Wednesday, October 05, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 81)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


12.4  Punca Kesesatan Golongan Keruhanian (dan juga orang awam)


Apabila diteliti dengan cermat dan halus, kita akan dapati beberapa ciri utama golongan tersesat ini. Di dalam perkataan lain...  kita akan dapati beberapa sebab utama yang menjadi punca golongan ini jatuh kepada kesesatan. 


Persamaan yang wujud kepada kesemua golongan tersebut sehingga terjatuh kepada kesesatan adalah :

(1)  Mereka TIDAK mempunyai Mursyid yang siddiq (benar) untuk memimpin mereka kepada Ketuhanan.   Atau mereka mempunyai sorang pemimpin tetapi dia BUKAN Mursyid yang siddiq (benar)..... di dalam perkataan lain,  pemimpin itu Mursyid PALSU. 

Sepertimana yang telah kami huraikan terdahulu, inilah sebab UTAMA kesesatan manusia pada jalan Ketuhanan. Bahkan secara umumnya inilah punca kesesatan orang² awam sekalipun.  

Apabila kamu tidak mempunyai seorang Mursyid yang siddiq (benar) iaitu Warisatul Anbiya yang sebenar yang menepati syarat²nya sebagai pemimpin kamu, maka syaitanlah yang akan menjadi Pemimpin kamu lalu menjerumuskan kamu kepada kesesatan. 

Di dalam perkataan yang lebih jelas, golongan tersesat  bukan saja wujud di kalangan murid / salikin...  bahkan lebih banyak lagi golongan orang awam tersesat kerana TIDAK mempunyai Mursyid yang siddiq sebagai pemimpinnya. 

Buktinya adalah 72 golongan yang tersesat seperti yang tersebut pada Hadith Nabi adalah termasuk golongan orang awam. Dengan demikian orang² awam yang tidak menyertai mana² jamaah Ma'rifat (yang dipimpin oleh Mursyid yang siddiq) jangan sesekali merasa aman dari tipu daya nafsu dan iblis. 


Berkata Imam Ghazali رضي الله عنه

"Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja)  Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh Mursyid  yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan mengiringinya (memimpinnya) menuju jalannya. (kepada kesesatan).  Barangsiapa berjalan di jalan yang berbahaya tanpa petunjuk,  maka dia telah menjerumuskan dan membinasakan dirinya.

[Ihya Ulumuddin]


Kata² hikmah tersebut tercurah di dalam banyak penulisan Imam Ghazali.  Beliau menegaskan perkara tersebut sebagai suatu amaran dan peringatan kerana beliau sendiri telah menempuh perjalanan panjang di bawah didikan Mursyid sehingga beliau menemui mutiara Agama yang berharga. 

Bahkan sekalian  Masyaikh Ahlus Sunnah (yang dikatakan Masyaikh Ahlus Sunnah adalah Ulama bertaraf Auliya Allah yang mewarisi Rasulullah  ﷺ ) telah berikan AMARAN yang sama kepada seluruh ummat. 

Mereka berulang kali berikan amaran akan kewajipan mencari Mursyid yang siddiq dan berpegang teguh kepada beliau  dan BAHAYA besar orang yang meninggalkannya. 

Orang yang tidak mempunyai seorang  Mursyid yang siddiq sebagai pemimpin, maka dia sentiasa terdedah kepada berbagai helah dan tipu daya syaitan yang amat halus. 

Syaitan akan menyamar sebagi orang alim,  ahli ibadah hatta boleh menyamar  sebagai Wali Allah. 

Syaitan mengabui mata orang awam dan murid pada jalan Keruhanian dengan berbagai keajaiban dan peristiwa2 cengangkan aqal.  Syaitan akan membawa berbagai cahaya yang kelihatan seperti cahaya yang benar sedangkan itu adalah fatamorgana iblis.

Orang awam atau murid yang tidak mengetahui ianya dari iblis akan terus percaya diri sendiri sudah tinggi dan mempunyai kemuliaan.  Maka dari sini bermulalah episod penyelewengan dan kesesatan...! 


Wal Iyazubillah.. 



bersambung siri  82 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 602) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...