■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 240)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-31 : Pelopori Sunnah yang buruk Di dalam Islam
Sambungan....
Penjelasan
(1) Awal perkataan kami, Kunci memahami persoalan yang sedang dibincangkan berpandukan Hadith Rasulullah ﷺ menyebut dua macam "Sunnah" yang dibangunkan oleh manusia, iaitu : "Sunnah yang baik" dan "Sunnah yang buruk".
Perhatikan sungguh2 pada ungkapan :
"Sunnah yang dibangunkan atau dimulai oleh manusia".
Ungkapan ini jelas menunjukkan pengertiannya. Ia BUKAN ditujukan kepada Sunnah Rasulullahﷺ tetapi suatu "Tradisi" atau "Jalan" atau "Peradaban" atau "Manhaj" yang baru dibangunkan oleh manusia. Ini poin pertama dan utama yang perlu kepada pemahaman yang tepat.
(2) Dua macam "Sunnah" atau "Tradisi" atau "Jalan" yang bangunkan di dalam Islam:
Pertama : Rasulullah ﷺ menyebut : " مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً "
(Orang yang memulai Sunnah yang baik di dalam Islam)
Kedua : Rasulullah ﷺ menyebut : " وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً "
(Orang yang memulai Sunnah yang jahat di dalam Islam)
Ertinya di kalangan orang Islam, terdapat dua macam Golongan pada sudut membangunkan hal2 yang baharu di dalam Agama : Hal baru yang menepati hukum-hakam Agama dan yang kedua hal baru menyimpang dari hukum-hakam Agama. Poin kedua ini pun sangat penting difahami kerana mempunyai konsekuensi yang bertentangan satu dengan lainnya. Yang pertama membawa Hidayah dan Keredhaan Allah. Yang kedua membawa kepada kesesatan dan Kemurkaan Allah.
(3) Golongan yang membangunkan hal2 baru di dalam Agama yang menepati Kehendak Allah dan Keredhaan-Nya, dengan mengikuti sepenuhnya Jalan Lurus, Jalan Kebenaran, Jalan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang mendapat Rahmat Allah dan Pimpinan-Nya.
Bagi Golongan pertama ini, Allah Ta'ala menjanjikan mereka ganjaran atas kebaikan yang mereka bangunkan, bahkan lebih dari itu mereka juga akan memperoleh ganjaran orang2 yang mengikuti kebaikan tersebut tanpa mengurangi pahala sekalian yang mengikuti dan mengambil manfaat daripadanya.
Contoh2 Membangun perkara Hasanah (kebaikan) di dalam Agama adalah :
■ Membukukan Al-Qur'an menjadi sebuah kitab yang tersusun dan kemas.
■ Usaha memberi baris dan titik kepada Ayat Qur'an sehingga membolehkan orang 'ajam (selain Arab) membacanya.
■ Mewujudkan Ilmu Tajwid, agar orang 'Arab dan 'Ajam terpelihara daripada al-lahn al-jali (kesalahan berat kerana membawa kepada perubahan makna) atau al-lahn al-khafi (kesalahan yang tidak mengubah makna namun tetap mengandung bahaya kerana menghilangkan Mu'jizatnya)
■ Membangunkan Mazhab Fiqh (mazhab-mazhab Hanafi, Maliki, Syafi'e, Hambali) bagi memudahkan orang awam ; sama ada Muqallid atau Muttabi' mengamalkan hukum-hakam zahir Syari'at.
■ Mambangunkan Ilmu Usuluddin bagi menerangkan hal ehwal keimanan yang bersifat aqliyyah berdasarkan dalil aqli dan dalil naqli. iaitu himpunan Ilmu berkenaan Iman kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Qiamat dan Qadha Qadar.
■Membangunkan Ilmu Tasawwuf / Toriqat, mengkhususkan bidang keruhanian untuk menunjukkan jalan menyucikan hati sehingga tercapai Tauhid Hakiki, Keimanan Sejati, Taqwa, Ihsan.
■ Membangun Sekolah Agama, Madrasah Tahfiz, Zawiyah Ahli Sufi, Jabatan Agama bagi Hal ehwal Ummat Islam dll sepertinya bagi mempermudahkan urusan Pembelajaran Ummat.
■ Menyediakan kitab2 dan buku2 Agama bagi memudahkan Ummat Islam mentelaah Ilmu2 Islam.
■ Membangunkan Sistem Persulukan (yang mencontohi Khilwah Rasulullah ﷺ ) bagi Ummat Islam melakukan_islah, mujahadah, riadhah bagi memperteguhkan Keimanan dan Ketaqwaan.
Demikian beberapa contoh Perkara baru di dalam Agama yang dibangunkan oleh _Ulama Mujtahid_, yang mendapat ganjaran berganda2.
Bersambung siri 241 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________ MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment