■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT
(Siri 76)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
12.2 Fatwa Sulton Auliya — 11 Kumpulan keruhanian Palsu / Toriqat Palsu:
sambungan........
Kedua : Haliyyah:
Golongan ini mencari kerasukan zauq dengan cara menari, menyanyi, menjerit dan bertepuk tangan. Mereka mendakwa shaikh mereka berada dalam suasana yang mengatasi batasan hukum agama. Jelas sekali mereka terpesong jauh daripada perjalanan Nabi ﷺ yang dalam tindak-tanduk mematuhi hukum agama.
Penjelasan:
Imam Jilani menyebut dua perkara penting berkaitan Kelompok Haliyyah ini. iaitu yang pertama mereka berzikir BUKAN mencari keredhaan Allah sebaliknya mencari keseronokan kerasukan. dan yang kedua, mendakwa Guru mereka mengatasi hukum Syari'at.
Golongan ini gemar zikrullah dan tetapi dengan niat yang menyimpang dari tujuan sebenar Zikrullah yang dituntut pada Agama (disiplin Ma'rifat). Mereka berzikir dengan tujuan mencari2 zauq dan kerasukan sehingga khayal di dalam keseronokan nafsu. Zauq yang mereka peroleh itu BUKAN yang benar dari Allah, tetapi sebaliknya kerasukan yang dibangkitkan oleh nafsu dan Syaitan.
Apakah yang dikehendaki dengan zauq pada Jalan Ma'rifat?
Menurut Ahli Ma'rifat, Zauq (atau Zuq) yang benar adalah :
"Lonjakan perasaan hati sehingga tubuhnya tersentap mendadak tanpa diusahakan atau diikhtiarkan ketika dia sangat asyik berzikir kepada Allah. Ketika terjadi keadaan tersebut ( Zauq ) boleh jadi orang yang sedang asyik zikir itu menjerit kalimah Allah atau menjerit nama Rasulullah dengan suara yang keras. Atau dia menangis dengan tangisan yang keras mengenang dosa2nya. Atau tubuhnya bangkit menggeletar ketakutan. Atau keadaan2 lain di luar kawalannya. Hal seseorang di dalam keadaan dipanggil tindakan idhtirari, iaitu tindakan yang berlaku di luar kawalannya. Perhatikan baik2 — Semua ini berlaku di luar kawalannya, BUKAN sengaja buat² zauq tersebut. "
Keadaan ini jauh berbeza bagi orang² bercita² mencari zauq, atau dia buat2 seperti zauq. Keadaan sengaja berusaha mencari2 kerasukan ini dipanggil tindakan ikhtiari. Ketika seseorang melakukan hal demikian (mencari2 zauq), maka syaitan akan masuk mempengaruhi pemikirannya sehingga terjadi kerasukan oleh syaitan, maka segala hal ehwal terjadi seperti menjerit Kalimah Allah dsb pada hakikatnya dari seruan syaitan dan nafsu kejahatan, BUKAN zauq yang benar kepada Ketuhanan. orang itu menyangka dia mendapat zauq padahal dia tertipu dengan tipu daya syaitan.
Mengapakah mereka2 ini terkena gangguan syaitan juga walaupun mereka berzikir?
Jawapannya :
Apabila niat amal berubah kepada lain selain Allah, pada saat itu mereka jatuh kepada perangkap syaitan. Syaitan sentiasa mengintai2 peluang untuk menyesatkan orang2 beramal. Sebaik sahaja seseorang berubah niat, maka situ peluang syaitan terbuka untuk menarik dia kepada gerbang Iblis.
Anggapan golongan ini bahawa Guru mereka mengatasi hukum² Agama (langgar hukum syari'at) jelas menunjukkan kebatilan golongan ini. Ini kerana setiap Mursyid terta'luk kepada hukum syari'at. Jika seorang yang dikenali sebagai Mursyid melakukan keengkaran kepada syari'at secara terang-terangan, maka menjadi saksilah bahawa dia BUKAN Mursyid yang siddiq.
Sila rujuk Tajuk Risalah : Syarat2 Mursyid yang Siddiq dan tanda2 Mursyid yang Siddiq.
bersambung siri 77 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment