Monday, January 30, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 245)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-31 : Pelopori Sunnah yang buruk Di dalam Islam

..... Sambungan.....


Rawatan dan Penjagaan

===================

(1) Pelajari pengertian Sunnah Sayyi'ah dan Sunnah Hasanah  (bid'ah hasanah dan bid'ah dholalah) dan fahaminya dengan benar menurut pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen) agar tidak tertipu dengan doktrin2 Wahhabiyyah (Khawarij), Syi'ah (rafdhi), Sekular (liberal) dan pendokong2 keruhanian PALSU yang berselindung di sebalik nama Tasawwuf. 


(2) Patuhi semua ketentuan hukum (sama ada haram halal atau bid'ah atau hukum2 lainnya)  yang telah di ijtihad oleh Ulama Ahlus Sunnah yang terpercaya, yang telah masyhur nama mereka sepanjang zaman. 


(3) Jangan pandai2 menuduh suatu perkara baru di dalam Agama sebagai Sunah Sayyi'ah atau bid'ah dholalah, semata2 kerana kamu profesor atau mufti.  Kamu tiada kelayakan menentukan hukum halal, haram, bid'ah atau lainnya.  Serahkan urusan tersebut kepada Ulama Mujtahid menentukan hukumnya.  


(4) Untuk memahami Ahlus Sunnah dengan benar, dan tidak tertipu dengan sekalian tipu daya manusia dan jinn syaitan, Wajib mempelajarinya daripada Guru yang benar2 Arif —  Mursyid,  Pewaris Nabi yang siddiq (benar) atau sekurang2nya daripada ustaz atau ustazah yang dipercayai sebagai pendokong Ahlus Sunnah. 


(5) Barangsiapa mempelajari Agama daripada Guru2 keruhanian yang PALSU  atau daripada Profesor atau mufti2 yang pura2 Ahlus Sunnah, sudah tentu mereka hanyut bersama aliran2 PALSU yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah yang benar (tulen).  


(6) Untuk memperoleh keselamatan daripada penyamaran2 yang membawa kesesatan, ikuti nasihat2 Masyaikh Ahlus Sunnah yang terpercaya. Di antaranya Nasihat dan wasiat Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu kepada seluruh Ummat Islam: 


Berkata Imam Jilani Radhialahu anhu:

"Jika seseorang tidak dapat membezakan di antara Guru Kerohanian ( Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq)  yang sebenar dan yang palsu, hendaklah dia mengerjakan solat nafil (solat sunnat) dua rakaat di waktu malam tahajjud, untuk memohon petunjuk Allah Ta'ala. Dia kemudiannya memohon kepada Allah menunjukki manusia2 suci (suci hati daripada Syirik dan Nifaq) ini yang akan memimpinnya kepada jalan kebenaran. Dia mesti sungguh2 merayu kepada Allah agar Dia memperlihatkan kepadanya orang yang akan membawa kepada kasih akan Allah Ta'ala dan yang akan menyinari mata hatinya dengan cahaya Ketuhanan. Dan yang akan membuka kepada kejadian2 ghaib (Rahsia Ketuhanan dan rahsia Kehambaan atau Tauhid hakiki) yang beliau sendiri telah menyaksikannya. Dengan berbuat demikian, Insha Allah seseorang akan mendapat jawapannya dari Allah Ta'ala. 

[Fathur-Rabbaniyy Wa Faidhur-Rahmani]


Bersambung siri  246  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Sunday, January 29, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

MUHASABAH DIRI: TIGA TINGKATAN ORANG BERPUASA

(Siri 4)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


□□□□□□□□□□□□□□□□

5.0 Pengertian Taqwa

□□□□□□□□□□□□□□□□


Berikut nukilan dari Kitab _Al Ghunyah Li Talibi Toriqil Haqq_....

 

🕌🍁Sabda Rasulullah ﷺ :

-----------------------------------------

"Taqwa tempatnya di sini,"  Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali”

[Imam Muslim]



🕌🍁Ibnu Abbas رضي الله عنه  berkata : 

-----------------------------------------


“Orang bertaqwa adalah yang takut terjerumus dalam syirik, dosa besar dan perbuatan keji.” 


🕌🍁Ibnu Mas’ud رضي الله عنه   berkata : 

-----------------------------------------


…..ketika menafsirkan firman Allah surat Ali Imran ayat 102, “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-Nya.” Beliau mengatakan, :  “Hendaklah Dia (Allah) ditaati dan tidak dimaksiati, diingat serta tidak dilupakan, disyukuri dan tidak diingkari.” 


🕌🍁Ibnu Umar رضي الله عنه  berkata :

-----------------------------------------


 “ Taqwa adalah melihat diri sendiri tidak lebih dari orang lain.” 


🕌🍁Imam Hassan رضي الله عنه  berkata : 

-----------------------------------------

“Taqwa adalah orang yang mengatakan kepada setiap orang yang dia lihat, “dia lebih baik dariku.” 


🕌🍁Sayyidina Umar Al-Khattab  رضي الله عنه berkata kepada Ka’ab al-Akhbar  رضي الله عنه, 

-----------------------------------------

“ beritahu kepadaku tentang taqwa. Beliau berkata, “Apakah engkau pernah melalui jalan yang berduri?”  “ya” jawab Umar.  “kemudian apa yang engkau lakukan?”   Sayyudina Umar menjawab, “aku akan menghindari dan menjauhinya”  Ka’ab pun berkata, “ Itulah taqwa” 


🕌🍁Shaikh Bakr Bin Abdullah رضي الله عنه berkata : 

-----------------------------------------

“Seseorang tidak disebut bertaqwa sampai dia benar2 bersikap berhati2  dalam makanan dan kemarahan.” 


🕌🍁Shaikh Sufyan Ath-Thawri رضي الله عنه berkata :

-----------------------------------------

“Orang yang bertaqwa adalah orang yang mencintai kecintaan orang lain seperti mencintai kecintaan sendiri.


🕌🍁Shaikh Al-Junaid رضي الله عنه  berkata : 

-----------------------------------------

“Orang yang bertaqwa adalah orang yang mencintai kecintaan orang lain lebih daripada mencintai kecintaan diri sendiri.” 


🕌🍁Shaikh Sirri Saqthi رضي الله عنه  berkata : 

-----------------------------------------

“Orang yang bertaqwa adalah orang membenci diri sendiri”  (membenci segala maksiat, kejahatan, kesyirikan, kekejian dan kelalaian diri -  pent) 


🕌🍁Shaikh Muhammad bin Khafif رضي الله عنه berkata : 

-----------------------------------------

“Taqwa adalah menghindari segala sesuatu yang menjauhkan engkau dari Allah” 


🕌🍁Shaikh Abu Yazid Al-Bustami  رضي الله عنه  berkata : 

-----------------------------------------

“Orang bertaqwa adalah orang yang menjauhi segala yang syubhat.”



🕌🍁Ibnu Athiyyah رضي الله عنه  berkata :

-----------------------------------------

 “Orang yang bertaqwa boleh diketahui dari keadaan lahiriah dan batiniahnya. Keadaan lahiriah dengan selalu memelihara hukum2 Allah dan batiniahnya selalu berniat dan melakukan segala hal dengan tulus dan ikhlas.” 


🕌🍁Sulton Auliya, Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani  رضي الله عنه, menyimpulkan bahawa : 


“TAQWA” adalah perhimpunan sekalian  sifat2 kebaikan.  Dan Taqwa yang benar adalah mempertahankan diri untuk mentaati Allah yang Maha Perkasa Lagi Maha Mulia.”  


~ tamat petikan kitab ~

[Nukilan dari kitab Al-Ghunyah Li Talibi Tariqil  Haqq, Imam Jilani]


Bersambung siri 5. اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


_______________

          MAJLIS TAZKIRAH JILANI

            🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Saturday, January 28, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 244)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-31 :

Pelopori Sunnah yang buruk Di dalam Islam

..... Sambungan.....


Punca orang Islam bangunkan Sunnah Sayyi'ah (Sunnah Buruk / Bid'ah Dholalah)


Adalah suatu hal yang sangat menghairankan orang "bernama Islam" membangunkan Sunnah Sayyi'ah  atau Bid'ah dholalah yang jelas berlawanan dengan Kehendak Allah dan Rasul-Nya.  Mengapakah mereka membangunkan Tradisi mungkar yang jelas berlawanan dengan Agama yang mereka percaya?


Mengapa orang Islam membangunkan Sunnah Sayyi'ah (bid'ah dholalah) seperti Khawarij (wahhabiyyah), Syi'ah (rafidhi), Mu'tazilah, Jabariyyah dll yang jelas berlawanan dengan Kehendak Allah dan Rasul-Nya?    Adakah sebab mereka jahil? Atau sebab tamak dunia? Atau kerana hasutan Iblis?


Berikut beberapa sebab terjadi keadaan demikian:


(1) Iman belum masuk ke dalam hati.  

Mereka beriman pada lidah tapi Iman belum meresap ke dalam hati.  Orang2 yang benar2 beriman tidak sama sekali berani melakukan hal demikian. 


(2) Cinta dunia — Inginkan habuan dunia

Pelopor2 firqah sesat ; sama ada mereka yang bangunkan firqah sesat di dalam Aqidah (72 firqah) mahupun firqah2 sesat di dalam keruhanian (11 golongan) atau kelompok2 fasiq yang lain yang membangunkan kumpulan2 maksiat, hanya memikirkan keuntungan duniawi. Mereka inginkan wang dan harta benda dunia daripada pengikut2 mereka secara mudah.  


(3) Inginkan Kemasyhuran

Pelopor2 bagi firqah2 sesat atau kelompok2 fasiq ingin diri mereka  disanjung dan dipuja sebagai pemimpin yang hebat yang melakar sejarah Ummat. 


(4) Kejahilan

Sebahagian daripada pelopor2 yang membangunkan firqah2 sesat atau pusat2 kemaksiatan adalah orang yang jahil, tidak memahami hakikat Agama. Mereka tidak mempelajari Agama daripada Guru yang arif — Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar. Sebaliknya guru mereka adalah Orientalis barat atau profesor Universiti yang "jahil" atau Guru sekular yang "jahil" hakikat Agama. 


(5) Perancangan Yahudi dan Nasrani

Yahudi mempergunakan orang2 Islam untuk menghapuskan Islam dari dalam dada Ummat Islam dengan berbagai propaganda jahat. Lazimnya Yahudi memilih orang2 tertentu dan mengangkatnya sebagai pemimpin sedangkan dia cuma boneka yang menjadi tali barut Yahudi dan Nasrani.


(6) Tipu daya Syaitan

Pelopor2 kejahatan terpedaya dengan tipu daya Iblis. Mereka tidak mengenal Iblis dan tipu dayanya yang sangat halus dan licik. Iblis menghiasi kefasikan dengan kebaikan — zahirnya kelihatan indah dan baik sedangkan di dasarnya adalah kejahatan Iblis yang tersembunyi.  Mereka menyangka diri mereka bersih dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagai pembuat Bid'ah sesat dan Syirik sedangkan yang sebenarnya mereka tertipu dengan "penutupan Iblis".  


🕌💫 Firman Allah :


قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ ٱلْمُخْلَصِين


Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan buruk/ keji /ma'siat / mungkar) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas". 

[Al-'Hijr (15) : ayat 39-40]


✨🕌✨ Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu :

“Murid memerlukan seorang Mursyid atau guru keruhanian yang dapat diikutinya, agar dia menunjukkannya ke jalan yang lurus. (jalan benar yang  diredhai Allah).     Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil, benar atau salah) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh sesiapa sahaja)  Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh  (Mursyid) yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpin dan memujuknya) menuju jalannya. 

[Ihya Ulumuddid Bab Ilmu]


Bersambung siri  245  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

__________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

Friday, January 27, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 243)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-31 :

Pelopori Sunnah yang buruk Di dalam Islam

..... Sambungan.....


Bentuk-bentuk Sunnah Sayyi'ah

=======================

Perkara baru yang bersifat Sunnah Sayyi'ah (tradisi buruk atau jahat atau keji)  berlaku di dalam semua cabang Agama.

Pertama : Di bidang Usuluddin

Pembangunan Sunnah Sayyi'ah  (atau di sebut bid'ah sesat) yang paling awal berlaku di dalam Usuluddin — bidang Ketuhanan.  Orang2 jahil di kalangan Ummat Islam memisahkan diri dari Saf Ummah (Saf Ahlus Sunnah), lalu membina fahaman2 Ketuhanan yang jelas menyimpang dari kebenaran. Di antaranya : Fahaman Khawarij (wahhabiyyah), Syi'ah (rafidhi), Jabariyyah, Mu'tazilah, Musyabbihah, Mujassimah dll berjumlah 72 firqah. 

