بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
FASAL 10:
TINGKATAN PENCAPAIAN SALIKIN
10.9 Fakta-fakta Penting Maqam Tauhid Zat
sambungan....
Fakta 10 : Mujtahid dan Mujaddid
— Ahli Ma'rifat yang tinggi
Suatu fakta yang amat penting
berhubung dengan Mujtahid dan Mujaddid, namun jarang didedahkan
kepada umum adalah kedudukan mereka yang tinggi di Sisi Allah. Mereka menduduki Maqam Tauhid tertinggi,
menghadap Allah pada setiap ketika serta di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ.
Mereka adalah Ahlut-Taqwa yang di-Kasihi Allah. (Rujuk
penjelasan-penjelasan sebelum ini berkenaan mereka yang mencapai Maqam Tauhid
Zat).
Ketahuilah,
sekalian Mujtahid dan Mujaddid yang benar hanya wujud di dalam
Ahlus Sunnah Wal Jama'ah. Mereka adalah
hamba-hamba Allah yang takut kepada Allah dengan sebenarnya. Mereka mentafsirkan Ayat Qur'an dan Hadith
Nabi berdasarkan Petunjuk Allah. Sebelum
mengeluarkan suatu fatwa, mereka mengumpulkan segala keterangan Al-Qur'an dan
Hadith lalu munajat kepada Allah.
Setelah mereka memperoleh jawapan dan yakin bahawa yang demikian itu di
dalam Keredhaan Allah, barulah mereka mengeluarkan fatwa.
Perhatikanlah hal keadaan
sekalian Mujtahid dan Mujaddid, di antaranya yang sangat terkenal
di Dunia Islam:
1.
Imam
Hasan Al-Basri
2.
Imam
Sufyan Ath-Thawri
3. Al-Imam
At-Toriqah Wal haqiqah, Imam Ja'afar Siddiq
(Guru kepada Imam Abu Hanifah dan Imam Malik)
4.
Imam
Junaid Al-Baghdadi
5.
Imam Abu
Hanifah
6.
Imam
Malik
7.
Imam
Syafi'e
8.
Imam
Hambali
9.
Al-Imam
Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani
10.
Imam
Ghazali
11.
Imam
Fakhruddin Ar-Razi
12.
Imam
Sayuthi
13.
Imam
Al-Haythami
Ridhwanullahi Alaihi Ajma'in, Allah Yang Maha Pengasih Meredhai kesemua mereka.
Kesemua mereka adalah
Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar, setengah mereka Mujtahid dan setengah
yang lain adalah Mujaddid. Mereka
adalah Kekasih Allah yang telah mencapai Maqam Tauhid atau Ma'rifat yang amat
tinggi. Cahaya mereka menyelubungi
seluruh pelusuk alam dan tetap bersinar sampai ke saat ini dan akan terus
bersinar sampai Qiamat.
Amat jauh
perbezaannya dengan "Ulama" dari kalangan firqah-firqah sesat. Mereka
mengeluarkan fatwa sesuka hati dan mengikut nafsu atau bisikan iblis ataupun
mereka mengeluarkan fatwa sesuai dengan kehendak Pemerintah atau Pemimpin. Sesungguhnya mereka tak layak menjadi Mujtahid
apa lagi Mujaddid, amat jauh sekali.
Ini kerana setiap Mujtahid dan Mujaddid mempunyai
syarat-syarat yang sangat berat.
Selain
dari menguasai sekalian Ilmu-ilmu zahir, syarat terpenting adalah dia mesti
orang yang bertaqwa dan mampu berhubung dengan Ketuhanan dan memperoleh
pimpinan Rasulullah ﷺ. Tanpa Petunjuk Allah dan pimpinan Rasul-Nya,
maka dia akan mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith serta mengeluarkan fatwa
menurut nafsu dan pendapatnya. Maka
binasalah dia dan pengikut-pengikutnya.
Wal Iyazubillah.
Allah Ta’ala berfirman:
وَلَا تَقُولُوا۟ لِمَا تَصِفُ
أَلْسِنَتُكُمُ ٱلْكَذِبَ هَـٰذَا حَلَـٰلٌۭ وَهَـٰذَا حَرَامٌۭ لِّتَفْتَرُوا۟ عَلَى
ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ
“Dan
janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara
dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap
Allah. Sesungguhnya orang yang
mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.”
[An-Nahl
(16) : Ayat 116]
Rasulullah ﷺ
bersabda:
"Barang
siapa berkata-kata tentang al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa
ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya dari neraka"
[Imam
Tirmidzi]
Fakta ke
11 : Maqam Mursyid Pewaris Nabi yang Ter-tinggi
Hamba
Allah yang sampai ke Maqam Tauhid Zat menjadi Mursyid, Pewaris Nabi yang paling
tinggi dan sempurna, iaitu sempurna Ma'rifat dan 'Ubudiyyah — sempurna
pengabdiannya kepada Allah Ta'ala dan juga sempurna pimpinannya — di-Kurniakan
kemampuan untuk mendidik manusia daripada Tingkatan Tauhid paling rendah
sehingga ke setinggi-tinggi Tauhid.
...bersambung ke Fasal 10 : Tingkatan Pencapaian Salikin
10.10 Penjagaan Penting Salikin
..........اِ نْ شَآ ءَ اللّه
No comments:
Post a Comment