Monday, October 10, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

( Siri 92 )

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


14.2 Istilah Penting.....


6. Iman / Tauhid / Ma'rifat

Ketiga2 istilah ini mendokong hakikat yang sama, tetapi lazimnya dibincangkan secara berasingan, menurut Disiplin  Ilmu Ahlus Sunnah Wal Jamaah.  


Iman

Iman adalah keyakinan yang mencengkam kuat di dalam hati akan kewujudan Allah dan sekalian yang ghaib.  


Iman juga di ta'rifkan dengan  :

At-Tasdiq minal qalb 

(yaqin di dalam hati akan Kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ,)  


At-Taqrir bil-lisan 

(Pengakuan dengan lisan akan  Kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ )

 

Al-amalu-bil arkan

(buktikan Pengakuan tersebut dengan amalkan tuntutan Kalimah  لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ) 


Tauhid

Tauhid adalah penghayatan kepada Keesaan Allah di dalam hati dan ruh dan Sirr (rahsia yang sangat dalam), BUKAN semata2 dalil aqal berkenaan Ketuhanan, atau semata2 pengakuan lisan atau semata2 teori berkenaan Tauhid.   Semua yang kemudian ini adalah Tauhid aqli, Tauhid semata2 pada aqal, BUKAN Tauhid sebenar. 

Tauhid yang sebenar menyatakan Keesaan Allah di dalam hati tanpa sedikit pun keraguan di dalam- nya.  

Tauhid yang hakiki / Tauhid yang sebenar hanya diperoleh oleh seseorang yang telah menyucikan hati- nya serta mujahadah sungguh2 melawan nafsu2 rendah pada waktu yang lama dengan bimbingan Mursyid yang Siddiq. (Pewaris Nabi yang Muhaqqiq)

Ada pun Tauhid yang diperoleh dengan dalil hanya permulaan mengenal dan Tauhid kepada Allah, belum mencapai Tauhid yang hakiki. 


Ma'rifat

Ma'rifat adalah pencapaian Iman / Tauhid peringkat tinggi.  (akan datang penjelasan lanjut).    

Ma'rifat adalah Anugerah Allah kepada seseorang hamba Allah yang telah mujahadah lama pada Jalan Allah dengan pimpinan Pewaris Nabi yang Muhaqqiq yang dikenali sebagai Mursyid.  

Iman / Tauhid / Ma'rifat adalah pada hakikatnya Nur Rabbaniyyah iaitu cahaya Ketuhanan di dalam hati seseorang. Ukuran ketinggian Keimanan / Tauhidnya seseorang adalah mengikut besar kecilnya Cahaya ini di dalam hati  seseorang.  


7. Jalan Ma'rifat 

Jalan  Ma'rifat atau dikenali juga sebagai Madrasah Ahli Sufi adalah sebenar2 Sistem Pendidikan Rasulullah ﷺ  mendidik para Sahabat Ridhwanullah.   Inilah Sistem Pendidikan keruhanian sebenar bersumber dari Wahyu dan Sunnah Rasulullah ﷺ.       Sistem Tarbiyyah ini kemudian diwarisi oleh para Sahabat, kemudian Tabiin, kemudian Tabiit Tabiin, kemudian Imam2 dan  Masyaikh yang di- panggil Mursyid yang Siddiq. Pada setiap zaman di serata dunia pasti ada Pewaris Nabi yang dipanggil Mursyid menyambung tradisi suci ini sampai Qiamat.  Namun bilangan mereka sangat sedikit.


8. Orang Awam

Orang Islam yang hanya amalkan sebahagian Islam, iaitu bahagian Agama yang bersifat Syari'at zahir sahaja, sedangkan hal berkaitan batin hati mereka abaikan.  


9. Salikin

Orang Islam yang menempuh Jalan Ma'rifat dengan Pimpinan Mursyid yang Siddiq. Iman mereka lebih tinggi dari Iman orang Awam.


10.  Ahli Ma'rifat

Adalah Hamba² Allah yang telah mencapai Maqam Mukasyafah Zat, iaitu MaqamTauhid tingkatan tertinggi.  Semua Rasul, Nabi dan Warisatul Anbiya (Mursyid yang siddiq) adalah Ahli Ma'rifat


11. Istidraj

Istidraj adalah kelangsungan Allah kepada seseorang atau dalam maksud lain Allah Ta'ala biarkan seseorang di dalam kesesatan akibat dari kufur Ni'mat.   Orang itu menyangka dia mendapat Ni'mat Allah yang banyak disebabkan Kasih Allah sedangkan dia tertipu dengan angan2 dia.   Pemberian Allah itu pada hakikatnya istidraj iaitu  Kemurkaan Allah, BUKAN kerana kasih-Nya.



bersambung siri  93   اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 602) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...