Sunday, October 02, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 71)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


11.0  Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah

sambungan

11.2 Penjagaan Penting


Ini adalah suatu penjagaan.


Walaupun kita telah memastikan bahawa unsur terpenting di dalam Toriqah Ahli Sufi Ahlus Sunnah ini adalah Pemimpinnya iaitu Mursyid yang siddiq (benar)   yang menepati syarat2 sebagai Guru dan Wakil Rasulullah ﷺ   yang sah untuk mendidik manusia kepada Allah, namun penjagaan berikut perlu di- perhatikan juga sungguh2 sebagai langkah berjaga2 agar tidak menjadi penyelewengan dan kesesatan tanpa disedari.


Pertama:

Seluruh perjalanan Toriqah WAJIB berdiri kukuh di atas prinsip2 Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang telah dinyatakan oleh Masyaikh / Ahli2 Ma'rifat / Ahli Sufi terdahulu serta Prinsip2 Aqidah Asas oleh Ashaari @ Maturidi 


Kedua :

Berpegang teguh dengan syari'at, iaitu hukum-hakam syari'at zahir yang bersangkut paut ibadah dan muamalah dll. 


Orang² yang mendakwa tak perlu solat, puasa, Haji dll apabila sudah sampai Ma'rifat adalah golongan zindiq.    Mereka adalah penyembah hawa nafsu.    Ajaran ini TIDAK ada kaitan sama sekali dengan Pendidikan Mursyid yang siddiq.   Menurut kami (Pewaris Nabi yang siddiq) semakin tinggi seseorang pada Jalan Ma'rifat, semakin tinggi ubudiyyahnya kepada Allah Ta'ala, makin indah syari'atnya, lebih teguh syari'atnya.    BUKAN sebaliknya. 


Ketiga:

Mematuhi semua prinsip2 asas, peraturan, syarat dan adab Toriqat yang telah ditetapkan oleh Ulama Mu'tabar terdahulu seperti Imam Jilani, Imam Ghazali, Imam Junaid Baghdadi, Imam Rifai, Imam Sazili, Imam Haddad, Imam Ibn Arabiy, Imam Ahmad Kamashkhanawi,  Imam Sayuthi, Imam Haithami dll.  


Maksud di sini adalah :  Seseorang Guru tidak layak sewenang2nya membuat peraturan atau syarat2 yang menyalahi PRINSIP2 UTAMA,  syarat2 UTAMA  dan ADAB UTAMA di dalam Toriqah nya.  Ini kerana sekalian Prinsip2 Utama sudah disepakati akan kewajipannya, maka wajib mematuhi sepenuhnya.   


Walau bagaimanapun seorang Shaikh Mujtahid layak membuat perubahan2 pada perkara furu' / cabang sesuai dengan keperluan ummat.  ini tiada halangan.   Contoh2 perubahan yang berlaku di dalam perkara cabang dan ranting adalah seperti :

(1) Perubahan cara khilwah yang tradisinya dilakukan di bawah tanah atau gunung2  kepada cara khilwah berjamaah di keliling Masjid.


(2) Perubahan sedikit di dalam kaifiyyat  (cara2) zikir 


(3) Perubahan di dalam cara2 melapur natijah zikir


Murid2 /khalifah dilarang keras bertengkar disebabkan perbezaan pada furu'/ cabang seperti perbezaan kaifiyat zikir, cara suluk dsb .


Keempat:

Jauhi semua jenis ilmu2 kebatinan sesat, perbahasan ilmu hakikat palsu, ilmu2 silat batin, reiki, budisuci, kundalini, cakra  dan yang lain2 berlawanan dengan syari'at.


Setengah golongan silat mencampur adukkan Silat, reiki, kundalini dan lain2 fahaman sesat ke dalam Toriqat untuk memperoleh kekuatan lalu mendakwa ianya Warisan Ahli Sufi dan Wali Allah.  Sungguh ini rekaan dan pendustaan.




bersambung siri  72  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 602) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...