SIRI 347
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 2: Definisi
sambungan.....
Penjelasan 2: Mursyid Adalah Pilihan Allah
Keseluruhan Firman Allah ini [Surah Faathir (35) : Ayat 32] menegaskan akan lahirnya Pewaris-pewaris Rasulullah ﷺ yang Benar, yang kemudiannya dikenali sebagai “Mursyid” atau “Ahli Sufi” atau “Ahli Ma’rifat” dan mereka adalah Pilihan Allah Ta’ala dan BUKAN pilihan manusia, BUKAN pilihan parti-parti politik, BUKAN pilihan pemimpin negara, BUKAN pilihan Jabatan Agama, bahkan BUKAN juga pilihan Gurunya yang telah memimpinnya pada Jalan Ma’rifat, tetapi ia semata-mata Pilihan Allah. Guru beliau hanya menzahirkan kepada umum akan Pilihan Allah tersebut.
Bukti bagi kenyataan ini adalah Penegasan Allah Ta’ala:
“diwarisi oleh orang-orang yang Kami Pilih dari kalangan hamba-hamba Kami”.
Penjelasan 3: Pilihan Allah Diketahui Oleh Gurunya Yang 'Arif
Jika ditanya bagaimanakah Pilihan Allah ini diketahui oleh Gurunya?
Jawapannya: Pilihan Allah ini diketahui oleh Gurunya yang benar-benar 'Arif, melalui Petunjuk Allah ke dalam hatinya, iaitu disebut sebagai Kasyaf, Khitob Sirri, Firasat atau Ilham Rabbaniyyah. Gurunya tidak akan tertipu dengan bisikan-bisikan nafsu atau syaitan kerana beliau sudah mengenal Allah dengan keyakinan yang sempurna dan sangat mahir mengenal segala bisikan-bisikan jahat yang datang dari jinn atau syaitan.
Bersambung siri 348 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment