Friday, September 30, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 64)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

11.0  Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Sebagaimana telah dibentangkan sebelum ini Toriqat menunjukkan jalan menyucikan hati bagi memperoleh Tauhid yang benar dan suci. Tanpa amalkan Toriqat dengan pimpinan Mursyid yang siddiq,  seseorang terdedah kepada berbagai kesyirikan iaitu syirik khafi  (syirik tersembunyi),  mazmumah (kekejian hati) dan ghaflah (kelalaian)  yang menyebabkan dia jauh dari Allah.  


Terlalu banyak kebaikan dan kelebihannya yang diperoleh oleh seseorang yang sungguh2 menempuh Jalan Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid yang siddiq iaitu di antaranya yang paling utama  :   Tauhid yang suci murni, ikhlas yang sejati,  khusyu ibadah kepada Allah, ketenangan dan kebahagiaan jiwa, jauh dari tipu daya jinn syaitan dan nafsu dan terhindar  dari tipu daya makhluq yang jerumuskan kepada  kesesatan.  Demikian banyaknya kebaikan yang diperloeh oleh orang yang sungguh2 menyucikan jiwanya dengan disiplin Toriqat Rasulullah ﷺ.


Walau bagaimanapun setiap perkara di dalam Agama ada peraturan, syarat, hukum dan adab2nya yang tertentu. Tidaklah suatu hal agama dilakukan sewenang² tanpa panduan dan peraturan² khusus.


Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar (Ulama bertaraf Auliya Allah)  telah menetapkan syarat2 yang perlu ada pada sesebuah Toriqat Ahlus Sunnah yang Mu'tabar ; yang sahih diterima daripada Rasulullah ﷺ. 


Telah dimaklumi bahawa Syari'at Rasulullah ﷺ ada  dasar2 hukum,   prinsip2 pokok, cabang2 dan ranting2nya.   Prinsip / Perkara Pokok, WAJIB dipatuhi tanpa soal dan  TIDAK boleh diengkari sama sekali.   Sementara perkara furu  (cabang dan ranting)  bergantung kepada kebijaksanaan Ulama menyatakan hukumnya dari semasa ke semasa. 


Demikian pula Toriqat Rasulullah  ﷺ mempunyai Peraturan, Syarat, Prinsip2 Pokok, Dasar2 Utama yang wajib dipegang dan dihayati.  Semua Prinsip dan Dasar pokok telah disebut oleh sekalian Masyaikh  (jamak bagi Shaikh)  yang Mu'tabar di dalam Kitab2 Tasawwuf / Toriqat.  Maka menjadi kewajipan kepada pendokong2 Ahlus Sunnah yang kemudian bepegang teguh kepadanya,    TIDAK boleh diengkari sama sekali.   Selain dari itu (selain dari perkara prinsip, dasar atau pokok )  di dalam Sistem Toriqat juga terdapat perkara cabang dan ranting.   Cabang dan ranting BUKAN perkara DASAR atau POKOK,  sebaliknya ia bersifat teknikal yang mungkin berubah mengikut keadaan semasa atau keperluan Ummat.   Hal cabang / ranting / teknikal terserah kepada Mursyid yang siddiq  / Ahli Ma'rifat yang diamanahkan memimpin Ummat pada satu2 zaman.  Mereka lebih arif apa2 yang di- perlukan oleh ummat sezamannya.  


Dengan demikian mereka (mursyid yang siddiq)   diberi keizinan untuk menyusun strategi2 baru yang diperlukan ummat tanpa merosak sendi2 Agama yang POKOK dan tiada bercanggah dengan PRINSIP2 ASAS Tasawwuf yang telah ditetapkan oleh Masyaikh terdahulu.


Berikut ini adalah rangkuman dan ringkasan perkara2 PRINSIP, DASAR, POKOK yang wajib ada pada sesebuah Toriqat yang di i'tiraf sebagai Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah.  Kesemua ini telah disebut oleh Ulama Ahlus Sunnah yang telah masyhur nama mereka sebagai Auliya Allah yang ternama.  Di antara nya Imam Besar Ahlus Sunnah Sulton Auliya Qutb Rabbaniy Shaikh Abdul Qodir Jilani,  Imam Syazili,  Imam Junaid, Imam Zarruq, Imam Ghazali, Imam Asy-Sya'rani, Imam Qusyairi dll. 



bersambung siri  65  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

______________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 392) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...