SIRI 383
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama
Dalil 10: Firman Allah:
sambungan.....
Salman Al Farisi Radhiallahu Anhu berkata, “Datang seorang mu'allaf kepada Rasulullah ﷺ iaitu: Uyainah bin Hasn dan Al-Aqra' bin Habis, lalu berkata, 'Wahai Rasulullah, sungguh jika Engkau duduk di tengah-tengah ini dan Engkau sandarkan kami kepada mereka para roh sengsara. (Yang mereka maksud adalah Sayyidina Salman Al-Farisi, Abu Zar Ridhwanullahi Alaihi Ajma'in dan orang-orang miskin dari kalangan kaum Muslimin), kerana pada mereka jubah dari bulu dan tidak ada yang lain (hal keadaan mereka yang sangat dhaif dan miskin). Maka kami duduk dekat denganmu, kami berbincang dengan Engkau dan kami mengambil apa-apa daripada Engkau.' Maka turun Firman Allah ini: [Al-Kahfi : Ayat 27,28,29]
Maka bangunlah Nabi ﷺ untuk mencari mereka (iaitu mereka yang Allah Ta’ala Perintah supaya berserta dengan orang-orang menyeru kepada Allah pagi-pagi dan petang-petang), hingga mendapati mereka di bahagian hujung Masjid hal keadaan mereka sedang berzikir kepada Allah, lalu Baginda ﷺ bersabda, 'Segala Puji bagi Allah yang belum mematikanku hingga Memerintahkan kepadaku agar bersabar dengan orang-orang dari Ummatku, Bersama-Mu di dalam kehidupan dan Bersama-Mu di dalam kematian.' ”
Menurut Imam Al-Hasan: وَلَا تَعْدُ عَيْنٰكَ عَنْهُمْۚ “Jangan kedua matamu melampaui mereka (jangan abaikan mereka dan jangan meremehkan mereka) semata-mata kerana mencari keindahan dunia.”
Pendapat lain mengatakan:
“Jangan mencela mereka (jangan menghina mereka disebabkan kemiskinan mereka atau kerana mereka hanya memakai pakaian lusuh).”
Dari Adh-Dhahhaq Radhiallahu Anhu, dari lbnu Abbas Radhiallahu Anhu, Perintah Allah وَلَا تُطِعْ مَنْ اَغْفَلْنَا قَلْبَهٗ عَنْ ذِكْرِنَا “adalah larangan mengikuti permintaan Umayyah bin Khalaf Al-Jumahi. Orang ini meminta kepada Nabi ﷺ agar Baginda ﷺ jauhkan Sahabat Baginda ﷺ yang miskin (Ahlus Suffah ) yang sentiasa Bersama Baginda ﷺ agar tokoh-tokoh Quraisy dapat mendekat kepada Baginda ﷺ. Golongan kafir Quraisy ini adalah فُرُطًا, iaitu melampau batas, lalai, fasiq dan zalim.”
[Tamat Nukilan Tafsir Qurtubi]
Bersambung siri 384 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment