SIRI 345
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Fasal 1: Muqaddimah
sambungan...
Ertinya Ahlus Sunnah Wal Jama’ah tidak pernah berpisah dari Manhaj Utama yang diwariskan oleh Rasulullah ﷺ kerana mereka sentiasa di dalam Pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar, sedangkan golongan lain adalah golongan serpihan yang faraq (memisahkan diri) dari Jalan Utama Warisan Rasulullah ﷺ (Ahlus Sunnah Wal Jama’ah), lalu mencipta jalan-jalan sendiri yang batil dan sesat.
Di sini kita dapat memahami dengan jelas… Faktor utama penyimpangan orang-orang Islam dari Jalan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, (Warisan Rasulullah ﷺ yang sebenar) dan jatuh kepada firqah, ideologi dan doktrin-doktrin sesat adalah kerana TIDAK berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang benar-benar mewarisi Nabi ﷺ zahir dan batin serta menepati syarat-syarat sebagai Pewaris Nabi yang Siddiq.
Menyedari hal ini, maka inilah kami sajikan kepada Ummat Islam risalah ringkas ini berkenaan “Mursyid Pewaris Nabi Yang Sebenar” yang menjelaskan beberapa perkara terpenting berkenaan mereka, iaitu: Definisi, Dalil-dalil, Syarat Mursyid Pewaris Nabi yang Sebenar, Tanda-tanda kebenaran beliau, Cara-cara mencari dan berpegang kepada beliau untuk mencapai kejayaan dunia akhirat. Di samping itu kami sertakan penjelasan berkenaan Mursyid-mursyid PALSU yang menyamar sebagai Mursyid untuk mengaut keuntungan duniawi atau memperoleh populariti atau kemegahan atau lain-lainnya.
Kesemua penjelasan ini berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah, Al-Qur’an, Hadith Rasulullah ﷺ berserta Tafsir dan Syarahnya oleh Ulama Mu’tabar yang terpercaya sepanjang zaman. Moga bermanfaat bagi seluruh Ummat.
Allah jua Maha Berkuasa Mengurniakan Hidayah dan Taufiq.
Bersambung siri 346 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment