Tuesday, October 04, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 77)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


12.2  Fatwa Sulton Auliya — 11 Kumpulan keruhanian Palsu / Toriqat Palsu:

sambungan........


Ketiga: Awliya’iyyah:

Golongan ini mendakwa mereka berada dalam kehampiran dengan Allah. Dengan kata lain mereka telah mencapai peringkat Awlia Allah. Menurut mereka, Apabila telah menjadi Aulia' Allah maka tak perlu solat, puasa, haji dan lain2 Ibadah. (Kononnya semua kewajipan agama terangkat daripada mereka.) Seterusnya mereka mendakwa seorang wali, orang yang hampir dengan Allah, menjadi sahabat akrab-Nya, mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Nabi. Mereka mengatakan ilmu sampai kepada Rasulullah ﷺ melalui Jibrail sementara wali menerima ilmu secara langsung dari Tuhan. Pandangan salah tentang suasana mereka dan apa yang mereka sifatkan kepada diri mereka adalah dosa mereka yang paling besar yang membawa mereka kepada bidaah dan kekufuran. 


Penjelasan :

Golongan ini mengaku sudah mencapai Maqam Auliya Allah yang tinggi semata² atas sangkaan sendiri.  Maksudnya mereka TIDAK  menempuh jalan Ma'rifat sebenar di bawah asuhan Mursyid yang siddiq (benar)  tetapi berangan2 sudah sampai kepada Allah atau menganggap diri mereka sudah mencapai Maqam Auliya.  Golongan berangan2 ini kemudiannya akan berkata : "kami bebas dari Syari'at, kami tak perlu solat dan puasa atau lain2 kewajipan lain kerana sudah menjadi kekasih Allah"   .   Wal Iyazubillah.


Terdapat tiga macam golongan  tertipu dengan angan2 sendiri :

(1)  Penggemar Kitab Tasawwuf tinggi2.

Golongan ini  gemar membaca kitab2 Tasawwuf yang tinggi2  lalu mengaku sudah mencapai maqam tinggi.   Pada anggapan mereka apabila mereka sudah menghafal perjalanan keruhanian yang tinggi2, maka mereka sudah mencapainya,   

(2) Pengkaji2 Ilmu Tasawwuf / keruhanian.     

Mereka ini adalah golongan yang sangat gemar berteori dan mengkaji Ilmu Tasawwuf tetapi tidak menghayatinya sebagaimana dituntut pada Syara'.   Mereka sekadar berbincang dan berbahas sesama sendiri hal2 Ma'rifat dan istilah Tasawwuf yang tinggi2 lalu menganggap sudah mendapat "Tasawwuf".    

Termasuk di dalam kategori ini adalah mereka yang  sekadar menyebut2   istilah  Tasawwuf di dalam Kursus, Seminar, Forum  dsb lalu merasa diri sudah berada di dunia Ma'rifat.    Memang baik menceritakan teori2 berkenaan Tasawwuf di dalam Kursus, Seminar, Forum, Diskusi dsb  tetapi perlu disedari ianya hanyalah permulaan mengenal Jalan Allah,  BUKAN kesudahan perjalanan.    

(3) Abid yang gemar amal sendirian.

Abid adalah orang yang sangat gemar beramal, mendirikan solat sunnat,  zikir, solawat dll  tetapi tidak mempunyai ilmu yang memadai (tidak cukup ilmu fardhu ain)  sebagai orang beriman. 

Persamaan pada ketiga2 kategori manusia ini adalah :  

Mereka TIDAK mempunyai pemimpin kepada Ketuhanan. Mereka TIDAK berguru kepada Mursyid yang siddiq yang menunjukki jalan lurus serta menjauhkan mereka dari  jalan2  syaitan.   

Yang kedua mereka gagal memahami bahawa Untuk memperoleh "tasawwuf"  di dalam diri,  setiap Muslim  wajib menempuh sendiri jalan Ma'rifat dengan pimpinan Guru nya (Mursyid yang siddiq) , menyucikan hatinya sungguh2 sehingga ia bersinar dengan Cahaya Tauhid. 

Apabila seseorang beramal sendiri tanpa pimpinan Mursyid yang siddiq, atau hanya berangan2 dengan teori2 Tasawwuf,   maka syaitanlah yang menjadi Guru yang memimpinnya kepada Gerbang Iblis.  Iblis akan memperdayakan orang itu dengan berbagai ilusi dan mainan sihir sehingga dia terpedaya.  iblis akan membisikkan bahawa dia sudah mencapai maqam yang tinggi, maka tak perlu solat, puasa, zakat atau kewajipan lain. Wal Iyazubillah.

Tidak syak lagi mana2 golongan yang mengatakan mereka terlepas dari Syari'at kerana sudah mencapai Maqam tinggi adalah mereka ini golongan sesat yang terpedaya dengan Iblis La'natullah. Wal Iyazubillah.


bersambung siri  78  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 602) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...