Saturday, October 01, 2022

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT

(Siri 68)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


11.1 Prinsip / Dasar Utama Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah

sambungan


(4) Fatwa Ulama Mu'tabar

Mursyid yang siddiq menduduki  Maqam Nubuwwah.   Mereka bukan Nabi tetapi menanggung amanah Kerasulan dan menduduki posisi Kenabian.  

Mursyid adalah hamba2  pilihan Allah yang telah diangkat ke Hadratul Quddus, menyaksikan Wajah Allah Yang Maha Suci, Zat Yang Laisa Kamithlihi Syai’un.  Mereka sentiasa menerima seruan2 suci berupa ilham, firasat, kasyaf dan khitab dari Allah Ta’ala serta di dalam pimpinan ruhaniyah Rasulullah ﷺ.

Mursyid adalah hamba2 pilihan  Allah yang telah disucikan ruhnya.  Sekalian sifat2 kekejian telah hapus di dalam diri mereka.   Sekalian  syirik khafi (syirik tersembunyi),   mazmumah  (sifat keji) atau ghaflah (kelalaian).  Semua itu sudah terhapus.  Yang wujud pada mereka hanya lah sifat2 kebaikan, kemuliaan berserta Allah.

Seseorang yang tidak memiliki syarat2 sebagai Mursyid yang siddiq (benar) maka TIDAK layak menjadi Mursyid, TIDAK layak bai'at orang ,   TIDAK layak memimpin manusia pada jalan keruhanian,  TIDAK layak memimpin Toriqat / Jalan Ma'rifat.


Berkata Imam Besar Ahlus Sunnah Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anhu:

 "Seseorang yang menjadi Shaikh kerohanian (Mursyid) mesti memiliki lima syarat, jika tidak dia adalah penipu yang hanya memimpin kepada kebodohan. Dia mesti sangat mahir di dalam Syari'at, sementara sangat dalam pengetahuannya di dalam haqiqat   (Ma'rifat). Dia mestilah sangat lemah lembut dalam perkataan dan tingkah lakunya kepada yang berhajat, selalu memuliakan tetamu2 yang datang kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia juga mestilah sangat 'alim dalam halal dan haram. Dia memimpin si salik pada jalan ma'rifat, sebagaimana dia sendiri telah dipimpin oleh Shaikhnya, sempurna di dalam kemurahan hatinya."

[Qala'id Al-Jawahir]


Berkata Shaikh Muhammad An-Nazili Radhiallahu Anh : 

"Orang yang silsilahnya  / sanadnya tidak bersambung ke hadrat Nabi ﷺ, itu terputus dari pancaran ruhaniah dan bukanlah ia Pewaris Rasulullah ﷺ, (bukan Murshid) serta tidak boleh membai'at dan tidak boleh memberi ijazah." 

 [Khazinah Al-Asrar]


Berkata Shaikh Syeikh Ahmad al-Kamashkhanawi Radhiallahu Anh : 

"Semua Ulama salaf sepakat bahawa orang yang silsilahnya tidak bersambung kepada Guru2 Toriqah sehingga Rasulullah ﷺ  dan tidak mendapat izin untuk memimpin Ummat di majlis Toriqah, tidak boleh menjadi Mursyid, tidak boleh membai'at dan tidak boleh mengajarkan zikir dan amalan2 lain di dalam Toriqah." 

[Jami' Usul Fil Aulia]


Demikianlah jelasnya setiap Guru Murshid wajib mempunyai silsilahnya sampai Rasulullah ﷺ  dan beliau sendiri pernah dipimpin pada Jalan Ma'rifat di bawah pimpinan Shaikhnya sehingga wusul (sampai) kepada Allah.


Maka sesiapa mengaku Shaikh Mursyid @ Pewaris Nabi tetapi TIDAK dapat buktikan Silsilah Keilmuan sampai Rasulullah ﷺ  maka dia BUKAN Mursyid yang sah, dia BUKAN Warisatul Anbiya' yang siddiq dan tidak layaklah dia memimpin Toriqat.


bersambung siri  69  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...