Tuesday, October 04, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 79)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


12.3 Golongan Menyeleweng pada Jalan Keruhanian — 7 golongan pada zaman ini:


Selain dari 11 Golongan Sufi PALSU, Mursyid PALSU atau Toriqat PALSU yang disebutkan oleh Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir JIlani, seperti yang telah lalu bicaranya,   pada zaman ini masih terdapat golongan2 tersesat dari Jalan Ma'rifat yang sebenar. 

Ianya BUKAN Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah,  BUKAN warisan turun-temurun dari Rasulullah ﷺ tetapi semata² timbul dari rekaan nafsu penggemar keruhanian yang tertipu dengan bisikan halus iblis. 


(1) Golongan Bathiniah

Ini adalah golongan yang berangan2 mencapai maqam tinggi dan menganggap setiap suatu memadai dengan niat di dalam hati. Mereka hanya utamakan ilmu batin dan tinggalkan ilmu syari'at.  Bagi mereka tidak perlu susah payah melakukan tuntut ilmu syari'at dan tak perlu  ibadat.  Mereka dakwa ibadat syari'at  itu untuk orang maqam rendah. Mereka mengaku sudah capai maqam tinggi, maka tak perlu melakukan ibadat.

Menurut dakwaan mereka yang batil lagi, orang yang sampai Maqam Tuhan tak perlu solat dan ibadah lain.    

Pegangan ini jelas sesat dan terkeluar dari Aqidah Ahlus Sunnah dan berlawanan sama sekali dengan pendidikan sekalian Masyaikh yang telah berfatwa  bahawa sesiapa berpegang semata2 kepada Ilmu batin (hati) dan engkar kepada Syari'at, maka dia adalah zindiq.  (Jatuh kepada kekafiran tanpa di- sedarinya.  Wal Iyazubillah)


(2)Golongan Ilmu Haqiqat Palsu.

Golongan ini adalah sentiasa memandang haqiqat semata2.  Walaupun mereka minum arak, zina, itu semua tidak salah kerana semua ditaqdirkan.    Mereka mengkaji kitab2 sufi yang tinggi2, lalu membuat carta2 dan lukisan2 tertentu lalu kaitkannya dengan Ma'rifat.   Menurut mereka sesiapa yang sudah menghafal dan memahami lukisan2 tersebut, maka itulah haqiqat dan Ma'rifat.  Pada pendapat golongan ini, Toriqat dan Mursyid semua tak perlu dan cuma buang masa.  Mereka boleh jalan sendiri dan berguru dengan Wali Allah yang telah wafat. 

Setengah lain mendakwa Mursyid mereka adalah Allah Ta'ala sahaja kerana Mursyid di kalangan manusia tak wujud. 

Pendirian ini sudah tidak syak lagi berlawanan dengan Prinsip² Ahlus Sunnah yang benar. 


(3) Golongan Silat Ma'rifat

Golongan ini campur adukkan ilmu persilatan dengan sebahagian amalan Toriqat lalu mengaku mencapai Ma'rifat.    Tujuan sebenar mereka amalkan zikrullah dan wirid2 lain  adalah semata2 untuk memperoleh kekuatan tubuh, iaitu kekuatan di dalam  persilatan, BUKAN untuk menyucikan hati bagi mencapai keredhaan Allah.   

Di samping itu mereka  melakukan meditasi (seperti pertapaan),  ritual ilmu kebal dan lain² yang bertentangan dengan Agama untuk memperoleh berbagai kekuatan dan ilmu kebal.   

Untuk membuktikan bahawa jalan mereka benar, mereka sering mempertontonkan kehebatan Ilmu kebal dengan menetak tangan dengan pedang, menusuk tubuh dengan benda tajam dan berjalan di atas api dsb.   Pada pegangan mereka, itulah bukti bahawa ilmu mereka itu benar dan mendapat keredhaan Allah.   Masya Allah... Wal Iyazbulillah...!

Betapa Iblis telah memperdayakan golongan seperti ini dengan helah yang cukup halus.  Zahirnya kelihatan bagus iaitu untuk memperoleh kekuatan diri, ilmu kebal dan berbagai keajaiban yang hebat2,  tetapi hakikatnya tertipu dengan bisikan Iblis.       Apabila seseorang beramal dengan suatu amalan seperti zikrullah, solawat, solat sunnat dll BUKAN kerana Allah,  maka seketika itu juga dia  telah masuk ke perangkap Iblis.   Segala kekuatan fizikal seperti kebal tubuh dari pedang dll adalah daripada bantuan jinn syaitan.   Ianya BUKAN karomah seperti yang mereka dakwa.   



bersambung siri  80 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 602) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...