SIRI 375
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama
sambungan.....
Dalil 6: Firman Allah:
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ كَمَا ٱسْتَخْلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ ٱلَّذِى ٱرْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًۭا ۚ يَعْبُدُونَنِى لَا يُشْرِكُونَ بِى شَيْـًۭٔا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْفَـٰسِقُونَ
"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah Di-Redhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barang siapa yang kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.”
[An-Nur (24) : Ayat 55]
Berkata Ibn Abbas Radhiallahu Anhu:
“Allah Ta’ala menjanjikan kepada para Sahabat Rasulullah ﷺ, bahawa Allah Ta’ala akan Kurniakan mereka kemenangan atas muka bumi, sebagaimana Allah Ta’ala Kurniakan Kekuasaan kepada Bani Israi’l.”
[Tafsir Ibn Abbas]
Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu Anhu:
“Ibn Al-Arabi dan sahabat-sahabatnya mengatakan Ayat Allah ini adalah dalil Kekhalifahan Khulafa Ar-Rasyidin. Allah yang mengangkat mereka sebagai Khalifah, sekaligus Meredhai Amanah itu diserahkan kepada mereka. Ini kerana merekalah yang berpegang teguh kepada Agama yang Di-Redhai Allah. Mereka sandarkan hal ini dengan hadith yang diriwayat oleh Safinah (budak Rasulullah ﷺ), dia berkata:
“Aku pernah mendengar Rasulullah ﷺ, bersabda: “Kekhalifahan setelahku akan berlangsung selama 30 tahun, setelah itu menjadi pemerintahan raja-raja. Safinah berkata, "Pegang olehmu Kekhalifahan Abu Bakar yang berlangsung selama 2 tahun, Kekhalifahan Umar yang berlangsung selama 10 tahun, Kekhalifahan Uthman yang berlangsung selama 12 tahun, dan Kekhalifahan Ali yang berlangsung selama 6 tahun." Menurut saya (AI-Qurthubi): Keadaan ini tidak khusus untuk para Khalifah yang empat sahaja, sehingga mereka dikhususkan dari keumuman ayat tersebut. Yang benar semua kaum Muhajirin pun sama dengan mereka di dalam hal ini, bahkan orang (beriman) yang lain juga.”
[Tafsir Al-Qurtubi]
Diringkas pengertiannya, Firman Allah di atas menunjukkan Janji Allah kepada Khulafa Ar-Rasyidin dan orang-orang yang mengikuti mereka di dalam keimanan, ketaqwaan dan budi pekerti pada zaman kemudiannya. Iaitu mereka yang mewarisi Nabi ﷺ zahir dan batin yang kemudiannya dikenali sebagai Ahli Sufi, Ahli Ma’rifat dan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. Mereka termasuk di dalam istilah “Khalifah Rasulullah” dan “Sahabat Rasulullah” sesuai dengan hadith Baginda ﷺ:
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tidak akan masuk Neraka seorang muslim yang telah melihat dia akan daku. Dan tiada pula masuk neraka, mereka yang melihat ia akan orang yang melihat ia akan daku sehingga 70 lapisan wasitah sekalipun. Maka sesungguhnya mereka itulah Khalifah-khalifahku (Pewarisku) pada menyampaikan Syari'atku dan memimpin Ummat-ku pada jalan ketuhanan dan ubudiyyah yang sebenar. Dengan syarat mereka tetap pada Syari'atku."
[Imam Khatib daripada Abdur-Rahman bin Uqbah]
Bersambung siri 376 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment