بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
FASAL 3:
DALIL MURSYID DI DALAM AL-QURAN, HADITH DAN FATWA ULAMA'
sambungan.....
Dalil 11 : Sabda Rasulullah ﷺ
“Dahulu kaum Bani
Isra’il dipimpin oleh para Nabi. Setiap
seorang Nabi meninggal dunia, maka diganti seorang Nabi lainnya. Maka sesungguhnya tidak ada Nabi yang
menggantikan setelah aku meninggal dunia, namun yang menggantikan-ku adalah
khalifah-khalifah. Maka mereka banyak
mempunyai pengikut-pengikut”, Sahabat bertanya, “Wahai Rasul apa yang engkau
perintahkan pada kami?” Rasulullah ﷺ
menjawab, “ Laksanakan ba'iat seperti ba'iat pertama kali di hadapan mereka dan
tunaikan hak-hak mereka, kalian mintalah kepada Allah yang menjadi bahagian
kalian, kerana Allah Ta’ala akan bertanya tentang apa yang mereka pimpin.”
[Imam Bukhari, Imam
Muslim]
Dalil 12 :
Sabda Rasulullah ﷺ
"Tidak akan
masuk Neraka seorang muslim yang telah melihat dia akan daku. Dan tiada pula
masuk Neraka, mereka yang melihat ia akan orang yang melihat ia akan daku
sehingga 70 lapisan wasitah sekalipun.
Maka sesungguhnya mereka itulah khalifah-khalifahku (pewarisku) pada
menyampaikan syariatku dan memimpin Ummatku pada jalan ketuhanan dan ubudiyyah
yang sebenar. Dengan syarat mereka tetap
pada syari'atku."
[Imam Khatib daripada
Abdur-Rahman bin Uqbah]
Dalil
13 : Sabda Rasulullah ﷺ
“Sesungguhnya Allah
dan Malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang berada di dalam
lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) solawat (berdoa) ke atas Orang alim (Alim
Billah) yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
[Imam Tirmizi]
Dalil
14 : Sabda Rasulullah ﷺ
“Dan sesungguhnya
seorang ‘alim (Sohibul Ilm, atau Alim Billah, Ahli Ma'rifat) itu, akan
memohonkan ampun baginya penduduk langit dan bumi, dan juga ikan dalam air.”
[Imam Ahmad ,
Imam Abu Dawud]
Penjelasan:
Menurut tafsiran Al
Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu, yang dikehendaki
dengan kalimah "orang berilmu", "orang alim", "orang mu'min" di dalam ayat Qur'an
dan Hadith di atas adalah ditujukan kepada para Auliya Allah yang telah
mencapai Ma'rifat yang tinggi dan mengenal Allah dengan pengenalan yang
sempurna. Ikan di lautan, dan semut di
sarang mengenali mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
Dalil
15 : Sabda Rasulullah ﷺ
"Jadikan dirimu
itu berserta Allah, jika engkau tak kuasa
berserta Allah, maka jadikanlah dirimu berserta dengan orang yang
berserta Allah, maka sesungguhnya dia menyampaikan akan kamu kepada
Allah."
[Imam Abu Daud]
Penjelasan:
Menurut Tafsiran dan Sayarah
Al-Arif Billah Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu:
Yang dimaksudkan
dengan “orang yang berserta Allah” adalah hamba-hamba Pilihan Allah yang telah
diangkat oleh Allah ke Maqam yang tinggi di Sisi-Nya, sebagaimana Firman-Nya:
يَرۡفَعِ
ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬ۚ
وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬
"Allah
meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang
diberi ilmu pengetahuan Agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan
(ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.”
[Al-Mujadilah (58) :
Ayat 11]
Iaitu dikenali
sebagai Maqam Quddus (kesucian hati dan ruh yang sempurna), Maqam
Ma’rifat (Tauhid yang sempurna, jauh
dari segala macam syirik khafi,
mazmumah, ghaflah atau aghyar) , Maqam Mukasyafah (Terbuka hati dan
Ruh dan Sirriyah kepada Ketuhanan), Maqam Taqwa (ketundukan yang
sempurna), Maqam Ihsan (Ubudiyyah yang sempurna).
Merekalah Pewaris
Nabi yang Muhaqqiq, yang benar, yang benar-benar layak memimpin manusia
kepada Allah Ta’ala. Hadith Rasulullah ini memerintahkan orang-orang beriman
mencari Pewaris Nabi yang Siddiq dan berserta dengan mereka. Mudah-mudahan mereka memperoleh hati yang
benar-benar suci bersih menghadap Allah Zahir dan Batin.
Sesungguhnya Hadith
ini adalah penguat kepada Perintah Allah yang Memerintah agar semua orang
beriman berserta dengan orang yang Siddiq. وَكُونُواْ مَعَ ٱلصَّـٰدِقِينَ
Dalil 16 : Fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir
Jilan رضي الله عنه
“Takabbur,
kemunafikan dan ego, adalah panah syaitan yang tertuju pada hati kamu. Kamu perlu siapkan satu strategi
mempertahankan diri dari serangan-serangan ini.
Formula strategi tersebut telah diterangkan dan telah dibuktikan oleh Mashaikh
(guru-guru Mursyid terdahulu). Kamu perlu mendengar baik-baik arahan mereka dan
mematuhinya. Mereka akan pimpin kamu
pada Jalan Allah kerana mereka telah pun melalui jalan tersebut. Mintalah pada mereka nasihat-nasihat
berkenaan nafsu-nafsu (yang rendah dan jahat), dan kelemahan-kelemahan lainnya,
kerana mereka juga pernah mengalami kesulitannya dan menghadapi kesan akibat
darinya. Mereka sangat sedar dan
mengetahui bahaya dan ancaman dari nafsu-nafsu kejahatan. Mereka telah menempuh jalan yang panjang
memerangi (nafsu-nafsu tersebut) dengan demikian mereka boleh menghalang,
mengawal dan mengalahkan semua kejahatan itu.”
[Fathur-Rabbaniy Wa
Faid ar -Rahmaniy]
Berkata beliau lagi:
“Seseorang tidak
dapat dikatakan Sufi (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) sehingga dia sampai ke
Maqam di mana dia di-Anugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan. Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan
dinaikkan ke Maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran
dengan Allah Ta’ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ .”
[Sirrul Asrar]
Berkata beliau lagi:
"Hati adalah
ladang akhirat. Tanamlah benih Keimanan
dalam hati kamu. Sirami dan bajai ia dengan amal-amal kebajikan yang
berterusan. Jika hati kamu baik, suci
bersih dan teguh, ianya akan subur dan menghasilkan tuaian yang sangat banyak. Sebaliknya jika hati kamu keras dan degil,
ruh kamu menjadi tandus , kering kontang
dan tiada tanaman mampu tumbuh atasnya.
Pelajarilah ilmu pertanian dari "peladang" yang mahir,
iaitu Mursyid pewaris Nabi yang
Siddiq. Jangan kamu fikir pendapat kamu
itu sudah cukup (sedang kamu jahil tentang ilmu pertanian). Rasulullah ﷺ
telah berwasiat, "Mohonlah pertolongan pada setiap pekerjaan dari
pakarnya."
[Fathur-Rabbaniy Wa
Faidur-Rahmaniy]
“Bergabung dengan
kalangan Sufi (Mursyid Pewaris Nabi) adalah fardhu ‘ain. Sebab tidak seorang
pun terbebas dari ‘aib atau kesalahan kecuali para Nabi.”
[Khulasah At-Tasannif
fi-Tasawwuf]
Beliau berkata lagi:
“Di antara hal yang
wajib bagi seorang salik yang menempuh jalan kebenaran adalah dia wajib
mempunyai seorang Mursyid dan pendidik spiritual yang dapat memberinya petunjuk
dalam perjalanannya serta melenyapkan akhlak-akhlak yang tercela dan
menggantinya dengan akhlak-akhlak yang terpuji.”
[Ihya Ulumuddin]
Berkata Imam Ghazali
lagi:
"Jalan Agama
sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil) dan jalan-jalan syaitan
sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja). Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak
mempunyai Shaikh yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan menggiringnya
(memimpinnya) menuju jalannya (kepada kesesatan). Barangsiapa berjalan di jalan yang berbahaya
tanpa petunjuk, maka dia telah menjerumuskan dan membinasakan dirinya.
Dalil 18 : Fatwa Imam Fakhruddin Ar-Razi رضي الله عنه
“Seorang murid tidak
memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam
Hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid yang
murni) dan Mukasyafah, kecuali
dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta
menghindarkannya dari titik-titik kesalahan dan jalan yang sesat.”
[Tafsir Mafatih
Al-Ghaib]
Dalil
19 : Fatwa Imam Ath-Tayyibi رضي
الله عنه
“Tidak patut bagi
seorang yang alim – meskipun dia memiliki ilmu pengetahuan yang luas, sehingga
dia menjadi salah seorang cendikiawan pada masanya – untuk merasa puas dengan
apa yang diketahuinya. Yang wajib baginya
adalah bergabung dengan para Ahli Toriqat Sufiyyah, agar mereka menunjukki
jalan yang lurus. Sehingga dia menjadi
salah seorang yang diajak berbicara oleh Allah di dalam hati mereka kerana
kesucian batin mereka, dan dibebaskan dari sifat-sifat tercela.
[Hasyiah Al-Kasyaf]
Dalil
20 : Fatwa Imam Asy-Sya’rani رضي
الله عنه
“Jika jalan kaum Sufi
(Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) dapat dicapai dengan pemahaman tanpa
bimbingan seorang Shaikh, nescaya orang seperti Al-Ghazali dan Shaikh Izzuddin
Abdus-Salam tidak perlu berguru kepada seorang Shaikh (mursyid). Sebelum memasuki dunia Tasawwuf, keduanya
pernah mengatakan, “ Setiap orang mengatakan ada jalan memperoleh ilmu selain
apa yang ada pada kami, maka ia telah membuat kebohongan kepada Allah.” Akan
tetapi setelah memasuki dunia Tasawwuf keduanya berkata, “Sungguh kami telah
mensia-siakan umur kami dalam sia-sia dan hijab.” Dan akhirnya kedua mereka mengakui Jalan
Tasawwuf ahli Sufi sebagai jalan terbaik menuju Allah.”
[Lataif Al-Minan]
......bersambung ke Dalil 21....... اِ نْ شَآ ءَ اللّه
No comments:
Post a Comment