Saturday, October 01, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 69)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


11.1 Prinsip / Dasar Utama Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah

sambungan


Prinsip / Syarat Kedua:

Toriqat disahkan oleh Ulama Ahlus Sunnah sebagai Toriqat Mu'tabar 

Setelah menyaksikan syarat pertama dan paling utama bagi sesebuah Toriqat (dan Jalan Ma'rifat keseluruhannya) adalah wujudnya Mursyid yang siddiq yang bersilsilah sampai  Rasulullah ﷺ maka perlu diketahui Toriqat berkenaan mesti termasuk sejumlah Toriqat yang disahkan sahih dan Mu'tabar oleh Ulama Ahlus Sunnah / Ahli Ma'riifat.  

Pada saat ini, jumlah Toriqah yang sahih dan benar pada sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah semua- nya 44 Toriqah seperti yang berikut:

1.   Naqsyabandiah

2.   Qadiriyyah

3.   Shattariyyah

4.   Samaniyyah

5.   Umariyyah

6.   Saziliyyah

7.   Rifa’iyyah

8.   Ahmadiyyah

9.   Dasukiyyah

10.   Akbariyyah

11.   Maulawiyyah

12.   Kubrawiyyah

13.   Shahruwardiyyah

14.   Khalwatiyyah

15.   Jalwatiyyah

16.   Bakdasyiyyah

17.   Ghazaliyyah

18.   Rumiyyah

19.   Sa’diyyah

20.   Gistiyyah

21.   Sya’baniyyah

22.   Kalsaniyyah

23.   Hamzawiyyah

24.   Bairumiyyah

25.   Usysyaqiyyah

26.   Bakriyyah

27.   Idrusiyyah

28.   Usmaniyyah

29.   Alawiyyah

30.   Abbasiyyah

31.   Zainiyyah

32.   Isawiyyah

33.   Buhuriyyah

34.   Haddadiyyah

35.   Ghaibiyyah

36.   Khadiriyyah

37.   Bayumiyyah

38.   Malamiyyah

39.   Uwaisiyyah

40.   Idriyyah

41.   Akabiral Auliyyah

42.   Matbuliyyah

43.   Sunbuliyyah

44.   Tijaniyyah

Semua Toriqat  ini telah disahkan sebagai benar pada sisi Ahlus Sunnah oleh Majlis Musyawarah Jami'ah Toriqah Mu'tabarah, Pekalongan, Pulau Jawa, Indonesia

Setiap Mursyid yang siddiq sudah pasti memimpin Toriqat yang Mu'tabar.  Tidak mungkin mereka berdusta.  Maksudnya setiap Mursyid yang siddiq hanya memimpin Toriqat yang benar2 sahih yang di- terima turun-temurun daripada Rasulullah ﷺ .   Mereka TIDAK akan mereka-reka Toriqat sendiri.  


Prinsip / Syarat Ketiga:

Mempunyai Manhaj Tarbiyyah   ( silibus pendidikan)   dan Sistem Tarbiyyah   (peraturan, syarat, adab dan kaifiyyat)  yang jelas menepati  Al Qur'an, Sunnah dan Ijma' Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar.

Ini bermaksud, Sistem pendidikan dan silibusnya tak boleh menyimpang dari Sistem dan Prinsip2 Umum yang telah ditunjuk dan ditentukan oleh Ulama Mu'tabar.   Sekalian Ulama Mu'tabar yang masyur namanya seperti Suton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani,  Imam Syazili, Imam Rifa'ie,  Imam Ibn Arabiy,   Imam Junaid Al Baghdadi, Imam Ghazali, Imam Zarruq,  Imam Sya'rani, Imam Ibn Atho illah dll telah menetapkan syarat2 ASAS dan PRINSIP umum.  Semua Syarat dan Prinsim umum wajib dipatuhi.

Teknik atau kaedah atau cara pendekatan boleh jadi berbeza, ini tiada halangan kerana guru yg arif lebih tahu kesesuaian applikasinya.  Umpamanya cabang2 kaifiyyat  zikir boleh jadi berbeza sedikit dengan kaifiyyat terdahulu.   Atau sedikit perbezaan di dalam teknik suluk.  Semua ini adalah di atas kebijaksanaan seorang Mursyid yang sentiasa menerima curahan Petunujuk Allah dan Rasul-Nya.

Asas Tarbiyyah di dalam Setiap Toriqat adalah:

1. Zikrullah fardhiyah (zikir sendirian)

2. Solawat atas Nabi

3. Tilawah Al- Qur'an

4. Tawajjuh   (zikir berjamaah)

5. Latihan tazkiyyah nafs.

6. Suluk /  khilwah  (uzlah dengan syarat2nya) 

7. Muraqabah 

8. Musyahadah

9. Khidmat kepada Guru dan Jamaah

10. Lain2 yang  termaktub di dalam kitab2 Ulama Mu'tabar.

Setiap amalan tersebut mempunyai kaifiyyat  (cara), peraturan, syarat dan adab2nya yang tersendiri.  Semua ini akan diajarkan oleh Mursyid kepada murid mengikut peringkat2nya.  



bersambung siri  70  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...