■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 241)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-31 : Pelopori Sunnah yang buruk Di dalam Islam
..... Sambungan.....
(4) Golongan yang membangunkan hal2 yang berlawanan dengan Kehendak Allah kerana mengikuti jalan2 kesesatan, kemungkaran, kefasikan atau kekufuran akan menanggung dosa berganda2 kerana dia bukan hanya memikul dosanya sendiri, tetapi juga dosa yang mengikutnya sampai Qiamat atau selama wujud kejahatan tersebut.
Contoh2 membangunkan perkara Sayyi'ah (kejahatan, keburukan, kemungkaran) :
■Membangunkan firqah2 yang menyimpang dari Jalan utama Ummat Islam atau keluar dari Jamaah Muslimin lalu membentuk firqah tersendiri yang menyalahi Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
■ Mendirikan pusat2 perjudian, arak dan kemaksiatan
■ Mendirikan pusat2 kesenian, kebudayaan dan sukan yang mendedahkan aurat.
■ Membangunkan Jemaah Sufi palsu yang mengajarkan manusia hakikat dan Ma'rifat palsu.
■ Membangunkan laman web dan blog yang membawa propaganda Yahudi, Nasrani, Mausi dll
■Membangunkan sekolah, kolej, Universiti atau pusat pembelajaran lain yang membawa fahaman bertentangan dengan Ahlus Sunnah.
Demikian beberapa contoh mempelopori kejahatan (Sayyi'ah) yang dibangunkan oleh mereka yang menyimpang dari Jalan Lurus, Jalan Kebenaran, jalan Ahlus Sunnah. Mereka yang merintis jalan2 tersebut bukan sahaja akan menanggung dosa mereka sendiri bahkan juga menanggung dosa orang2 yang mengikutinya sampai Qiamat. Wal Iyazubillah.
(5) Menurut Ulama Mu'tabar penjelasan kepada kepada "Sunnah Hasanah" dan "Sunnah Sayyi'ah" adalah serupa dengan penjelasan bagi Ungkapan Bid'ah, iaitu pembahagian Bid'ah kepada dua bentuk :
Pertama : Bid'ah Hasanah
Kedua : Bid'ah Sayyi'ah
Berkata Imam Nawawi Radhiallahu anhu :
“Bahwasanya setiap orang yang membuat bid’ah (hal baru) yang buruk, maka ia mendapat semisal dosa orang yang mengikutinya dalam perbuatan itu hingga hari Qiamat. Begitu juga orang yang membuat bid’ah (hal baru) yang baik, maka ia mendapat semisal pahala orang yang mengikutinya dalam perbuatan itu hingga hari Qiamat. Ini sesuai dengan Hadith Sahih
"Barangsiapa yang memulai sunnah hasanah (mempelopori suatu kebaikan atau suatu yang terpuji) dalam Islam maka dia akan memperoleh pahala dan pahala orang yang mengikutinya, dengan tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan barangsiapa yang memulai sunnah sayyi’ah (pelopori suatu kejahataan atau suatu yang keji) dalam Islam maka ia akan mendapatkan dosa dan dosa orang yang mengikutinya, dengan tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun”
[Imam Nawawi — Syarah Sahih Muslim]
Ertinya bukan semua perkara baru yang dibuat atau dibangunkan itu bid'ah sesat, tetapi Bid'ah yang sesat adalah semua bentuk perkara baru yang diwujudkan sama ada pada segi Aqidah atau segi Ibadah atau Tasawwuf / Ma'rifat yang menyalahi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah (menyalahi Al-Qur'an, Hadith dan Ijma' Qias Ulama Mu'tabar). Dan ini menyamai Sunnah Sayyi'ah (sunnah kejahatan) yang sedang dibicarakan di sini.
Berkata Imam Nawawi Radhiallahu anhu :
Di dalam Hadith ini wujud pembatasan makna sabda Rasulullah "semua hal baru adalah bid’ah dan semua bid’ah adalah sesat" dan bahawasanya yang dimaksud di sana adalah hal baru yang batil dan bid’ah yang buruk saja”
[Imam Nawawi]
Bersambung siri 242 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________ MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment