Sunday, April 26, 2026

SIRI 343


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 5:  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 1:  Muqaddimah

 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَالْمَعْرِفَة

وَالْاِسْتِقاَمَةَ عَلَى الشَّرِيْعَةِ وَالطَّرِيْقَةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اَللّه عَلَيهِ وَسَلَّم

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أَغْلَقَ الْخَاتِمِ   لِمَا سَبَقَ  اَلنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمَسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ صَحْبِهِ  

حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمٌَ


Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan Yang Memerintah sekalian Alam Semesta.  Solawat dan Salam kasih kepada Junjungan Besar Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ yang menerangi seluruh alam dengan Sirr (Rahsia yang sangat mendalam) yang Allah Ta’ala Kurniakan kepada Baginda.  Salam Kasih juga kepada Ahlul-Bayyit Baginda yang mulia, para Sahabat Baginda dan sekalian Pewaris Nabi yang terpilih, yang dilimpahi Nur Rabbaniyyah serta Nur Nubuwwah yang memakmurkan bumi dan langit dengan Kalimah Allah sampai Qiamat.


Ulama Mu’tabar, Imam-Imam Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah telah sepakat bahawa mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar), adalah Fardhu ‘Ain atas setiap Muslim bagi keselamatan Agamanya dan bagi mencapai Keimanan Sejati, serta menjauhi jalan-jalan kesesatan.  Tanpa pimpinan Mursyid yang Siddiq, seseorang Muslim tidak akan mampu mencapai Keimanan Sejati, bahkan lebih bahaya lagi mereka akan terjerumus kepada kesyirikan (Syirik Khafi), kekejian, kesesatan, kefasikan dan kekufuran.  Wal Iyazubillah.


Bukti bagi kenyataan ini amat jelas di dalam sejarah Ummat ini sendiri.  Setelah kewafatan Junjungan Rasulullah ﷺ, orang-orang Islam mula berpecah-belah daripada Jalan sebenar Rasulullah ﷺ.  Satu-satunya golongan yang berdiri teguh dengan Manhaj Al-Qur’an dan Sunnah Nabi ﷺ hanyalah satu Golongan iaitu Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.


Fahami hal ini dengan pandangan yang tajam, kerana ramai orang Islam keliru berkenaan permulaan Generasi Ahlus Sunnah sekali gus permulaan bagi Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.


Biar kami ulangi kenyataan ini dengan tegas:  

Satu-satunya golongan yang tetap berpegang kepada Al-Qur’an dan Sunnah Baginda ﷺ dan tidak pernah berpisah dari Jalan Utama Wahyu hanyalah satu golongan, iaitu Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang dipelopori oleh para Sahabat Ridhwanullah yang memperoleh Petunjuk Allah, khususnya Khulafa Ar-Rasyidin, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali Ridhwanullah Alayhi Ajma’in.  Merekalah Penunjuk Jalan Lurus dan Jalan Kebenaran.  Merekalah Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang pertama bagi Ummat ini. 


Mereka diberi gelaran “Ar-Rasyidin” kerana merekalah yang menunjukki jalan lurus, jalan sebenar Kembali kepada Allah.  Daripada merekalah mengalir ilmu Agama yang suci murni, zahir dan batin, turun-temurun daripada satu Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq kepada Mursyid Pewaris Nabi berikutnya sehingga Qiamat.  


Bersambung siri 344 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 10

  FASAL 10: TINGKATAN PENCAPAIAN SALIKIN 10.4  Penjelasan Tingkatan Tauhid Pertama – Maqam Tauhid Af’al ....... sambungan... Tanda ke-7 :   ...