Monday, October 10, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

( Siri 93 )

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


14.2 Istilah Penting.....


12. Syari'at Rasulullah ﷺ

Syari'at Rasulullah ﷺ adalah sekalian  ilmu  dan amal yang ta'luk  (berkait dan berhubung  dengan) anggota zahir seperti solat, puasa, zakat, Haji, da'wah, jihad dll.


13. Toriqat Rasulullah ﷺ

Toriqat Rasulullah  ﷺ  adalah  ilmu dan amal yang ta'luk (berkait dan berhubung  dengan) kepada anggota batin —  hati dan ruh,    iaitu Sistem Pendidikan Menyucikan Hati dan Ruh dengan zikrullah dan amal soleh lain,  serta  mujahadah melawan nafsu dan syaitan sehingga hati menjadi benar2 bersih dan mencapai Tauhid hakiki.


14. Tasawwuf

Apabila disebut "Ilmu Tasawwuf", maka ia adalah ilmu yang menyatakan (teori) kesucian hati, kebaikan hati, kerosakan hati,  kejahatan nafsu, kejahatan bisikan Syaitan dan sekalian berkaitan dengan hati


Apabila disebut "Tasawwuf", maka ini adalah "hasil" yang tercapai setelah seseorang mujahadah sungguh2 dengan amalkan kedua2 Syari'at dan Toriqat Rasulullah  ﷺ.

Apabila seseorang mencapai Tasawwuf di dalam dirinya, ini bermakna dia telah mencapai Kesucian hati dan Tauhid yang suci murni.  Kemuncak Tasawwuf adalah disebut Ihsan, Maqam Taqwa yang sempurna, Akhlaq Nubuwwah.   


15.  Zikir Hasanat

Zikir yang dilakukan tanpa sebarang cara tertentu, hanya lafaz / ucapan lisan dengan ingatan di dalam hati atau semata2  ingatan dalam hati akan Allah Ta'ala.    Zikir ini hanya mendatangkan pahala bagi orang yang amalkannya. Tetapi tidak mampu hancurkan nafsu2 kejahatan, tidak mampu singkirkan syirik khafi, mazmumah, ghaflah  dari HATI.   Ia juga TIDAK meningkatkan IMAN / TAUHID seseorang.


16. Zikir Darjat

Zikir yang dilakukan dengan kaifiyyat (cara2), peraturan,  adab dan syarat2nya yang khusus yang di- pelajari daripada Warisatul Anbiya  yang siddiq, iaitu Mursyid yang mewarisi Ilmu Rasulullah ﷺ  zahir dan batin.     Zikir seperti ini yang menyucikan HATI dari kekotoran dosa, menyucikan kekotoran mazmumah (sifat keji) dan hapuskan syirik khafi.   Kemudian membuahkan IMAN / TAUHID yang murni.


17.  Zauq

Perasaan kelazatan dan asyik akan Allah yang dirasakan oleh Salikin di dalam HATInya.


18. Wijdan

Perasaan kelazatan dan asyik akan Allah yang dirasakan oleh  Salikin pada sekalian JASADnya.


19.  Fana' dan Baqa

Fana' adalah hal keadaan seorang Salikin yang memperoleh Limpahan Nur Allah Ta'ala sehingga dirinya "karam"  di dalamnya dan "binasa" dirinya nisbah wujud Allah Ta'ala. 

Baqa' adalah hal keadaan seseorang Salikin yang memperoleh Limpahan Nur Allah Ta'ala sehingga "berkekalan" menghadap Allah.    (Lihat penjelasan lanjut akan datang)


20. Mursyid yang Siddiq

Mursyid yang siddiq adalah Pewaris Nabi yang sebenar yang mewarisi Risalah dan Nubuwwah. Mursyid yang Siddiq mewarisi keseluruhan Agama — Syari'at dan Toriqat Rasulullah  ﷺ.   Mereka mahir dengan Ilmu Syari'at sekaligus dalam ilmu mereka  di dalam Ilmu Ma'rifat.  Mereka diKurniakan oleh Allah  berbagai ramuan, ubat, penawar bagi mendidik dan menyucikan batin manusia.     Dengan mengikuti pimpinan Mursyid yang siddiq, seseorang hamba Allah  akan selamat sampai kepada Allah.  (mencapai Tauhid yang hakiki) 


bersambung siri  94  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________  

MAJLIS TAZKIRAH JILANI      


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 602) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...