SIRI 373
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama
sambungan.....
Dalil 4: Firman Allah:
وَكُونُواْ مَعَ ٱلصَّـٰدِقِين
"(Wahai orang-orang yang beriman)! Hendaklah kamu berserta dengan orang-orang yang Siddiq (Benar)."
[At-Taubah (9) : Ayat 119]
Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu:
“Perintah Allah ini وَكُونُواْ مَعَ ٱلصَّـٰدِقِين adalah bermaksud: Bersertalah kamu dengan orang-orang seperti Abu Bakr, Umar dan Sahabat-Sahabat Rasulullah ﷺ .”
[Tafsir Ibn Abbas]
Para Ulama mentafsirkan: “berserta dengan orang yang benar” adalah Allah Ta’ala Perintahkan orang-orang beriman sentiasa berserta dengan Rasulullah ﷺ, para Sahabat dan orang-orang seperti mereka (yang datang kemudian), iaitu mereka yang benar-benar beriman dan tinggi Taqwa mereka. Mereka bukan pendusta, sebaliknya mereka adalah orang yang Siddiq (Benar). Mereka mempertahankan kesucian Agama Allah sampai Qiamat. Mereka inilah Mursyid Pewaris Nabi yang Di-Kurniakan oleh Allah Maqam Nubuwwah.
Berkata Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu Anhu:
“Yang Di-Kehendaki istilah “orang yang Siddiq” adalah: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.”
[Risalah Ma’rifat]
Sekalian Mursyid yang Siddiq, yang Di-Pilih Khusus oleh Allah menjadi Pewaris Nabi, adalah termasuk di dalam rangkaian “orang-orang yang Siddiq” yang sentiasa di dalam kebenaran. Dengan demikian Perintah Allah ini adalah umum meliputi sekalian orang-orang beriman sampai Qiamat.
Sesungguhnya Maqam “Siddiqin” adalah Maqam Ma’rifat (Tauhid) yang tertinggi. Ini serupa dengan beberapa istilah istimewa, mulia dan suci iaitu: Maqam Ihsan, Maqam Taqwa yang tertinggi, Maqam Mukasyafah dan Maqam Hadratul Quddus. Para Sahabat Ridwanullah adalah orang Mu’min Pilihan Allah yang menduduki Maqam yang tertinggi ini.
Demikian juga apabila dikatakan “Sahabat”, ia tidak terhenti pada sekalian Sahabat Rasulullah ﷺ yang hadir pada hayat Baginda, sebaliknya mereka yang dikatakan "Sahabat Rasulullah ﷺ" adalah orang-orang Mu’min Pilihan Allah yang Di-Angkat oleh Allah ke Maqam Quddus dan Di-Kurniakan mereka ilmu, hikmah dan kekuatan bagi menanggung Amanah Allah atas muka bumi sampai Qiamat. Merekalah Pewaris Nabi yang Benar yang sentiasa Di-Dalam Pimpinan Allah dan Ruhaniyyah Rasulullah ﷺ.
Bersambung siri 374 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment