Tuesday, April 28, 2026

SIRI 385


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 10: Firman Allah:

sambungan.....


Penjelasan Tambahan:

Perintah ini (....... وَٱصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم ) sangat unik kerana Allah Ta’ala menurunkan Perintah kepada Rasulullah ﷺ berupa Peringatan dan Amaran keras kepada Baginda ﷺ sedangkan hakikatnya Perintah dan Amaran Allah ini tertuju kepada seluruh Ummat sampai Qiamat.  Beberapa pengajaran penting yang perlu diperhatikan dengan serius oleh sekalian Ummat Islam adalah berhubung dengan Peringatan dan Amaran Allah melalui Ayat ini adalah:


Pertama: Perintah Allah supaya berserta dengan Ahli Zikir.

Allah Ta’ala Memerintahkan agar Rasulullah ﷺ (dan Ummat Baginda ﷺ) berserta dengan “Ahli Zikir” (iaitu mereka yang sentiasa berzikir mengingat Allah dan ubudiyyah dengan hati yang suci bersih).  Tiada harapan mereka selain dari Wajah Allah semata-mata (Keredhaan Allah semata-mata). 


Uniknya Perintah Allah ini kerana Rasulullah ﷺ Di-Perintah duduk berserta dengan “Ahli Zikir” dan sabar bersama dengan mereka sedangkan Rasulullah ﷺ sendiri adalah Sahibuz-Zikr (Pemilik sekalian Zikir), Sahibul-Asrar (Pemilik sekalian Rahsia Ketuhanan dan kehambaan), Sahibul-Ma’rifah (Pemegang kunci Tauhid).  Bagindalah yang mengajar, mendidik dan membimbing para Sahabat sehingga mereka menjadi Ahli Tauhid dan Ahli Ma’rifat yang unggul. 


Maka tak mungkin Baginda ﷺ menghina para Sahabat Baginda ﷺ yang telah mendapat Kemuliaan di Sisi Allah.  Jika demikian apakah rahsianya Allah Memerintahkan agar Baginda ﷺ duduk berserta dengan “Ahli Zikir” dan jangan abaikan mereka, jangan usir mereka dan jangan hina mereka? 


Rahsia sebenar Perintah Allah ini adalah: Ayat ini, meskipun zahirnya ditujukan kepada Rasulullah ﷺ sehingga Baginda ﷺ segera menyempurnakan Perintah tersebut, namun secara umum ianya  merupakan Peringatan kepada seluruh Ummat, agar mereka sentiasa berserta dengan “Ahli Zikir”, dan jangan sesekali abaikan mereka apa lagi menghina mereka.


Bersambung siri 386 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 401 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...