Sunday, April 26, 2026

SIRI 344


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 1:  Muqaddimah

sambungan...


Golongan yang berpecah-belah dari Jalan Kebenaran (Jalan Ahlus Sunnah) ini kemudian membentuk jamaah-jamaah tersendiri.  Mereka mewujudkan kelompok-kelompok yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah.  Di antaranya Syi’ah (rafidhi), Khawarij (wahhabiyyah sekarang), Mu’tazilah, Jabariyyah, Mujassimah, Musyabbihah dan lain-lain berjumlah 72 Golongan. 


Sebahagian lain membentuk firqah-firqah sesat di dalam ilmu keruhanian.  Tidak kurang juga orang-orang Islam awam ini terpengaruh dengan falsafah-falsafah Yunani dan Parsi lalu mencampur adukkannya ke dalam ajaran Islam yang murni, maka terbentuklah berbagai aliran pemikiran politik yang condong kepada sistem kafir. 


Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu, menjelaskan 72 Golongan yang terkeluar dari Aqidah Ahlus Sunnah yang benar (tulen).  Golongan ini pada umumnya hanya berpegang kepada Syari’at tetapi ingkar kepada Toriqat Rasulullah ﷺ.  Ertinya mereka mengambil sebahagian Ajaran Islam dan ingkar akan sebahagian lainnya.  Wal Iyazubillah.


Kemudian beliau senaraikan lagi 11 kelompok orang Islam yang sesat di dalam keruhanian, iaitu sufi PALSU.  Golongan ini mengakui Toriqat Nabi ﷺ dan Ilmu Tasawwuf, tetapi mereka telah menyelewengkannya kepada kebatilan dan kesesatan.  Wal Iyazubillah.


Pada zaman-zaman kemudiannya muncul lagi berbagai fahaman sesat di kalangan Ummat Islam, di antaranya yang dapat disaksikan pada zaman ini; fahaman Wahhabiyyah (Khawarij), Syi’ah (rafidhi), Liberal, Sekular, Demokrasi, Sosialis, Kapitalis, Komunis dan lainnya. 


Di sisi keruhanian muncul pula golongan Batiniah, Haqiqat Palsu, Reiki, Budi Suci, Asmaul Husna Tarik Rezeki, Tapak Tangan Ajaib, golongan “Pengkaji Toriqat” yang sibuk mengkaji tanpa amal, “Pencari Karomah” yang berbangga-bangga dengan berbagai keajaiban, bahkan banyak lagi golongan serpihan-serpihan yang masing-masing mencipta pendapat sendiri mengikut nafsu dan pendapat aqal mereka serta bisikan syaitan.

 

Ringkasnya, kami tegaskan: 

Setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, Ummat Islam berpecah-belah dari Jalan Rasulullah ﷺ yang sebenar, satu-satunya golongan benar yang tetap berpendirian teguh pada Jalan Allah dan Rasul ﷺ hanyalah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang dipimpin oleh Pewaris Nabi yang sebenar yang dinamakan “Mursyid”.  Istilah Mursyid diambil sempena gelaran kepada Sahabat Empat “Khulafa’ Ar-Rasyidin”.  Iaitu  مُرْشِد - رَشَدَ - يَرْشُدُ (rashada – yarshudu - Mursyid) yang membawa pengertian: “memimpin”, “membimbing”, dan “menunjukki jalan lurus, menunjukki jalan kebenaran dan kesucian".


Bersambung siri 345 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 10

  FASAL 10: TINGKATAN PENCAPAIAN SALIKIN 10.4  Penjelasan Tingkatan Tauhid Pertama – Maqam Tauhid Af’al ....... sambungan... Tanda ke-7 :   ...