SIRI 374
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama
sambungan.....
Dalil 5: Firman Allah:
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami Pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah Limpah Kurnia (dari Allah semata-mata).”
[Faathir (35) : Ayat 32]
Menurut tafsiran Ulama Ahlus Sunnah bagi Firman Allah [Faathir (35) : Ayat 32] yang dimaksudkan dengan “Kitab” adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat “yang Kami Pilih dari kalangan hamba-hamba Kami” adalah ditujukan kepada Mursyid yang benar-benar Kenal Allah dan telah mencapai Ma’rifat yang tinggi, iaitu mencapai martabat Tauhid yang hakiki. Mereka adalah Pilihan Allah yang khusus bagi memimpin Ummat Islam setelah kewafatan Rasulullah ﷺ. (Rujuk Tajuk Risalah kami bertajuk “Tingkatan Iman, Tauhid, Ma'rifat” atau Risalah bertajuk “Suluk Menurut Ahlus Sunnah”).
Berkata Sulton Auliya Imam Jilani Radhiallahu Anhu:
“Orang-orang yang berilmu dan hikmah (Mursyid - Ahli Sufi - Ahli Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang Di-Pilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari Pengajaran-Nya”. Allah Ta'ala melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan Ilmu Hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain.
Mereka berhubung dengan Nabi ﷺ melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana (Kehalusan Ma’rifat atau disebut juga Kasyaf Ilahiyyah). Allah memuji mereka yang memiliki Ilmu Hikmah dengan Firman-Nya:
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ"
[Tamat petikan kitab: Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]
Bersambung siri 375 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment