Tuesday, October 11, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

( Siri 94 )

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


14.3 Hubungan Hati Dengan Ruh 

        Ringkasan Penerangan Ruh, Hati, Nafas, Nafsu


■ Apakah yang dimaksudkan dengan "Hati"?

■ Apakah hakikat "Hati"?

■ Apakah kaitan Hati dengan Ruh?

■ Bagaimanakah menjelaskan hubungan antara Aqal, Nafas dan Nafsu dengan Ruh?


Sesungguhnya perbincangan berkenaan Ruh dan kaitannya dengan Hati, Aqal, Nafas dan Nafsu2 adalah suatu perbincangan yang amat luas sekali, maka tak mungkin dijelaskan di dalam ruangan yang terbatas ini.  Lebih2 lagi bicara yang mendalam akan hal ini tidak mampu difahami oleh kebanyakan orang.  Maka di sini kita hanya mengemukakan secara ringkas hubungan Hati dan Ruh.


Berikut adalah Ringkasan dari keterangan Al Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi Radhiallahu Anhu berserta penjelasannya. 


Ruh (roh)  

Ruh adalah jisim halus di dalam jantung sanubari (setiap manusia) yang bersifat Rabbaniyah (bersifat Ketuhanan).  Maksud "bersifat Ketuhanan" adalah :  Ruh setiap manusia menyimpan Rahsia Ketuhanan dan benih2 Tauhid.  Melalui benih2 Tauhid ini, manusia mampu mengenal Allah Ta'ala, Penciptanya dan Pencipta Sekalian Alam.


Kedudukan "Ruh" di dalam tubuh manusia adalah di dalam "darah hitam" yang terletak di bilik Jantung Sanubari.   Ruh ini yang menggerakkan jantung sanubari untuk mengepam darah merah dan darah putih ke seluruh tubuh manusia. 


Allah Ta'ala menciptakan Ruh (roh) sekalian manusia di Alam Suci yang Tinggi dipanggil Alam Lahut,  Sekalian Ruh manusia mulai dari Nabi Adam sehingga manusia terakhir yang akan dizahirkan di muka bumi dihimpunkan di Alam Lahut.    Apabila tiba waktunya,  Allah Ta'ala memerintahkan Malaikat JIbril meniupkan Ruh insan ke dalam janinnya di dalam rahim ibunya. 


Apabila manusia "bercita" untuk mencari Allah, mengenal-Nya dengan Ainul Yaqin (keyakinan mata hati) serta kembali kepada Allah, maka ketika itu "benih2 Tauhid" ini akan memancar Cahaya Ketuhanan sehingga manusia itu menjadi orang yang benar2 beriman.  Bagi orang awam hal ini adalah dikatakan dia "Mendapat Hidayah untuk beriman".


Wujudnya Ruh di dalam diri manusia membezakan manusia yang hidup dengan yang sudah mati.  Apabila Ruh terpisah dari jasad, maka dikatakan manusia itu "mayyit" dan dikembalikan ke tanah dengan dikuburkan menurut hukum. 


Qalb (Hati)

Dari segi bahasa : Qalb adalah jantung sanubari.

Dari segi bicara Ilmu Ma'rifat :  Hakikat Qalb (Hati) adalah jisim halus yang terhubung kepada Ruh.    Qalb (Hati) memiliki "cita" untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu.  Manusia dihukum menurut apa yang dia "cita" dalam hati dan melaksanakannya dengan anggota tubuhnya.

Istilah "Hati" yang lazimnya dikaitkan dengan "perasaan", "kemahuan", "keinginan",   "cita"  ...  yang sebenar nya di dalam bahasa Arab disebut qalb  atau qalbun   yang membawa makna "jantung sanubari".    Namun di dalam percakapan harian lazimnya kita menggunakan ungkapan "Hati".   Maka apabila disebut "Hati",  ia merujuk kepada "qalb"  iaitu  "jantung sanubari"(bukan liver).  

Menurut Ahli Ma'rifat Qalb (hati) adalah ibarat Raja,  Aqal adalah Menterinya dan sekalian anggota tubuh yang lain seperti kaki, tangan, mata, telinga dll adalah anggota tenteranya yang melaksanakan perintah Raja.


Aqal

Dari segi bahasa :   Aqal adalah jisim putih di dalam tempurung kepala. 

Dari segi Ma'rifat :  Aqal adalah jisim halus di batin otak yang menerima  pancaran dari hati. Inilah hakikat Aqal yang mempunyai daya fikir.   Sifatnya tertakluk kepada hati.  Ertinya, apabila hati memancarkan Cahaya Keimanan, maka terbit Aqal yang suci  yang memikirkan ketaatan. Sebaliknya apabila pancaran dari hati itu pancaran kegelapan (akibat penguasaan nafsu dan syaitan), maka aqal itu akan memikirkan kejahatan dan mencari jalan untuk melaksanakan kefasikan dan penderhakaan.


Nafas

Nafas adalah keluar masuknya angin/udara ke dalam tubuh (darah) yang terhasil dari gerakan Ruh  yang mengepam  darah putih dan darah merah ke seluruh tubuh.


Nafsu

Nasfu adalah jisim  halus yang bergerak2 yang terhasil dari hembusan nafas,  menimbulkan keinginan @ syahwat.  Menurut Ahli Ma'rifat terdapat 7 macam Nafsu.  Nafsu2 terletak pada 7  tempat di dalam dada manusia disebut Lataif.    Sekalian nafsu ini menerima pancaran dari hati.   Nafsu akan bertindak menjadi baik apabila pancaran dari hati berupa cahaya Keimanan.  Sebaliknya nafsu akan menjadi jahat dan menyeru kepada kejahatan apabila pancaran dari hati itu berupa kegelapan.

 

[Nukilan dari Risalah Ma'rifat serta Penjelasan ringkas]


Hal terpenting yang menjadi fokus di dalam perbincangan ini adalah :

Qalb (hati) adalah jisim halus di dalam jantung sanubari yang terhubung kepada Ruh.

Qalb (hati) mempunyai "cita" melakukan atau meninggalkan sesuatu.

Qalb (hati) menjadi Suci apabila "unsur Ketuhanan" menguasainya dan menjadi kotor apabila "Unsur kesyaitanan" yang menguasainya.



bersambung siri  95  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI      

        

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 602) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...