Friday, September 30, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 65)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



11.0   Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah

sambungan


11.1 Prinsip / Syarat Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah


Berikut adalah Prinsip2 Terpenting yang wajib ada sesebuah Toriqat yang sahih yang Mu'tabar menurut Ahlus Sunnah :

Prinsip / Syarat Pertama

Mempunyai Pemimpin keruhanian —  Mursyid yang siddiq.

Mursyid yang siddiq (benar)  adalah SYARAT terpenting dan PALING UTAMA yang wajib  ada pada  sesebuah Toriqat yang sahih yang diterima dari Rasulullah ﷺ .   Tidak wujud Toriqat tanpa Mursyid yang siddiq sebagai Pemimpinnya.  Ertinya Toriqat tanpa Mursyid yang siddiq BUKAN Toriqat dari Rasululah ﷺ tetapi direka2 oleh orang tertentu dengan kepentingan tertentu.   

Toriqat mempunyai kaitan rapat dengan keruhanian dan  alam ghaib.    Ilmu keruhanian dan alam ghaib dipenuhi berbagai kesamaran.  TIDAK ada yang memahami sekalian selok-belok keruhanian, godaan2 nafsu kejahatan, tipu daya jinn syaitan dan berbagai lapisan alam ghaib melainkan Mursyid yang siddiq yang benar2 telah terlatih di bawah pimpinan Gurunya yang juga Mursyid yang benar.  Tidak ada manusia yang mahir di dalam berbagai Tingkatan nafsu2 kejahatan dan Tingkatan2 Tauhid / Iman melainkan Mursyid yang siddiq yang telah menempuh sendiri perjalanan keruhanian yang panjang (jangkamasa yang lama)  dengan pimpinan Gurunya yang siddiq.   Tidak ada orang yang alim sekali pun (alim kitab) mampu mengetahui sekalian rahsia2 Ketuhanan, oleh kerana itu tidak layak mendidik manusia kepada Allah Ta'ala, melainkan yang layak hanyalah Mursyid yang siddiq. 

Mursyid yang siddiq ini wajib memiliki sifat2 yang layak sebagai Mursyid seperti yang telah di- tentukan oleh Ulama Mu'tabar.  Sila rujuk10 syarat Mursyid yang telah disebut terdahulu di dalam Risalah : Mursyid Pewaris Nabi sebenar untuk mengetahui dasar2 hukum dan fatwa Ulama Ahlus Sunnah.     Di sini kita cuma sebut ringkasannya sahaja  beberapa hal berkaitan  Mursyid yag siddiq (benar) yang wajib diambil perhatian oleh ummat.

(1) Beliau termasuk di dalam 'rantaian' pewaris Nabi iaitu yang dipanggil Silsilah Rasulullah / Silsilah keruhanian Nabi. 

(2) Alim di dalam Syari'at - Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf serta mahir memahami  Ilmu Al-Qur'an dan Hadis Nabi .

(3) Mahir dan dalam  Ilmu Ma'rifat Ketuhanan serta mampu mendidik jiwa manusia kepada ketuhanan. 

(4) Sentiasa berpegang teguh dengan Syari'at Nabi. 

(5) Da'wah (menyampaikan) seruan Islam kepada manusia serta Menjalankan Amr Ma'ruf nahyi Anil Mungkar 

(6) Bersifat siddiq (benar) dalam perkataan dan perbuatannya. 

(7) Kurang dunianya, iaitu tidak mencintai dunia atau mengejar dunia . 

(8) Memiliki sifat kasih sayang dan lemah lembut kepada manusia terutama orang beriman Tetapi keras terhadap penyeru2  Kekafiran dan Kesesatan.

(9) Wajahnya, perkataannya, gerak-gerinya memberi kesan yang mendalam ke dalam hati orang yang melihatnya. 

(10)  Terkenal di tempat jauh.

Kesemua Sifat2 / Syarat2 ini telah dibicarakan dengan dalil2 dari Al-Qur'an, Hadith serta hujjah2 / fatwa  Ulama Mu'tabar di dalam Risalah "Mursyid Pewaris Nabi Yang Sebenar".  Ringkasnya mana2 Guru tidak memenuhi syarat2 tersebut tidak dapat dikatakan Mursyid yang siddiq, maka TIDAK layak memimpin Toriqat.


bersambung siri  66  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

______________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

        

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...