SIRI 377
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 4: Dalil-Dalil Mursyid di dalam Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ulama
sambungan.....
Dalil 6: Firman Allah:
sambungan....
Kesimpulan dari penjelasan ini adalah:
1. Maksud Firman Allah di atas “…….. وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ ” tidak terhenti kepada Sahabat Khulafa Ar-Rasyidin semata-mata tetapi bersambung kepada “Sahabat-sahabat Rasulullah ﷺ” yang datang sesudah kewafatan Baginda ﷺ yang mereka itu adalah hamba-hamba Allah yang Di-Sucikan oleh Allah Ta’ala dan Di-Angkat Darjat mereka oleh Allah Ta’ala. Mereka mengambil ilmu dari para Sahabat dengan jalan yang tertib penuh beradab.
2. Mereka mengikuti sepenuhnya jejak Rasulullah ﷺ dan sahabat di dalam keimanan dan ketaqwaan. Mereka adalah hamba-hamba Pilihan Allah yang Siddiq. Mereka inilah sebenar “Khalifah Rasulullah ﷺ” dan BUKAN manusia-manusia tamak dunia yang menguasai dunia politik yang hina tetapi memakai nama “Khalifah”.
3. Zaman sesudah tamatnya Pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin adalah dikenali sebagai “ مُلْكًا عَاضًا ”, iaitu Pemerintahan yang menggigit, Pemerintahan zalim, kuku besi dan fasiq. Mereka BUKAN Khalifah Rasulullah ﷺ meskipun mereka menamakan diri sebagai Khalifah (kecuali sedikit daripada mereka yang Taqwa dan Amanah).
4. Manusia-manusia yang tamak dan cinta dunia serta gila kuasa untuk mencapai pangkat dan kedudukan di dalam pemerintahan, saling membuat fitnah, adu domba dan berbunuhan semata-mata untuk mencapai dunia yang hina…. Mereka ini TIDAK sesekali masuk ke dalam istilah “Khalifah Rasulullah.” Mereka hanyalah pendusta yang menipu diri sendiri dan menipu Ummat yang bodoh.
5. Manusia politik yang tamak ini sejak dulu sampai zaman ini sama sahaja. Mereka menggunakan “Ulama-ulama jahat” untuk manipulasi ayat Al-Qur’an agar sesuai dengan nafsu politik mereka lalu mendakwa diri mereka sebagai pejuang Islam.
Mereka sewenang-wenang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut selera nafsu politik lalu mendakwa “Ini dari Allah.” Orang-orang tamak kuasa ini tidak sedikit pun takut Amaran Allah Ta’ala. Mereka ke sana ke mari melaungkan “negara Islam”, “Daulah Islamiyyah”, “Hudud Hudud Hudud” dan lain-lain slogan yang sedap didengar. Sedangkan pada hakikatnya semua itu hanyalah slogan sementara untuk meraih sokongan. Ketika mereka diberi kekuasaan dan kedudukan, segala slogan indah hilang serta-merta. Ucapan dan slogan mereka ketika itu berubah menjadi sama seperti ucapan pemimpin-pemimpin fasiq dan zalim. Wal Iyazubillah. Kami mohon Perlindungan Allah daripada termasuk golongan tertipu dan menipu daya ini.
Bersambung siri 378 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment