Wednesday, October 05, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 80)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


12.3 Golongan Menyeleweng dari Jalan Keruhanian - 7 Golongan sesat pada zaman ini. 

Sambungan...


(4) Golongan Peruqyah Syifa' Ma'rifat Palsu

Mereka gabungkan cara2 bomoh/dukun /pawang dengan amal2 Toriqat, lalu menamakan diri Ahli Ma'rifat.  Untuk melindungi tipu daya mereka supaya tidak diketahui, mereka berselindung di bawah nama Ustaz, kiyai, muallim, Syifa' Muslim dll.


(5) Golongan Asmaul Husna Tarik Rezeki

Mereka melakukan meditasi seperti yoga dengan tangan terbuka, lalu membaca Asmaul Husna tertentu  untuk menarik rezeki dari Langit.  Mereka mendakwa rezeki Allah itu luas dan boleh ditarik dengan cara meditasi. 

Mereka mendakwa ianya amalan Ahli Sufi dan Wali Allah terdahulu.   Nauzubillah... betapa besar pendustaan golongan ini. 


(6)Golongan  Meditasi Tenaga Ruh Alam

Golongan ini mengambil konsep Reiki, Cakra, Kundalini dll.  sebangsa dengannya. 

Ajaran ini asalnya dari ajaran kuno Budha dan Hindu.  Mereka mengambil ajaran tersebut dan adaptasikan dengan ajaran islam.   Mereka  mengambil konsep ajaran batil Budha dan Hindu itu  dan ubahsuai dengan ayat Qur'an lalu mendakwa ianya sesuai dengan Islam. 

Mereka  melakukan meditasi menyatukan tenaga  badan dengan tenaga alam, lalu mendakwa boleh membawa kepada Tuhan iaitu mencapai Ma'rifat.

Ini satu lagi golongan pendusta Agama. Wal Iyazubillah 


(7) Golongan Ilmu Tapak Tangan Ajaib

Ini adalah golongan yang amalkan wirid tertentu untuk mengeluarkan tenaga dari tapak tangan untuk penyembuhan penyakit. Kata mereka tapak tangan mempunyai kuasa Kalimah Sakti yang berupaya  menyembuhkan  penyakit.

Menurut pendokong ajaran ini, Ilmu mereka adalah dari amalan wali2 Allah seperti wali Songo dll. 

Amat besar pendustaan golongan ini. Mereka sanggup menjual nama Auliya Allah untuk mengaut keuntungan dunia yang hina. 

Wali Songo adalah 9 Auliya Allah yang mengikuti Prinsip Masyaikh Ahlus Sunnah yang benar.  Mereka mengajarkan Tauhid serta membimbing manusia kepada Allah Ta'ala. Mereka BUKAN bomoh...! 

Mereka BUKAN Ahli Sihir..!

Mereka BUKAN Ahli Silat...!

Sekalian perkara2 ajaib yang terjadi melalui tangan mereka adalah karomah yang benar, iaitu kemuliaan dari Allah Ta'ala.  Tetapi malangnya manusia2 yang terpengaruh dengan bisikan syaitan menggunakan nama Auliya Allah untuk mencari keuntungan dunia yang hina. 


Wal Iyazubillah


Demikian sebahagian dari kelompok² yang mengaku sebagai Toriqat Ahli Sufi, warisan Jalan Ma'rifat dan warisan Auliya Allah sedangkan pada hakikatnya mereka adalah  golongan Sufi PALSU dan Ahli Ma'rifat PALSU. 

Mereka sengaja mencipta jalan² sendiri demi keuntungan dunia dan nafsu.  Mereka menipu daya ummat dengan berbagai keajaiban yang diterbitkan melalui tangan² syaitan. 

Sebahagian dari mereka tidak menyedari  bahawa mereka di jalan yang batil kerana tipu daya iblis yang sangat halus.  Umpamanya orang yang bercita2 ingin mendapat karomah hissiyah,  ingin dipuji orang, ingin masyhur namanya, ingin memperoleh kekuatan fizikan dll niat yang jelas menyimpang dari matlamat ubudiyyah.... akan jatuh kepada perangkap iblis.   Iblis akan hiasi perkara2 batil sebagai keajaiban dan karomah sehingga dia menyangka ianya benar dari Allah sedangkan dia sdiri tertipu masuk kepada gerbang Iblis.  Wal Iyazubillah


bersambung siri  81 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 602) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...