Orang2 yang mempelopori firqah-firqah sesat ini mendapat dosanya sendiri dan dosa orang2 yang mengikutinya sampai Qiamat. Wal Iyazubillah.  Bayangkan betapa banyaknya dosa pelopor2 ini,  yang terkumpul sejak mereka membina firqah-firqah sesat sampai datangnya Hari Qiamat?

Tiada seorang pun dari Ulama Ahlus Sunnah yang ternama mengikut firqah-firqah sesat ini.  Pelopor kepada firqah-firqah sesat ini hanyalah orang2 jahil yang tertawan oleh Iblis. Wal Iyazubillah. Moga Allah Ta'ala selamatkan semua orang beriman daripada jatuh ke dalam firqah-firqah sesat ini. 

Kedua : Di bidang Fiqh

Wujudnya Sunnah Sayyi'ah di dalam fiqh tidak begitu ketara berbanding dengan bidang Usuluddin.  Tiga golongan yang amat jelas penyimpangannya di dalam bidang fiqh adalah :

(1) Golongan Syi'ah (rafidhi) yang jelas berlawanan dengan Tradisi Ahlus Sunnah. 

(2) Golongan Khawarij (Wahhabiyyah) yang enggan berpegang kepada mana2 mazhab sedangkan mereka bukan Mujtahid. Mereka mendakwa mereka hanya mengikut Al-Qur'an dan Hadith secara terus. Bagi mereka mazhab2 Ulama semua bid'ah sesat kerana pada pendirian mereka Nabi sendiri tiada mazhab, maka mazhab adalah bid'ah sesat.  Wal Iyazubillah

(3) Golongan Sufi PALSU atau Ma'rifat PALSU yang mendakwa mereka tak perlu amalkan solat, puasa, haji dll kewajipan lain yang tersebut di dalam fiqh, kerana mereka mendakwa sudah "sampai" hakikat dan gugur kewajipan2 Syari'at. Mereka ini adalah golongan zindiq. Wal Iyazubillah. 

Ketiga : Di bidang Tasawwuf

Berdasarkan fatwa Sulton Awliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu, terdapat 11 kelompok yang membangun firqah-firqah sesat  atas nama Tasawwuf.  Mereka menggelar diri mereka ahli sufi atau ahli Ma'rifat atau mengaku Wali Allah tetapi menyimpang dari hukum-hakam Agama. 

Demikianlah jenis2 Sunnah Sayyiah atau Bid'ah Dholalah  yang dibangunkan oleh manusia di dalam Agama yang akan mendapat dosa berganda2 kepada pelopor2nya akibat diikuti oleh pengikut2 mereka turun-temurun sampai Qiamat. 

Apabila diperhalusi, kita akan mendapati terdapat 3 ciri utama pada semua kelompok yang membangunkan tradisi buruk atau jahat atau keji:

Pertama :

Tiada pimpinan Guru — Tidak berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq.

Kedua :

Menolak salah satu cabang Agama — ada yang menolak Syari'at (fiqh) dan ada yang menolak Toriqat (Tasawwuf). 

Ketiga :

Gunakan aqal untuk mentafsir ayat Qur'an dan Hadith Nabi  ﷺ


Bersambung siri  244  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________                                                                                                              MAJLIS TAZKIRAH JILANI           

         🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 242)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-31 : Pelopori Sunnah yang buruk Di dalam Islam

.....Sambungan.....


Batas Sunnah Sayyi'ah

(Sunnah yang buruk) 

===============


Pengertian Sunnah Hasanah (bid'ah hasanah) dan Sunnah Sayyi'ah (bid'ah dholalah) telah dijelaskan sebagaimana ketetapan Ulama Mu'tabar, antaranya Ulama yang sangat harum nama mereka sepanjang zaman — Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani, Imam Ghazali, Imam Fakhruddin Ar-Razi, Imam Sayuthi, Imam Nawawi, Imam Haythami, Imam Al-Haddad Ridhwanullah Alayhi Ajma'in sehingga tiada manusia pun layak mempertikaikannya. 


