Sunday, April 26, 2026

SIRI 342


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 6:  Rumusan Tingkatan Iman — Tauhid — Ma'rifat


Rumusan Ringkas Iman, Tauhid, Ma'rifat

sambungan....


Rumus 5:  Iman Salikin adalah Iman yang Selamat

Keimanan Salikin  adalah Iman yang selamat kerana mereka yang bebas daripada Syirik Khafi, Mazmumah, Ghaflah, Aghyar yang merosak atau musnahkan Iman.  Hati mereka lapang, luas, tenang menghadap Allah. 


Firman Allah:


يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ  ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً  فَادْخُلِي فِي عِبَادِي  وَادْخُلِي جَنَّتِي


"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.

[Al Fajr (89) : Ayat 28-30]


Rumus 6:  Setiap orang awam Islam wajib mencari Mursyid yang Siddiq (benar)

Setiap orang Islam awam wajib mencari Pewaris Rasulullah ﷺ yang Siddiq, bepegang teguh kepada mereka demi keselamatan dunia Akhirat.  Meskipun dia orang Alim (Fiqh) yang mahir di dalam berbagai Ilmu Syari'at, wajib atasnya mencari Mursyid Pewaris Nabi ﷺ yang Siddiq, serta mengambil penawar daripada beliau untuk merawat sekalian penyakit hatinya.  Moga mereka selamat dunia Akhirat, menjadi Mukmin sejati masuk Syurga tanpa hisab.


Rumus 7:  Iman 'Arifin ('Arif Billah) adalah Iman terbaik

Iman 'Arif Billah adalah Keimanan terbaik dan paling tinggi.  Mereka di dalam kedamaian berserta Allah.  Tiada dukacita dan tiada kebimbangan apa pun.


 Firman Allah: 


أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ


“Ketahuilah!  Sesungguhnya Wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita”.

[Yunus (10) : Ayat 62]


Mereka Di-Pilih oleh Allah menjadi Pewaris Nabi ﷺ, menanggung Amanah Nubuwwah dan Risalah.  Mereka menjunjung tinggi Kalimat Allah.  Mereka naungi manusia dan alam maya dengan Kasih Sayang Allah.  Tiada yang mengenali mereka melainkan mereka yang mendapat Cahaya dari Tuhan Yang Maha Penyayang.


Bersambung siri 343 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 10

  FASAL 10: TINGKATAN PENCAPAIAN SALIKIN 10.4  Penjelasan Tingkatan Tauhid Pertama – Maqam Tauhid Af’al ....... sambungan... Tanda ke-7 :   ...