Saturday, October 01, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 70)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


11.1 Prinsip / Dasar Utama Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah

sambungan


Prinsip / Syarat Keempat:

Matlamat Ikhlas Mencari Keredhaan Allah.


Setiap Toriqat yang Mu'tabar Ahlus Sunnah mempunyai matlamat yang satu dan sama iaitu matlamat seluruh perjalanan ini adalah membawa manusia kepada Allah, mengenal Allah,  ubudiyyah setulus hati kepada Allah,  taqarrub untuk memperoleh Redha Allah dan kasih-Nya.

Keseluruhan maksud ini terkandung  di dalam pegangan teguh murid pada Toriqah Ahlus Sunnah Mu'tabar :

"Ilahi anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi"

(Ya Allah Engkaulah maksudku dan keredhaan Engkau yang aku tuntut) 

Mana2 Toriqat yang meletakkan matlamat lain selain Allah atau campur adukkan di antara matlamat keredhaan Allah dengan matlamat lain seperti ingin menjadi kuat, ingin menjadi kebal,  ingin bersilat,  ingin dipuji orang,  ingin mendapat karomah hissiyah (berbagai kelebihan menembus adat kebiasaan manusia), ingin mengaut keuntungan dunia dll, maka seluruh perjalanan nya BATAL.   Toriqat tersebut adalah Toriqat yang BATIL yang tiada kaitan dengan Ahlus Sunnah.   Guru yang memimpin Toriqat yang menyeleweng kepada maksud2 seperti itu juga termasuk Guru yang PALSU dan BATIL!


Prinsip / Syarat Kelima: 

Tetap Teguh di atas Landasan Ahlus Sunnah.

Seluruh perjalanan Toriqat adalah di dalam lingkungan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen). 

Sebenarnya perkara ini sudah pun terangkum ketika menyebut syarat2 Mursyid yang memimpin sesebuah Toriqat.  Mursyid yang siddiq akan memastikan Toriqatnya tetap berada di atas landasan Syari'at berpegang teguh dengan Prinsip2 Ahlus Sunnah Wal Jamaah.   Tidak mungkin wujud Toriqat yang sahih dari Rasulullah ﷺ itu menyimpang kepada fahaman2 batil dan sesat,    kerana Mursyid yang siddiq itu sendiri adalah Pemimpin Ahlus Sunnah.

Namun syarat ini diletakkan sebagai penjagaan yang lebih kukuh supaya  tiada penyewengan berlaku pada seluruh perjalanannya.   Tidak kurang juga kelompok2 yang menyeleweng dari Ahlus Sunnah sedangkan mereka mengaku Toriqat Ahli Sufi sementara   pemimpinnya mengaku juga sebagai Mursyid.   Pada zaman Sulton Auliya terdapat 11 kelompok sesat di dalam keruhanian mengaku mereka sebagai Ahli Sufi dan mengikut Toriqat sedangkan mereka telah tersesat jauh dari Sunnah.   Perkara ini disebut oleh Imam Jilani di dalam kitab beliau "Al-Ghunyah ".

Pada zaman ini terdapat lagi 7 kelompok keruhanian yang tersesat jalan mengambil bebagai kaedah orang kafir Hindu, Budha, Reiki, Yoga dll lalu diadaptasikan ke dalam amalan zikir.  Mereka mencipta jalan2 sendiri serta mengaku Ahli Sufi dan mengaku boleh  sampai kepada Allah di dalam masa yang singkat.  Semua ini sudah pasti adalah kebatilan tanpa khilaf lagi.  

Golongan seperti ini mencemarkan nama Toriqat yang sahih yang diambil dari Rasulullah ﷺ.  Orang2 awam yang jahil termasuk pegawai2 Agama pula menuduh secara buta semua Toriqat sebagai sesat dan khurafat, tanpa membuat kajian dan penelitian sungguh2 terlebih dahulu.   Golongan wahhabiyah,  syi'ah dan sekular menangguk di air keruh bagi memerangi Toriqat Rasulullah yang sahih kerana puak2 ini memang sejak dahulu mencari peluang musnahkan Toriqat Rasulullah ﷺ dengan berbagai dakyah jahat.



bersambung siri  71  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 591) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...