Setelah mengetahui wujudnya dua bentuk "Sunnah" (Tradisi, Jalan, Manhaj) yang dibangunkan oleh manusia iaitu :  "Sunnah yang baik" dan "Sunnah yang buruk", terdapat dua  lagi persoalan penting berhubung dengan hal ini iaitu :  


■ Persoalan menentukan batas2, had dan garis pemisahnya sehingga "Sunnah yang baik" jelas nyata perbezaannya dengan "Sunnah yang buruk".  


■ Siapakah yang benar2 layak menentukan suatu Sunnah yang dibangunkan itu Sunnah yang Baik atau Sunnah yang jahat? Atau di dalam perkataan lain : Menentukan  Bid'ah hasanah (bid'ah terpuji)  atau bid'ah dholalah (bid'ah sesat)?


Ketahuilah : Telah sepakat Ulama Mu'tabar, hamba2 Allah yang layak menentukan hukum-hakam Agama hanyalah Ulama bertaraf Mujtahid.  Hanya mereka sahaja yang layak menentukan halal, haram,  Sunnah Hasanah  atau Sunnah Sayyi'ah.   

(Atau di dalam perkataan lain yang selalu juga disebut sebagai bid'ah hasanah atau bid'ah dholalah)


Yang dikatakan Ulama Mujtahid adalah Ulama Billah (Ulama Allah), Ulama Akhirat, Ulama Ahli Ma'rifat yang mahir di dalam Ilmu Syari'at dan sangat dalam Ilmunya di dalam Ilmu Ma'rifat. Merekalah Ulama Pewaris Nabi yang sebenar yang takut kepada Allah. Mereka BUKAN Ulama dunia. Mereka BUKAN Ulama politik nafsu. Mereka BUKAN Ulama yang menjual Agama demi mencapai dunia yang hina.  


Malangnya, sebahagian orang bergelar Profesor merasakan diri mereka sudah layak melakukan ijtihad untuk menentukan halal haram, sehingga sewenang2 mengatakan apa sahaja perkara baru di dalam Agama sebagai bid'ah sesat.  Misalnya mereka menghukum Sambutan Maulidur-Rasul, Sambutan Awal Muharram, Majlis Tahlil, Kenduri Arwah, Ziarah Kubur, Tawassul, Ilmu Tasawwuf, Toriqat, Zikir Jihar (zikir dengan suara kuat),  dll sebagai bid'ah sesat atau menilainya sebagai Sunnah Sayyi'ah (buruk). Wal Iyazubillah.


Mereka memandai2 menghukum semua perkara baru yang dibangunkan oleh Ulama Mujtahid sebagai Bid'ah sesat semata2 berdasarkan pendapat aqal dan nafsu. Sesungguhnya mereka tertipu dengan tipu daya Syaitan.  Golongan ini tidak menyedari  segala tuduhan mereka membawa kepada tiga dosa besar :


Pertama :  

Dosa mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith dengan menggunakan aqal sempit. 


✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ

"Barang siapa berkata-kata tentang al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah dia menempati tempat duduknya dari neraka"

[Imam Tirmidzi]


Kedua : 

Dosa mendustakan Allah dan Rasul-Nya


✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ

 “Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam neraka”. 

[Imam Bukhari, Muslim]


Ketiga : 

Dosa membuat tuduhan berat terhadap orang beriman, sama ada menuduhnya sebagai fasiq atau kafir atau tuduhan berat yang lain.


✨🕌✨ Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Siapa yang menyeru kepada seseorang dengan sebutan kekafiran atau ia mengatakan: Wahai musuh Allah, sementara yang dituduhnya itu tidak demikian maka sebutan tersebut kembali kepadanya.” 

[Imam Muslim]


Bersambung siri  243  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________                                                                                                              MAJLIS TAZKIRAH JILANI          

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳    


Saturday, January 21, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 241)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-31 : Pelopori Sunnah yang buruk Di dalam Islam

..... Sambungan.....


(4) Golongan yang membangunkan hal2 yang berlawanan dengan Kehendak Allah kerana mengikuti jalan2 kesesatan, kemungkaran, kefasikan atau kekufuran akan menanggung dosa berganda2 kerana dia bukan hanya memikul dosanya sendiri, tetapi juga dosa yang mengikutnya sampai Qiamat atau selama wujud kejahatan tersebut.


Contoh2 membangunkan perkara Sayyi'ah (kejahatan, keburukan, kemungkaran) : 


■Membangunkan firqah2 yang menyimpang dari Jalan utama Ummat Islam atau keluar dari Jamaah Muslimin lalu membentuk firqah tersendiri yang menyalahi Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


■ Mendirikan pusat2 perjudian, arak dan kemaksiatan


■ Mendirikan pusat2 kesenian, kebudayaan dan sukan yang mendedahkan aurat.


■ Membangunkan Jemaah Sufi palsu yang mengajarkan manusia hakikat dan Ma'rifat palsu. 


■ Membangunkan laman web dan blog yang membawa propaganda Yahudi, Nasrani, Mausi dll


■Membangunkan sekolah, kolej, Universiti atau pusat pembelajaran lain yang membawa fahaman bertentangan dengan Ahlus Sunnah.


Demikian beberapa contoh mempelopori kejahatan (Sayyi'ah) yang dibangunkan oleh mereka yang menyimpang dari Jalan Lurus, Jalan Kebenaran, jalan Ahlus Sunnah. Mereka yang merintis jalan2 tersebut bukan sahaja akan menanggung dosa mereka sendiri bahkan juga menanggung dosa orang2 yang mengikutinya sampai Qiamat. Wal Iyazubillah.


(5) Menurut Ulama Mu'tabar penjelasan kepada kepada "Sunnah Hasanah" dan "Sunnah Sayyi'ah" adalah serupa dengan penjelasan bagi Ungkapan Bid'ah, iaitu pembahagian Bid'ah kepada dua bentuk :

Pertama : Bid'ah Hasanah 

Kedua :     Bid'ah  Sayyi'ah 


Berkata Imam Nawawi Radhiallahu anhu :

“Bahwasanya setiap orang yang membuat bid’ah (hal baru) yang buruk, maka ia mendapat semisal dosa orang yang mengikutinya dalam perbuatan itu hingga hari Qiamat. Begitu juga orang yang membuat bid’ah (hal baru) yang baik, maka ia mendapat semisal pahala orang yang mengikutinya dalam perbuatan itu hingga hari Qiamat. Ini sesuai dengan Hadith Sahih

"Barangsiapa yang memulai sunnah hasanah (mempelopori suatu kebaikan atau suatu yang terpuji) dalam Islam maka dia akan memperoleh pahala dan pahala orang yang mengikutinya, dengan tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan barangsiapa yang memulai sunnah sayyi’ah (pelopori suatu kejahataan atau suatu yang keji) dalam Islam maka ia akan mendapatkan dosa dan dosa orang yang mengikutinya, dengan tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun”

[Imam Nawawi — Syarah Sahih Muslim]


Ertinya bukan semua perkara baru yang dibuat atau dibangunkan itu bid'ah sesat, tetapi Bid'ah yang sesat adalah semua bentuk perkara baru yang diwujudkan sama ada pada segi Aqidah atau segi Ibadah atau Tasawwuf / Ma'rifat yang menyalahi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah (menyalahi Al-Qur'an, Hadith dan Ijma' Qias Ulama Mu'tabar).  Dan ini menyamai Sunnah Sayyi'ah  (sunnah kejahatan) yang sedang dibicarakan di sini.


Berkata Imam Nawawi Radhiallahu anhu :

Di dalam Hadith ini wujud pembatasan makna sabda Rasulullah "semua hal baru adalah bid’ah dan semua bid’ah adalah sesat"  dan bahawasanya yang dimaksud di sana adalah hal baru yang batil dan bid’ah yang buruk saja” 

[Imam Nawawi]


Bersambung siri  242  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________                                                                                                              MAJLIS TAZKIRAH JILANI           

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳       


■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 240)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-31 : Pelopori Sunnah yang buruk Di dalam Islam

Sambungan....


Penjelasan


(1) Awal perkataan kami, Kunci memahami persoalan yang sedang dibincangkan berpandukan Hadith Rasulullah ﷺ menyebut dua macam "Sunnah" yang dibangunkan oleh manusia, iaitu : "Sunnah yang baik" dan "Sunnah yang buruk".    


Perhatikan sungguh2 pada ungkapan :  

"Sunnah yang dibangunkan atau dimulai oleh manusia". 


Ungkapan ini jelas menunjukkan pengertiannya. Ia BUKAN ditujukan kepada Sunnah Rasulullahﷺ tetapi suatu "Tradisi" atau "Jalan" atau "Peradaban" atau "Manhaj" yang baru dibangunkan oleh manusia.  Ini poin pertama dan utama yang perlu kepada pemahaman yang tepat. 


(2) Dua macam "Sunnah" atau "Tradisi" atau "Jalan" yang bangunkan di dalam Islam:


Pertama : Rasulullah ﷺ menyebut :  "  مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً "  

(Orang yang memulai Sunnah yang baik di dalam Islam)


Kedua : Rasulullah ﷺ menyebut :  " وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً "  

(Orang yang memulai Sunnah yang jahat di dalam Islam)


Ertinya di kalangan orang Islam, terdapat dua macam Golongan pada sudut membangunkan hal2 yang baharu di dalam Agama : Hal baru yang menepati hukum-hakam Agama dan yang kedua hal baru menyimpang dari hukum-hakam Agama. Poin kedua ini pun sangat penting difahami kerana mempunyai konsekuensi yang bertentangan satu dengan lainnya. Yang pertama membawa Hidayah dan Keredhaan Allah. Yang kedua membawa kepada kesesatan dan Kemurkaan Allah. 


(3) Golongan yang membangunkan hal2 baru di dalam Agama yang menepati Kehendak Allah dan Keredhaan-Nya, dengan mengikuti sepenuhnya Jalan Lurus, Jalan Kebenaran, Jalan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang mendapat Rahmat Allah dan Pimpinan-Nya.  


Bagi Golongan pertama ini, Allah Ta'ala menjanjikan mereka ganjaran atas kebaikan yang mereka bangunkan, bahkan lebih dari itu mereka juga akan memperoleh ganjaran orang2 yang mengikuti kebaikan tersebut tanpa mengurangi pahala sekalian yang mengikuti dan mengambil manfaat daripadanya. 


Contoh2 Membangun perkara Hasanah (kebaikan) di dalam Agama adalah : 


■ Membukukan Al-Qur'an menjadi sebuah kitab yang tersusun dan kemas.


■ Usaha memberi baris dan titik kepada Ayat Qur'an sehingga membolehkan orang 'ajam (selain Arab) membacanya.


■ Mewujudkan Ilmu Tajwid, agar orang 'Arab dan 'Ajam terpelihara daripada al-lahn al-jali (kesalahan berat kerana membawa kepada perubahan makna) atau al-lahn al-khafi (kesalahan yang tidak mengubah makna namun tetap mengandung bahaya kerana menghilangkan Mu'jizatnya) 


■ Membangunkan Mazhab Fiqh (mazhab-mazhab Hanafi, Maliki, Syafi'e,  Hambali) bagi memudahkan orang awam ; sama ada Muqallid atau Muttabi' mengamalkan hukum-hakam zahir Syari'at.


■ Mambangunkan Ilmu Usuluddin bagi menerangkan hal ehwal keimanan yang bersifat aqliyyah berdasarkan dalil aqli dan dalil naqli.    iaitu himpunan Ilmu berkenaan Iman kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Qiamat dan Qadha Qadar. 


■Membangunkan Ilmu Tasawwuf  / Toriqat,  mengkhususkan bidang keruhanian untuk menunjukkan jalan menyucikan hati sehingga tercapai Tauhid Hakiki, Keimanan Sejati, Taqwa, Ihsan. 


■ Membangun Sekolah Agama, Madrasah Tahfiz, Zawiyah Ahli Sufi, Jabatan Agama bagi Hal ehwal Ummat Islam dll sepertinya bagi mempermudahkan urusan Pembelajaran Ummat.


■ Menyediakan kitab2 dan buku2 Agama bagi memudahkan Ummat Islam mentelaah Ilmu2 Islam.


■ Membangunkan Sistem Persulukan (yang mencontohi Khilwah Rasulullah ﷺ ) bagi Ummat Islam melakukan_islah, mujahadah, riadhah bagi memperteguhkan Keimanan dan Ketaqwaan.


Demikian beberapa contoh Perkara baru di dalam Agama yang dibangunkan oleh _Ulama Mujtahid_,  yang mendapat ganjaran berganda2.


Bersambung siri  241  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________                                                                                                              MAJLIS TAZKIRAH JILANI           

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳  


SIRI 450 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...