SIRI 376
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama
sambungan.....
Dalil 6: Firman Allah:
sambungan....
Penjelasan: Hakikat “Khalifah” Rasulullah ﷺ:
Setelah kewafatan Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah (tepatnya setelah Sayyidina Hasan Radhiallahu Anhu melepaskan jawatan beliau sebagai Khalifah kepada Muawiyah), pengganti-pengganti Nabi ﷺ untuk memimpin Ummat dan mendidik mereka kepada Ketuhanan mengambil bentuk dan pola hidup tersendiri yang benar-benar menepati Kehendak Allah dan Rasul-Nya, sehingga Pewaris Nabi yang sebenar dikenali sebagai Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma’rifat, Imam, Shaikh dan panggilan-panggilan yang lain sesuai dengan kemuliaan sebagai pewaris Nabi yang haq!
Mengapakah demikian?
Ini kerana istilah dan pangkat “Khalifah” telah dicemari. Kedudukan dan pangkat Khalifah yang sepatutnya dibina di atas Ketaqwaan dan Takut kepada Allah, telah menjadi rebutan manusia-manusia tamak dan gila kuasa. Manusia-manusia tamak ini lupa akan Amaran Allah dan Rasul-Nya dan saling berbunuhan semata-mata untuk menjadi penguasa atau pemerintah. Mereka menamakan diri mereka sebagai “Khalifah” atau “Amirul Mu’minin” sedangkan pada haqiqatnya mereka hanyalah ahli politik yang tamak kuasa, kedudukan dan pangkat-pangkat duniawi yang hina (melainkan sedikit sahaja). Pemerintahan mereka ini yang diisyaratkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai “عَاضًا مُلْكًا" (Pemerintahan yang menggigit, Pemerintahan zalim, kuku besi, fasiq)
Sementara Ulama Billah (Ulama Allah - Ulama Pewaris Nabi yang sebenar) yang memegang Amanah Nabi ﷺ mengasingkan diri dari perebutan kuasa politik dan kekacauan nafsu manusia-manusia yang fasiq, zalim dan keji. Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq ini membentuk satu sistem pendidikan yang tersendiri berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah Nabi ﷺ yang suci tanpa dicemari fahaman-fahaman sesat dan pembuat bid'ah Khawarij, (wahhabiyyah sekarang), Syi’ah (rafidhi), Mu'tazilah, Jabariah dan lain-lain. Mereka jauhkan diri daripada ahli politik keji dan pemerintah-pemerintah zalim serta kuncu-kuncu mereka dari kalangan “Ulama As-su” (Ulama jahat), Ulama dunia, Ulama nafsu.
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:
“Dalam semua itu mereka (para Pewaris Nabi) mengikut teladan daripada pengikut-pengikut Rasulullah ﷺ yang terkenal sebagai 'golongan Tasawwuf ' (Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma’rifat) yang telah meninggalkan semua urusan keduniaan untuk berdiri di pintu Rasulullah ﷺ dan berada hampir dengan Baginda ﷺ. Mereka menyampaikan khabar sebagaimana mereka menerimanya secara langsung daripada mulut Rasulullah ﷺ.”
[Sirrul Asrar]
Bersambung siri 377 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment