Tuesday, April 28, 2026

SIRI 384


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama

sambungan.....



Dalil 10: Firman Allah:

sambungan.....




Asbabun-Nuzul:

Sebab turun Firman Allah ini ([Al-Kahfi (18 ) : Ayat 28]) disebutkan oleh Imam Qurtubi Radhiallahu Anhu di bahagian lain Tafsirnya iaitu Surah Al-An’am Ayat 52.  Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu Anhu.  (Beliau mengutip kata-kata Ibn Abbas Radhiallahu Anhu dan lainnya):


“Orang-orang musyrik berkata kepada Nabi ﷺ, “Kami tidak sudi duduk dengan orang-orang seperti mereka, iaitu Sayyidina Salman Al-Farisi, Shuhaib, Bilal dan Khabab Ridhwanullah Alaihi Ajmain duduk berserta dengan Baginda ﷺ”, maka mereka berkata: “Usirlah mereka dari sisimu.”


Orang-orang musyrik itu menuntut Rasulullah ﷺ agar mencatat hal itu untuk mereka, sehingga Baginda ﷺ pun berniat untuk melakukan hal itu.  Baginda ﷺ kemudian memanggil Ali Radhiallahu Anhu untuk mencatit.  Lalu orang-orang miskin tadi (sahabat Ahlus-Suffah) berdiri dan duduk di suatu sudut.  Allah kemudian menurunkan Ayat ini.  Oleh kerana itu Sa’d Radhiallahu Anhu memberi isyarat dengan perkataannya: "Maka muncullah di hati Rasulullah ﷺ apa yang Allah Kehendaki untuk muncul." 


Pada waktu itu, Nabi ﷺ condong untuk melakukan hal itu kerana mengharapkan keislaman orang-orang musyrik itu, juga keislaman kaum mereka.  Baginda ﷺ berpendapat bahawa tindakan tersebut tidak sedikit pun akan menyisihkan para sahabat Baginda ﷺ, dan juga tidak akan merendahkan darjat mereka, sehingga Baginda ﷺ pun condong kepada hal itu.  Allah kemudian menurunkan Ayat ini.  Dalam Ayat ini, Allah melarang Baginda ﷺ melakukan apa yang menjadi niat Baginda ﷺ, iaitu hendak menyisihkan mereka, bukan mengusir mereka. 


Muslim Radhiallahu Anhu meriwayatkan dari Sa'd bin Abi Waqas Radhiallahu Anhu dia berkata, "Kami berenam pernah bersama Rasulullah ﷺ, maka datang orang-orang musyrik kemudian berkata kepada Baginda ﷺ": “Usirlah mereka dari sisimu, agar mereka tidak berani terhadap kami.”  Sa'd bin Abi Waqas Radhiallahu Anhu berkata: "Saat itu aku bersama dengan Ibnu Mas'ud, seorang lelaki Hudzail, Bilal Ridhwanullah Alaihi Ajmain, dan dua orang (lainnya) yang aku tidak dapat menyebutkan nama mereka.  Maka muncullah di dalam hati Baginda ﷺ apa yang Allah Kehendaki untuk muncul, sehingga Baginda ﷺ berbicara kepada jiwa Baginda ﷺ.  Allah Azza Wa Jalla kemudian menurunkan Ayat ini." ”

[Tamat Nukilan Tafsir Qurtubi]


Bersambung siri 385 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 401 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...