjagaan yang wajib diperhatikan  oleh mana2 Toriqah Ahlus Sunnah.  Kegagalan memelihara Syarat2 dan Adab2 Ma'rifat akan menyebabkan seluruh perjalanan menjadi pincang, menyeleweng atau sesat dari jalan benar.  Nauzubillah.



bersambung siri  73   اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 602) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...