■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT
( Siri 91 )
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
14.2 ISTILAH PENTING
Sebelum meneruskan perbincangan berkenaan "Penyakit hati, dosa hati dan bahaya kepada Iman dan amal ibadah", di sini kami kemukakan beberapa istilah yang mungkin akan berulang2. Maka fahami lah dahulu istilah2 ini supaya tidak menjadi pertanyaan berulang2 akan hal yang sama.
1. Syirik khafi
Syirik khafi adalah bermaksud "Syirik yang tersembunyi di dalam hati". Kadangkala disebut "Syirik halus", " Syirik kecil ".
Disebut "Syirik khafi" kerana syirik ini bangsa Hati dan tersembunyi di dalam hati. Di dalam kebanyakan hal, syirik ini tidak kelihatan pada mata kasar disebabkan sifatnya yang tersembunyi, kecuali sebahagian dari Syirik Khafi itu dapat dikesan kewujudannya berdasarkan kesan2 dari perkataan, perbuatan dan tingkah laku seseorang.
Disebut "Syirik halus" kerana sifatnya yang wujud secara "maknawi" di dalam hati. Berbeza dengan Syirik Jali atau dikenali juga sebagai Syirik Akbar, ini adalah Syirik yang terang2an terlihat pada perbuatan atau tingkah laku seseorang seperti " menyembah patung, menyembah matahari, atau lain2nya.
Disebut "Syirik kecil" kerana Syirik ini hanya batalkan amal ibadah serta merosakkan Imannya, tetapi TIDAK batalkan IMAN / TAUHID. Orang yang melakukan syirik ini tetap beriman tetapi amal sekaliannya hangus bagaikan Api membakar kayu.
2. Mazmumah
Mazmumah adalah sifat2 keji di dalam HATI.
Sifat2 keji ini amat banyak, di antaranya tamak, bakhil, hasad, khianat, adu domba, mengumpat, cinta dunia, cinta pangkat dan banyak lagi. Sifat2 keji merosak amal dan menjadi dosa besar.
3. Ma'siat batin
Ma'siat batin adalah dosa umum lain yang terbit dari hati akibat keengkaran atau kekufuran kepada Allah. Contoh ma'siat yang timbul dari hati kemudian terlihat di dalam perbuatan dan tingkah laku adalah :
Melakukan fitnah, zalim, mencaci maki, menipu daya orang lain, dsb. Semua ini tumbuh dari dalam hati yang kemudian mengerasi pada tingkah laku, sikap dan perbuatan.
4. Ghaflah
Ghaflah bermaksud kelalaian, iaitu lalainya hati dari ingat Allah Ta'ala. Lalai terus dari mengingat Allah adalah setengah dari dosa besar.
5. Aghyar
Aghyar adalah sekalian suatu selain Allah. Ertinya makluq sekaliannya adalah disebut "aghyar"
bersambung siri 92 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment