■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
KEWAJIPAN AMALKAN
TASAWWUF-TORIQAT
(Siri 78)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
12.2 Fatwa Sulton Auliya — 11 Kumpulan keruhanian Palsu / Toriqat Palsu:
sambungan........
Keempat: Syamuraniyyah:
Mereka percaya kalam (perkataan) Allah adalah kekal dan barangsiapa menyebut Kalam ini (Kalam Allah) tidak terikat dengan hukum atau syari'at Agama. Mereka tidak peduli halal atau haram. Dalam ibadat mereka menggunakan muzik (yang diharamkan - pent.). Perempuan dan lelaki bercampur gaul. Tiada beza lelaki dan perempuan, Ini sudah menyimpang jauh dari ajaran Al-Qur'an.
Kelima : Hubbiyyah:
Golongan ini mengatakan bila manusia sampai ke peringkat cinta mereka bebas daripada semua kewajipan agama. Mereka tidak memperdulikan tentang pakaian, kadang2 mereka bertelanjang bogel. Tiada lagi perasaan malu. Inilah ajaran sesat dan menyesatkan.
Keenam: Huriyyah :
Gemar berteriak , memekik, menyanyi, menari dan bertepuk tangan, mereka menjadi kerasukan dan di dalam suasana kerasukan itu mereka mendakwa mengadakan hubungan jenis dengan bidadari; bila keluar dari kerasukan mereka mandi junub. Mereka dimusnahkan oleh pembohongan mereka sendiri.
Ketujuh: Ibahiyyah :
Enggan mengajak kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Mereka menghalalkan yang haram. Bagi mereka semua perempuan halal bagi semua lelaki. Ini ternyata golongan sesat yang akan menerima siksaan pedih!
Kelapan : Mutakasiliyah :
Mengamalkan prinsip bermalas-malas dan mencari nafkah dengan meminta sedekah dari rumah ke rumah. Mereka berangapan mereka telah meninggalkan segala hal ehwal dunia. Maka musnahlah mereka di dalam perbuatan mereka.
Kesembilan: Mutajahiliyah:
Mutajahiliyyah – Berpura-pura jahil dan dengan sengaja berpakaian tidak sopan, cuba menunjukkan dan berkelakuan seperti orang kafir, sedangkan Allah berfirman,
وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan"
[Hud ( 11 ) : ayat 113]
Nabi ﷺ bersabda, “ Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka mereka dikira sebagai ahli kaum itu”.
Kesepuluh :Wafiqiyyah:
Mendakwa hanya Allah yang boleh kenal Allah. Jadi, mereka membuang jalan kebenaran. Dengan ini mereka enggan berusaha mencari hakikat kebenaran. Kerana kebodohan mereka membawa menuju kerosakan dan kesesatan.
Kesebelas : Ilhamiyyah:
Golongan yang mementingkan ilham (semata2). Tidak mahu menuntut ilmu. Mereka melarang belajar, dan berkata Quran adalah hijab bagi mereka. Mereka gunakan puisi karangan mereka sebagai ganti kepada Qur'an. Mereka meninggalkan Quran dan sembahyang, sebaliknya mengajarkan anak-anak mereka puisi. Maka jadilah mereka sesat!
Demikian banyak ajaran2 sesat dari Guru Sufi Palsu (Mursyid palsu / Guru menyamar sebagai Mursyid)
[tamat petikan Kitab Sirrul Asrar Fi Ma Yahtahju Ilayhil Abrar]
bersambung siri 79 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment